bunga

12 Aug 2015

JAPAN DAY 2 KYOTO.. ARASHIYAMA


Alhamdulilah ketemu lagi kita setelah puas beraya ye..dah pun di penghujung Syawal semuga Allah berikan kita kesihatan dan umur yang panjang untuk menyambut idil adha pulak ye..insyaallah
Jom lah kita sambung cerita jalan jalan jepang ni ye..lama tergendala...Nanti lpas habis nekcik rakamkan cerita hari raya pulak....
Hari ke 2 di Kyoto ni..kami pergi ke ARASHIYAMA yang terkenal dengan pokok buluhnya atau dikenali sebagai Bamboo Groove..
Tak sama ke dengan pokok buluh kat malaysia ye..atau sama tak buluh yang tuan panda kita makan tu ..jom nekcik tolong tinjaukan...selepas breakfast..nasi..telor masin and salmon kicap kami pun ke Kyoto Station untuk ke  Saga Arayashima Station..turun jer kami pun mulalah melangkah ke Saga Torokko Station yang berhampiran untuk terus menuju ke Bamboo Groove..
Tekong dengan asisstant 

Wuii cik kak ni....dah sampai jepon pulak!! 


Ni nekcik tempek kat sini ..boleh jugak buat sebagai guideline bagi yang memerlukannya..kalau idak sengal bijik mata nak mentelaah peta  yang berselirat tuuu

Banyak memang temple temple di kawasan ini.. nekcik pulak tak berminatlah sangat untuk menjejaki temple temple tu..makanya kami jalan lah mengikut arus orang ramai..memang cantik kawasan ini..sepanjang jalan adalah kedai kedai kecil lama yang menjual berbagai makanan ..cenderahati..dan payung..memang banyak jualan payung..cuaca pun agak mendung  jer hari tu...seronok menghirup cuaca yang segar dan nyaman sepanjang jalan ..teramatlah bahagia
nekcik kerana dapat singgah kedai kedai disepanjang jalan..tak terasa penat walaupun kena menapak jauh..



orang jepun ni memang rajin ..tanah seciput pun ada hasilnya

tengok tu ..ada tomato..tak perlu kebun besar kan...

Tak ingat dah..kedai ni jual apa....makanan..

Fuyoo my peberet nii..tapi tak beranilah nak beli kat sini..leleh air lioq jerlah!!!

keluar masuk kedai jerlah kerjanya..beli idak jugak


teringiiin??? memang menggoda sungguh makanan depa ni..cantik..cumil.. nampak cam sedap jer...hu..hu


Pinjam amoi jepun ni kejap..tumpang gambar kimono dia 

Entah rumah siapalah ni ye..nekcik tumpang bergambar..cantik lamannya


Tertarik dengan signboard ni....entah entah tuan punya kedai ini orang Islam agaknya..nak pergi sembahyang jumaat kan
Ada sesiapa nak buat pagar buluh camni...cantik jugak.
Puas jugaklah berjalan barulah sampai ke Togetsukyo Bridge...Bolehlah google...

pemandangan sungai dari atas jambatan Togetsukyo..ada boat ride..menyusuri sungai ini ye...dah puas berjalan..ingatkan nak ke monkey park..tapi rasa macam malas pulak nak mendaki bukitnya...jalan depan sikit jumpa lah pulak jetty..oklah naik jer lah boat..dah tua tua ni jadi suka pulak naik sampan sampan nii...
Inilah rupa sampannya yang akan bawa kami menyusuri sungai ni..jom let's go..ujan renyai renyai..tu yang di tutup dengan plastik

Di belakang tulah Togetsukyo Bridge...ambil masa lebih kurang 45 minit lah jugak...tapi memang seronok melihat pemandangan sepanjang sungai ini..segar dan nyaman..kehijauan yang menyejukkan mata..

             Boat sebelah tu meniaga air dan makanan ringan..macm kat halong bay jugak...

Sian kat abang boat tu ke dik..dalam hujan dayung jugak...

Masyaallah..sukanya pemandangan ini......rasanya nak jer dok atas batu tu..sambil kaki sepak sepak air..hu..huu

         Meriaah pulak kat sungai ni..berselilisih sampan

kayuh jom kayuh...

Turun sampan ni kami naik ke kebun buluh pulak..bamboo groove...maka seharusnyalah menapak lagi..tak mau kalu..naiklah beca yang cantik tu..tapi kus semangat habislah yen teman!!
So kami pun jalan santai santai...alhamdulilah cuacanya sejuk..sebab hujan renyai renyai tadi..


 Nilah rupa pokok buluh yang menjadi tarikan di Arashiyama ni...dari jauh orang datang ..nak tengok pokok buluh niii..kus semangat ..tinggi melangit...


Nasib baiklah berpagar..kalau tidak mau Tokpokcu meredah masuk cari rebung buat masak lemak..ha..ha



jomlah kita jenjalan di kebun buluh nii..sejuuk jer...jalan jalan jumpa lah pulak station keretapi dalam kebun buluh tu...Hozukyo Torokko Station...makanya beratur lah kami nak beli tiket untuk menaiki train yang romantik ni..SAGANO ROMANTIC TRAIN...hari Rabu train ni tak romantik ye..sebab dia nak berehat!!!

Kenapa nama train ni romantik train..nekcik tak tau lah pulak


Takpelah..naik apa train  pun tak kisahlah..memang kami ni romantik de lamo kan Tokpokcu..kwang kwang!!!Slow jer train ni supaya kita dapat menikmati keindahan alam di sepanjang perjalanan ini..tinggi dan sayup mandang ke bawah...

memang cantik pemandangan yang dapat dilihat sekeliling perjalanan ini..train ni akan berhenti kat station untuk sesiapa yang nak bergambar..agaknya kalau datang waktu autumn..memang terpukau mata dek warna dedaun yang awesome tu...siapa yang nak cuba naik sampan pun boleh .tu macam yang dalam sungai tu..




masyaallah memang riangnya hati dapat tengok aliran airnya...bersih..mesti sejuk sungguh..tambahan lepas hujan..setelah  15 minit perjalanan train kami pun sampai di Kameoka Torokko Station...dan kami kenalah turun sebab ambik tiket one way RM18 seorang...dari sini kenalah kami berjalan selama10 minit lagi untuk ke Station Umahori untuk balik ke 'rumah kami ' di Kyoto
            Dari Torokko  Kameoka Station kami pun terus melangkah..hujan lah pulak..so  kami pun terpaksa lah beli payung..rm 15 hengget sebijik..kocik jer..kenalah beli 3..adalah souvenir untuk buat kenangan!!
Keluar station..terus nampak sawah padi!!! kat malaya pun susah nak jumpa pokok padi....turun kapal kena ke kuala selangor lah kaan


So dikesempatan ini..mokcik pokcik pun posinglah bersama payung sedondon berlatarbelakangkan sawah padi  dalam hujan renyai renyai  !! kalau kongsi payung lagilah lomantik kan..tapi risau pulak ..nanti selsema ..demam..susah pulak..masih banyak tempat yang nak diterokai...
Walaupun jauh perjalanan hari ini tapi hati rasa puas dan bermunger munger kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah di sini.
Allahurabbbi...walaupun berbatu batu berjalan sekeliling sini..tapi terasa segar..kerana..bersihnya udara sekeliling di samping kehijauan yang menyejukkan mata....
Terfikir pulak nekcik..agak agaknya kalau di malaysia ni ..tang mana yang boleh kita jadikan ala ala Arashiyama ni ye..tak payah datang jauh jauh semata semata nak tengok pokok buluh...silap silap ada anak cucu nekcik ni pun  tak kenal pokok buluh!!! silap silap katanya pokok tebu ataupun pokok tebu dikatakan buluh!!! kah kah...sila lah menjamu mata sepanjang perjalanan kami di sini



Ni antara salah satu kuil di Arashiyama ni..
Buah peach ke ni ye..macam rasa nak petik jer
cantik jer laluan nak ke bamboo groove ni..kiri kanan kedai dan rumah..tapi bersih

Keropok ketam agaknya..kecik kecik je...tapi camna nak makan tu ye...
setakat ini jerlah dulu untuk hari ini ye...nanti kita sambung lagi di episod yang akan datang..insyaallah...take care
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...