bunga

25 Dec 2012

KEM HERBA SUNGAI CONGKAK

 BULAN YANG PENUH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI....selesai  di bawah bayu bersambung pulak ke dalam sungai!! Itulah ikatan kasih sayang , tak kiralah di mana pun..kami tetap bahagia bersama...Tanpa dirancang...kami reramai rasa teringin bermain air di Sungai Congkak..so dalam masa 24 jam siap...pack makanan dan off we go..3 kereta!! Pagi pagi dah bergerak kerana selalunya petang hujan akan turun

Nekcik pun dah hampir 7 tahun tak ke Sungai Congkak ni....cik koya ngan cju siap tempah bilik chalet 2 buah di KEM HERBA ini untuk lepak lepak dan berehat di pinggir sungai....sebuah rm30 untuk seharian..walaupun tak cantik mana tapi  memang terasa suasana kekampongannya....yang penting air sungainya sejuk dan nyaman sekali...Bukan sahaja yang kecik, sedang malah yang tuek tuek pun gumbiraa dalam berendam!!!
Cantik juga kawasan Kem Herba ini..ada 3 buah chalet di tebing sungai ni..kawasannya di simen untuk senang nak dudok dan makan makan dan panggang memanggang..chaletnya ada 3 tilam single untuk kaki lena dan nak bersolat...tak jauh dari sungai ini ada disediakan homestay...rumah kampong dalam kawasan berpagar....
Seronoknya bersantai di beranda ditepian sungai sambil mengisi perut..lagilah tengah hujan!!!

Atok dengan cucu berselera menikmati nasi lemak sebelum berendam!!!

Chef ni pakar bakar membakar tau!!

Penyediaan makanan untuk ahli rombongan!!

Nikmatnya melihat air sungai!!!!  Subhanallah

Memerhati deruan air untuk mendapat ilham!!!

Agenda wajib..MAKAN......ada yang beli ada yang di masak..iyalah ramai. kan..16 orang weiii......lagi lah lepas berendam..semestinya kelaparan!!

Masing masing bahagia seperti itik dapat air!!

Yang ini jugak bahagia dapat makan!!

Penyediaan makanan oleh peserta master chef musim ke 10 bertemakan makanan perkelahan yang mengenyangkan dan sedaap!!
Inilah bakal bakal calon masterchef ke 10 nanti..tunggukan kemunculan  kami ye!!
Last but not least..seronoknya dapat berpot pet dengan rakan blogger I...takkan tak kenalkan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...