Kali ini nekcik balik kerana menziarah abang yang tak sihat sejak beberapa minggu lalu...Abang nekcik ni dah umur 77 tahun..dan penglihatannya dah hampir 5 tahun tak berapa terang..mata sebelah selepas di bedah langsung tak nampak..so dia hanya menggunakan mata yang sebelah yang jugak amat kabur ..memang sedih kerana pergerakannya amat terbatas..namun dia gigih ke surau dengan bantuan kakak ipar....
Baru baru ini dia setuju untuk menjalani pembedahan mata yang sebelah itu untuk membaiki penglihatannya dan alhamdulilah pembedahannya berjaya walaupun hanya sebelah mata..dia amat gembira kerana senang nak mengaji katanya..kami jugak amat gembira bercampur terharu..kerana sudah 5 tahun dia tak dapat melihat wajah wajah kami dengan jelas...oleh kerana semua abang abang nekcik ada di sini..maka kami berombonganlah ke Johor untuk menziarahinya...seperti biasa rombongan diketuai oleh Tokpokcu..ahli rombongan nekcik kali ini juga terdiri dari warga emas Tokngah dan Tokyayi..serta cik bungsu...Maka selepas solat jumaat kami bergeraklah menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas..bersebelahan dengan kampong abang...
..Jom nekcik kongsikan cerita abang nekcik ni..dia bukanlah abang kandung nekcik sebenarnya..dia adalah anak yatim piatu yang dipelihara dari umur 8 tahun oleh keluarga kami..tetapi kami semua amat menyayanginya ..alhamdulilah Allah murahkan rezeki dia sehingga dapatlah menjadi gurubesar sekolah rendah..seperti yang di inginkan oleh arwah ibu beliau...nekciklah paling manja dengannya ..iyalah adik perempuan sorang..segala kemahuan nekcik semua dituruti..maka berlambaklah patung mainan dan set pinggan mangkok nekcik waktu kecik kecik dulu!!!
Inilah rupa isinya..kakak ipar nekcik panggil pepes ...sedap sangat..
Ini pulak kuih lopis pulut..susah nak dapat kuih ori di KL...di sini pulut mentah dibungkus dalam bentuk tiga segi..disusun 5 keping lalu diikat dan direbus selama 3 jam..pulutnya jadi padat..bubuh air gula melaka..aduuuh sedap
![]() |
Ini satu lagi makanan kegemaran nekcik..putu piring kuning...hanya ada di Johor jer...yang ini ada rasa kunyit..rasa halba..wangi baunya....inti gula melakanya pulak banyak.....hilang gian Oleh kerana rumah abang ni memang berhampiran laut..memang gembira sungguh kami dapat ke jeti..menunggu bot nelayan naik..seronok..tengok ikan ikan fresh dari laut..macam macam jenis ..ada yang tak pernah jumpa pon..Memang ceria Tokpokcu dapat milih segala ikan ..segala siput!! |
![]() |
Add caption |
![]() |
Ada berani nak makan ....ni namanya kerapu rimau!!! |
![]() |
Ini pulak lokan..sedap di rebus atau bakar atau masak kari (buang kulit kalau nak buat kari ye!) |
![]() |
Menangkap ikan merupakan mata pencarian penduduk di sini....banyak tangkapan mewah lah rezeki..tapi sikitlah sekiranya sebaliknya atau waktu musim ribut.....gigih sungguh mereka untuk menyara hidup keluarga...Nekcik dibesarkan selama 6 tahun diperkampungan nelayan Tanjung Pelepas sebelum dijadikan pelabuhan..dan masih ingat susahnya mereka apabila musim ribut dan tak dapat ke laut!! sehingga ada yang tak mampu nak beli susu anak!!.arwah bapak memang selalu beli barang lebih..senang sekiranya ada yang memerlukan!! Selama 16 tahun arwah bapak bertugas di sini ..mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran |
![]() |
Jom ke pasar |
![]() |
Nekcik nak jual minyak gamat lepas nii |
![]() |
Rugi pulak tak posing..kat ala ala marina ni kan..seterusnya layan jerlah rakaman keindahan ciptaan Allah ini..mendamaikan..subhanallah |
![]() |
macam nak tumpang naik bot..pergi tangkap ikan sembilang |
Add caption |
Ada 2 restoren besar di sini..nekcik tak boleh komen sebab tak masuk...ada yang teringin..cecubalah |
suka tengok bot bot nelayan |
Add caption |
![]() |
So sesiapa yang teringin untuk melihat pokok bakau..kehidupan laut atau nak membeli ikan segar sila lah ke mari..google google lah ye!! |