bunga

15 Jul 2012

KEKUASAAN ALLAH....ALLAHUAKBAR

ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR.. ..APA INI YE??? Nekcik pun tak tahu kerana tak pernah  jumpa selama ini..sesiapa yang ahli boleh tolong komen ye..fenomena apa ini..yang Nekcik tahu ini lah kekuasaan Allah!!

Cerita ni dah lama dah..tahun lepas..waktu tu tak reti blogging lagi....Gambar ini Nekcik rakam semasa hari sukan SEKOLAH RENDAH ISLAM MELEWATI..18/04/2011...sekolah anak bongsu Nekcik...sewaktu acara sukan berjalan cuaca agak panas lah jugak...masing masing semua tetumpu ke padang melihat anak anak bersukan dengan penuh semangat...temasya  sukan sekolah ini memang ditamatkan sebelum azan zohor...

So semasa anak anak masih berkemas kemas setelah tamat acara... tiba tiba anak anak melaungkan Allahuakbar sambil menunjuk ke arah langit...kami semua bergegas keluar untuk melihat apa yang mereka nampak..Subhanallah..seolah olah langit tu macam berlubang..ada jugak  macam  payong..aneh sebab tak pernah tengok..bukan gerhana matahari....

Masyaallah..mungkin Allah sengaja tunjukan kekuasaanNya kepada anak anak yang sentiasa mengingatiNya walau di padang sukan..kerana pada pandangan Nekcik..anak anak yang suci ini sentiasa mentaati syariatnya..dan sepanjang sukan itu laungan Allaahuakbar sentiasa berkumandang apabila mendapat kemenangan dalam setiap acara yang ditandingi....

Ya ALLAH ..kau sinarilah anak anak ini dengan cahaya ketaqwaan kepadaMu Ya Allah..dan bimbinglah mereka untuk menjadi insan yang soleh dan solehah...Amiiin ..ya rabbal alamin
Ada anak anak yang menangis ketakutan kerana kata mereka dunia dah nak kiamat..Allahuakbar
Ini lah gambar sekitar hari sukan itu

Add caption

Si kecik Nekcik mewakili rumah kuning..lupa lah pulak nama rumah tu..ada rumah Khalid Alwalid..dan semua nama pahlawan Islam

Add caption

Acara susun batu bata..tahniah sikecikku!!

Add caption

Perarakan macam nak berperang!1


Add caption

Cepat dik cepat...

Acara lari berhalangan
Di akhir kalam..Nekcik ingin menyampaikan jutaan terima kasih pada seluruh warga SRIP  di atas jasa jasa mereka mendidik anak anak ini termasuk anak Nekcik dengan penuh kasih sayang..tanpa jemu...tanpa mengira wang ringgit...tetapi penuh dedikasi untuk melahiran anak anak yang cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat..walaupun dalam serba kekurangan ...insyaallah...Semuga Allah berikan ganjaran  yang terbaik kepada guru guru semua diatas keikhlasan mereka....


Nekcik bersyukur sesangat kerana dapat menghantar anak bungsu Nekcik ke sekolah ini ..dan hasilnya setelah 6 tahun ..Nekcik amat bangga dengan ilmu yang telah dia dapati di sini...mereka dididik untuk menghayati Islam dan dalam suasana yang dipenuhi dengan syariat keislaman..alhamdulilah...Semuga dengan ilmu yang ada..anakku akan menjadi anak yang solehah ....cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat..amiin ya Rabbal alamin..


Terasa sedih kerana tahun ini merupakan tahun akhir anak Nekcik di sini...kerana selama 6 tahun itu Nekcik 
dan guru guru di sini seperti satu keluarga.....kami selalu bersama dalam majlis majlis yang diadakan...kami makan bersama..berjemaah bersama..berbuka bersama..teraweh bersama....syukur Ya Allah atas nikmatMu


Apabila matinya anak Adam..terputuslah segala amalannya melainkan ilmu yang bermanafaat yang ditinggalkan...sedekah jariah..dan anak anak
yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.... dan beruntunglah keluarga yang mempunyai anak anak yang hafaz ALQuran...kerana dapat membawa ahli keluarganya ke dalam SYURGA..insyaallah..
Inilah saham akhirat kita..insyaallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...