bunga

19 Feb 2014

BURGER KIMCHEE

Jom kali ni pun kita cuba resepi mudah ini...
Sebenarnya masa di Korea hari tu nekcik dudok tunggu anak anak di depan kedai buku..sebelah tu ada gerai ...ramai orang beratur..nekcik pun menjenguk lah ke situ
Rupanya macam gerai burger cumanya bukan yang dah siap berkeping keping tu..tepi kuali leper tu ada membukit 'burger'nya..
Oleh kerana baunya yang tidak mencurigakan..nekcik pun pergi dekat dekat..bukannya nak beli..cuma nak tau apa ke mendenya..nampak macam sedap
Nekcik tengok ahjumma ni akan ambik sekepal buger tu..di leperkan di kuali tu mcm burger lah gamaknya..
masak jer pelanggan dah tunggu..tak de roti pun..cuma siram sos ....sedap bau nya...
So hasil sekodeng tu..nekcik hagak hagak jerlah..terhasillah ciptaan burger sendiri..
Since nama sebenornya pun tak tau..nekcik panggil burger kimchi!!!
Resipi sesuka hati ye!!
So jangan cuba cuba mintak burger kimchee ni kat korea ye!
Ini lah makanan yang nekcik jumpa tu..nun di sana 


Bahan bahan yang diperlukan :

Kobis cina..atau kobis panjang..kobis ni orang korea banyak guna dalam masakan diorang..seperti kimchee..dakgalbi atau ntah apa lagi...sebab tu kulit diaorang licin kan..jom kita makan sayur ni bebanyak he he
Kobis dan daun saderi /bawang yang diricik..ni yang lebihnya..boleh tambah bebanyak kalau suka
Breadcrumbs...sebahagian lagi di gaulkan dengan ayam cincang..
ini untuk digolekkan pada burger sebelum di goreng/ bakar

Tempekkan kat kuali..
Siap..boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan atau bekalan anak anak ke sekolah..lebih enak lebih berkhasiat!!!
Cubalah buat..memang sedap..Tokpokcu yang tak makan burger pun ngap sampai 4 ,5 keping you!!




BURGER KIMCHI
400 gm ayam cincang Ramly
1 bijik bawang besar potong dadu
200 gm kobis panjang/cina di racik halus
2 biji telor
100 gm breadcrumbs..(serbuk roti )..kalau takde ambik jer roti gardenia tu bakar dan ramaskan
sedikit daun saderi / bawang dihiris halus
Sedikit garam / sedikit black pepper
100 gm breadcrumbs guna masa nak bakar

Campurkan semua bahan hingga sebati
Ambil sesenduk..golekkan dalam breadcrumbs
Tempekkan di atas kuali yang telah dilenserkan minyak atau margarine
Kalau ada acuan banjo lagi comel
Jangan tebal sangat..kalau nipis dia akan crispy sikit...
Boleh lah nak makan dengan roti atau sos

Sekianlah sebelum nekcik melabuhkan tirai jalan jalan Korea..ada umur, ada rezeki nanti nekcik pergi lagi carik resepi kat sana yea..he..he..insyaallah
Kena cepat tulis takut terlupa!!
Sebab memory card nekcik ni dah full..he..he






18 Feb 2014

NASI MOROCCO

Salam sahabat sahabat dan anak cucu nekcik yang disayangi....semuga kita semua berada dalam perlindungan Allah setiap ketika..insyaallah..
Letih dah jalan jalan..jom kita makan makan..
TETAPINYA....kalau nak makan kena lah masak sendiri!
Nak tunggu nekcik masak..tak taulah bila ye
Anyway resepi ni taklah susah sesangat...jom kita cooking cooking untuk jamu keluarga dan kawan kawan...masak dari hati..masak dengan iman..insyaallah

Hari ni kita masak NASI MOROCCO ye
Ikut stail nekcik tau
Kalau nak yang lagi morooconya sila google


1 ekor ayam belah 4 atau 8
1 biji tomato hiris
1 biji bawang besar kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan halia parut
1 sudu makan gula
2 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan garam
1 sudu makan saffron
1 batang kulit kayu manis
1 sudu makan butter
1/4 cawan minyak zaitun (olive)
sedikit buah zaitun
2 sudu makan daun saderi..yang dihiris
2 sudu makan daun ketumbar yang di hiris
1/2 cawan air
Kalau rasa ayamnya besar..sila doublekan sukatan di atas ye

Masukkan air ,sedikit garam, beberapa potong halia..3 tangkai daun saderi ke dalam periok..jangan terlalu banyak ye
Rebus ayam  hingga empuk
Toskan..jangan dibuang air ni..nak guna untuk masak nasi
Masukkan semua bahan ke dalam periok
Panaskan dan kacau hingga sebati
Lumurkan ayam dengan paste yang di masak tadi dan masukkan semula ke dalam periok
Masukkan setengah 1/2 cawan air dan masak selama 30 minit..tutup periok
Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam oven
Tambahkan brocolli, carrot,tomato , badam jkalau suka
Bakar hingga keperang perangan..220C

Untuk nasi guna bahan yang sama untuk masak ayam tadi..(Boleh tambah dan bahagi 2 jer)
Masukkan semua bahan ke dalam periok
Panaskan dan kacau hingga sebati
Tambah 3 cawan air..air rebusan ayam/ atau air biasa
Masukkan 1 1/2 cawan beras
Masak hingga nasi tanak
Boleh makan bersama ayam

Nekcik ambik nasi  tu..tuang ke dalam mangkok...aturkan ayam yang dah dimasaak tu di atas nasi
Siramkan dengan baki kuah ayam yang di masak tadi
Tutupkan dengan aluminium foil dan bakar semula lebih kurang dalam 20 miinit at 160C
Saja saja nak bagi aroma ayam meresap kat nasi..baru kaw
Boleh jugak di makan bersama acar timun



Ni dia nasi morocco Najmah kat Busan....nekcik pun pakai beras korea tu..he..he..lho tertinggal badam lah pulak!!
Kurang lebih jadilah tu kan..yang pastinya liciin seperiok!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...