bunga

10 Jul 2015

KONNICHIWA JEPUN

Asalamualaikum kengkawan yang nekcik sayangi...uuuii lajunya waktu memcemburui kita kan..dah pun di penghujung ramadhan..waktu yang di tunggu sudah hampir tiba..semuga Allah berikan kekuatan untuk kita semua dapat menghayati malam malam terakhir ini...memang besar dugaannya..menguji kekuatan iman...insyaallah semuga Allah permudahkan amiin

Nekcik kena update kan jugak kembara  jepun ni..sebelum cpu ni penuh dengan ragam raya pulak nanti..
ok sambung perjalanan mokcik pencen ni lagi..kerana kembara kami belum berakhir lagi..ada 6 malam untuk berada di bumi asing ni...Suspen jugak sebab nekcik tak pernah dan tak pernah terfikir akan sampai di sini dalam waktu terdekat ini..

Flight kami ke Osaka pada pukul 2.55 petang dan mengambil masa 1 jam 45 minit menaiki pesawat Peach..lebih kurang macam Air Asia lah jugak..tambang dalam rm 300
So pagi selepas sarapan kami pun bergerak meninggalkan Dongmyo untuk ke airport..kami menaiki bas ...

Tapi sebelum meninggalkan Korea ni nekcik nak share gambar toilets kat airport Incheon tu sebab cantik sangat dan memang kebanyakan toilets di sini bersih dan cantik cantik dekonya..so sesiapa yang nak carik idea nak mendeko toilets..bagitau ye he..he..kalau tak cukup nanti nekcik pi carik lagi!!


cantik kan dekonya...

cantik bangat





jakun pulak nekcik tengok kan singki singki tersusun begini




Mokcik nak menyeberang ke seberang ni...berbondot bondot nii




Inilah pesawat   yang  menerbangkan kami ke Nippon ni..dekat jer..1 jam 45 minit..alhamdulilah cuaca pun molek molek jer..so tenang lah sikit hati teman..cuma banyak pulak gunung ganang yang di lalui sebelum mendarat..syukur alhamdulilah ..selamat semuanya




Dari terminal 2 kami menaiki bas ke terminal 1...melalui blog blog yang nekcik baca..ada sebijik restoren halal kat terminal 1 ni..so kami pun mencariklah sebab perut dah lapar..last makan breakfast pukul 9 pagi tadi tuh...pusing pusing jumpalah restoran Udon ni..makanlah kami tempura..nasi dan sup..taklah menepati citarasa..takpe buat alas perut sebab jauh lagi perjalanan...lepas makan terus cari surau yang disediakan di tingkat atas..nun di hujung sebelah tempat VIP..cantik dan bersih sungguh surau ni..sila rujuk brochure For Muslim Visitor atau tanya jer pak guard jepon tu




besar terpampang logo halal malaysia di dinding restoren Udon ni


Ya ampuun..sengetkanlah kepala tu ye untuk membaca ..Kami makan tempura serta nasi kepal kat sini..lupa nak ambik gambar..gara gara kelaparan dan nak mencari surau...



Baguslah orang Jepun ni..di airport disediakan surau..restoran halal serta brochure  untuk orang Islam..nanti ada dituliskan kedudukan surau dan restoran halal...




Inilah surau bahagian muslimah....siap dengan telekong yang bersih ..tanpa bintang bintang!!  Selesai solat..kami terus beli tiket JR line untuk ke Kyoto  Station kerana kami akan tidor selama 2 malam di Kyoto..Tersilap pulak terambik train yang berhenti sana sini ..separuh jalan kami turun...tunggu the next train...huwaaa huwaa..alohaiii...d u g.a.a..an


Dari sini kami hanya keluar dari station dan jalan kaki dalam  10 minit menuju apartment kami

Sebelah Daily Mart tu jer rumah kami..hu haa..apartment kami kunun!!

Inilah rupa apartment kami di Kyoto..ada dapur dan bilik air sendiri ..tu yang penting...lagi pulak dekat dengan station Kyoto..melalui shopping mall..daiso dan family mart..bermunger munger hati nekcik..tak nyoping pun sekadar window shopping cukuplahkan!! Apartment ni namanya KYOTO STATION COURT.. melalui expedia.com RM 785.35 untuk 2 malam untuk 3orang..oklah kan
Sampai sini dulu lah ye..nanti nekcik story mory lagii...kalau tak sempat..lepas rayer lah baru nekcik bawak uols jalan jalan jepang ye
Sementara tu nekcik ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung setia nekcik dan ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan atau kekasaran nekcik sepanjang usia persahabatan kita...juga semuga amal ibadah kita diterima Allah amiin...
Untuk yang akan balik ke kampong nekcik doakan agar sentiasa dilindungi Allah dari segala yang tidak diingini..insyaallah..jangan lupa solat musaffir ...
Sesiapa yang beraya di KL jemputlah beraya ke teratak 66..hanya dibuka pada hari raya pertama sahaja..raya kedua TUTUP ye..nekcik nak balik Johor!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...