bunga

6 Oct 2012

Food SHABSUKA...06/10/2012

SHABSUKA...SAYA SUKA
SHABSUKA dengan roti john
ROTI BUNGA COKELAT...sebelum masak
SETELAH MENGEMBANG DALAM OVEN...

Roti tu semua sama sahaja macam yang sebelum ini....cuma campurkan sedikit serbuk cokelat


SHABSUKA



500 gm daging / ayam cincang

3 sudu makan cili blend
3 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan halia yg di parut
4 sudu makan rempah kari
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato besar di potong dadu
1 cawan sayur campur ( mixed vege)
1 tin kecil tomato puree 4 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula
2 cawan air



TOPPING

2 biji buah tomato hiris
1 biji bawang besar hiris
2 biji cili merah hiris
3 sudu makan bawang goreng 
3 biji telur



CARA

1. Masukkan bawang ,halia, bawang putih
2.Masukkan cili dan rempah kari
3.Masukkan ayam
4.Masukkan yang lain lain..
5.Tunggu sampai masak
6.Setelah masak, masukkan ke dalam mangkok pyrex ( atau apa apa yang boleh dibakar dalam oven)
7. Ratakan  kemudian pecahkan telur di atas permukaan 
8. Taburkan bawang goreng dan sebagainya
9. Bakar sehingga telur masak



Boleh di makan bersama roti john atau roti puri...

Selamat mencuba



** Mintak maaf ye sebab nekcik dah lama copy resipi ini cuma masa tu nekcik tak pandai berblogging lagi

Tak ingat dari siapa resipi ini..tapi mmg sedaap...
so pada yang berkenaan..terima kasih kerana berkongsi resipi semuga ilmu dipanjangkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...