bunga

31 Dec 2019

pernikahan anaknda Eli n Faizal

asalamualaikum sahabat sahabat blogger kesayangan
aduhaiii laju jer masa berlalu
hari berganti bulan..bulan berganti tahun
SELAMAT 2020 ye kengkawan
semuga kita dilimpahi kesihatan yang baik..umur yang diberkati serta amal yang diredhai aamin
Nampaknyan macam nak bersarang balik Teratak 66 ni
So ambil kesempatan dan semangat tahun 2020 ni untuk lebih menceriakan suasana teratak 66 ni
banyak kenangan indah yang tersimpan ditahun 2019 yg berlalu.
andai ada yang sedih sikit tu biarlah ia berlalu pergi
 satu keindahan tahun 2019 yang nekcik nak abadikan di blog ini
Ia sangat istimewa dalan keluarga nekcik
Niat nak di pamirkan di tahun 2019 tapi masa dan tahap kemalasan yang tidak mengizinkan
Jadi izinkan nekcik kongsikan peristiwa penting 2019 ini di awal tahun 2020
Mungkin dah ramai yang tahu dan dah baca di blog Yan journal yang sudi buatcover up untuk family kami

29.09.2019 
Cantik tarikh itu untuk di kenang
Sebenarnya itulah tarikh pernikahan anaknda puteri sulong nekcik..yang merupakan wedding pertama kalinya dalam famili nekcik
Ibu bapa mana yang tak susah hati bila anak perempuan sulung masih bersendirian
sudah punya kerja yang baik..dan punya segala serba sedikit namun masih bersendirian
Tapi sebagai ibu kita hanya mampu berdoa dan yakin segalanya adalah di tangan Allah
Walau lambat namun biarlah Allah utuskan hambaNya yang terbaik untuk jodoh anaknda tersayang
Maka dengan rasa terkejutnya Allah sampaikan hajat itu
Segalanya berlaku dengan cepat dan mudah apabila Allah mengkehendakiNya
Rupanya jodohnya dah lama ada tapi belum Allah sampaikan
Alhamdulilah dengan acara ringkas keluarga sebelah lelaki datang meminang dan majlis pernikahannya dalam masa sebulan setengah sahaja
Segala persiapan majlis anak dan bakal suami telah siapkan Biar mak dan bapaknya rehat dan tenang tenang jer katanya
almaklumlah mak pak dah tua baru nak terima menantu
Gembiranya dan bersyukur nya kerana doa doa kami Allah perkenankan
Allah hantarkan insan yang baik untuk menjaga dan menyayangi puteri kesayangan kami
Doa kami semuga anakanda berdua sentiasa bahagia di dunia dan akhirat bersama
Buat anaknda Faizal n Eli

Terima kasih jugak pada sahabat sahabat  blogger yang sudi hadir dan maaf jugak pada yang tak sempat dijemput..



Wedding yang amat di nan
ti nantikan oleh sanak saudara
Semuga jodoh kekal bahagia hingga ke jannah amin amin

Akhirnya sampai jugak hajat Tokpokcu untuk menikahkan puteri sulung kesayangannya alhamdulilah ya Allah
Hari ini dalam sejarah
alhamdulilah bertukar sudah tanggungjawap bapa kepada seorang suami..semuga dapat lah menjaga dan menyayangi puteri kami dengan serba kekurangan yang ada


Alhamdulilah bertambah seorang lagi ahli keluarga kami..semuga kasih sayang sentiasa berpanjangan hingga ke syurga aamin



13 Nov 2019

Ahlan wasahlan

     Assalamualaikum sahabat blogger..masih adakah lagi yang ingat kat nekcik ni ye???..bertahun tahun dah rasanya hilang dari radar..mujor masih dapat ditemui...dan masih lagi berpijak di bumi nyata...syukur  alhamdulilah masih lagi Allah izinkan untuk terus bernafas di muka bumi dan juga masih wujud di mukabuku..he he
Sebenar benarnya Nekcik rindu dengan kawan kawan Blogger nekcik ni..walaupun bertegur sapa di alam maya..dan ramai jugak yang dah bertemu di alam nyata..Nekcik rasa semuanya dekat di hati Nekcik..sayaaang uols semua..bukanya Nekcik dah lupakan uols semua..
Salah satu faktor nya..sejak dah guna handphone ni..rasa malas nak menghadap PC..Hp Nekcik tak lah canggih untuk nak tulis blog.. lagi pun sejak dua menjak ni jari jemari Nekcik ni dah bertambah size nya  ..dari size M dah jadi XXL..so amatlah risau andai asyik typo error...risau oo..cakap jadi dakap nanti oo
Tapi sekurang kurangnya masih lagi ada rakan blogger yang wujud  di FB dan jugak Ig..so ukhwah tetap berpanjangan...
Kalau dulu Nekcik rancak menulis sebab selalu balik kampong atau terbang sana sini so bolehlah share story morynya...Sekarang aktiviti terbang terbang ni dah banyak di keluarkan dari agenda kehidupan disebabkan kegawatan poket Tokpokcu...lagi pun Uncle Tony dah tak banyak bagi tiket murah..so bersyukur jerlah dengan peluang yang pernah dikecapi zaman zaman dahulu tu..alhamdulilah..syukurlah banyak jugak tempat dan negara yang telah dijejaki ...hanya ada beberapa tempat lagi yang dalam impian..biarlah menjadi rahsia hati
Last Nekcik update Teratak 66 ni dua tahun lepas kan...lamanya bersawang Teratak 66 ni ye..
Alhamdulilah Nekcik masih sihat..sihat orang lama..tapi syukurlah rasanya kepala lutut ni masih mampu lagilah nak terjah tangga tangga kat kampong sinuun tu..he..he
Tahun 2019 bulan April lepas umur Nekcik masuk 6series..kilauan emas gitu..memang amatlah syukurnya kerana masih Allah berikan nikmat sihat sambil menambah bekalan akhirat yang banyak kekurangannya...insyaallah..Nekcik juga doakan semua rakan rakan blogger dan rakan rakan mukabuku jugak dikurniakan kesihatan yang baik..disamping bertambah iman dan taqwanya
Amin amin ya Rabbal alamin

Sweet Sixteen Nekcik.
oops silap lah..SWEET SIXTY ...
bahagianya bila ramai yang sayang
kek ni pun specially made by our darling chef..CJUU
Uols ingat lagi tak Ex Boyfriend Nekcik ni??
 Laa ..yang selalu bawak Nekcik terbang sana sinun tu dulu.dulu..sampai rabak poket dia
Tokpokcu lah tu..sekarang dia bawak jugak Nekcik terbang hari hari..
tapi kat darat jerlah
terbang dengan angsa jer
Kita bercanda dalam negara jerlah..@waterfront PD..
Love is everywhere and anywhere

Itulah pilot yang selalu bawak Nekcik terbang sana sini tu..Kapal Unser JCL 101
Mokcik happy jer..janji jalan jalan...kalau berkurung dalam rumah jer nanti Nekcik meroyan
he..he
Okay cukup dulu setakat ini..baru nak warm up..rasa seronok pulak bila mula menulis ni...rasa macam tengah sembang sembang dengan you all semua..nanti insyaallah Nekcik sambung lagi sebab macam banyak jugak nak bercerita cerita kat sini..
tak taulah ada lagi ke peminat Nekcik ye..kita test market dulu ye..rindu Nekcik nak baca komen komen geng blogger 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...