bunga

9 Feb 2016

JUMPA DOKTOR

Assalamualaikum sahabat sahabat  yang di kasihi...banyak tak dapat angpau..he..he..tak dapat angpau pun tak apa asalkan jangan dapat surat saman atas jalanraya ye...nekcik memang tak balik beraya..tak kuasa nak meredah jam sana sini tu..maka duduklah di kampong setapak ni jer...tak payah menapak napak...walaupun cuti agak panjang kan...tapi sebelum raya tu nekcik ada apoinment..nak jumpa doktor!!! 
Jangan risau...nekcik sihat sihat sihat jer...Tuan doktor ni datang bukan nak chek nekcik atau nak bagi MC..dia datang nak menjalinkan siratulrahim jer..alhamdulilah..terharu nekcik kerana doktor sudi mengunjungi teratak nekcik ni...
selalunya memang fobia nekcik kalau nak jumpa doktor doktor ni..tapi yang ini rasa excited pulak ..ha..ha...sebab tuan doktor ni dah lama nekcik kenali tapi hanya bertegur sapa di alam maya sahaja..dan hari ini kami dipertemukan di alam nyata..Allahu Akbar..
uols semua pasti kenal DADDY ZIYYAD penulis blog MACAM MACAM ADA ....ramai peminat dia ni kan..FB friends dia ni pun sangat ramai!!! 
Selamat bertemu di alam nyata ye DR. MUHAMMAD KHAIRUL FAIZIE serta isteri PN. FIZA ZAHARI  SERTA 3 HERO yang hensem hensem belaka!!!
Walau pun tak pernah bersua tapi tuan doktor dan isteri ni amatlah peramah..so nekcik pun taklah kekok bersembang..dari satu tajuk ke satu tajuk....dan  paling bahagia 3 hero ni bermain dengan kucing dan arnab ..tak pegang pun..acah acah jer...takuut..he..he...melompat lompat kena kejar dengan arnab!! sama lah macam anak jantan nekcik dulu dulu..kalau balik kampong...terus paut leher nekcik bila ayam berkokok...memang tak tidor asyik terkejut!!!
Jom kita layan gambar gambar jejak kasih ni ye



tak payahlah nekcik kenalkan ye..pasti ramai yang kenal..doktor yang ghajin bertazkirah di wall fb ni..serta isteri yang merupakan usahawan yang gigih...alhamdulilah
Hero hero yang kacak ..putih putih belaka....jenuhlah omak nak milih nantu nanti...kenalah yang putih comey jugak kan  ....isteri tuan doktor ni towkay macaroon tau..jadi ada sesiapa yang teringin ..sila oder dari Pn.Fiza ni!!

Ni mini zoo nekcik...terlupa nak tunjuk kekura nii

Ni Juju....arnab melompat.ziyyad....zayydan....zayyan pun melompat sama..takuut!!

Rasanya yang paling  ziyyad..zayydan dan zayyan suka dan tak takut...ialah ikan emas....boleh lah daddy beli akuarium bela ikan...
Dah puas bermain jomlah kita menjamu selera..itu jerlah yang ado 

Ni jerlah yang sempat nekcik siapkan untuk minum petang hari ini ..ye Fiza ..


Alahaii sedih lah pulak Bella tengok abang abang semua dah nak balik...

Akhir kalam nekcik ucapkan terima kasih kepada dr.Faizie dan Fiza kerana sudi menjenguk nekcik dan tokpokcu di teratak 66 kami ni..kami gembira sangat menerima kunjungan uols yang amat peramah...hilang fobia nekcik!!!
Andai ada masa jemput lah singgah lagi dan lagi
Juga kepada sahabat sahabat alam maya nekcik semua...kalau sudi jemputlah singgah teratak 66 ye
Assalamualaikum semua....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...