bunga

30 Nov 2014

MEKONG RIVER CRUISE




  1. Hari ni jom ikut nekcik menyusuri Sungai Mekong..yang menjadi satu kemestian bagi pelancung HCM ni...lagi satu ChuChi Tunnel...tapi rasa tak minat ke ChuChi Tunnel so kami memilih Mekong River ni...Pakej yang kami dapat setelah survey survey berharaga 20USD dalam Rm60 lebih camtu..pakej sehari ini termasuk sarapan pagi dan makan tengahari sebab yang bukan Islam restoren di sana akan sediakan makanan ...memandangkan kami mengambil pakej dari Restoran Serai...jadi merekalah yang membekalkan makanan untuk kami ...sarapan pagi nasi goreng bersama kopi vietnam..diberikan awal sebelum kami berangkat pukol 8 pagi..di hantar siap ke hotel kami..makanan tengahari juga dibekalkan sekali...nasi putih..sambal udang..telor dadar..tomyam..kari ayam...alhamdulilah sedap makanannya..
Sepanjang jalan nampak sawah padi terbentang luas..kerana Vietnam jugak adalah sebuah negara pengeluar beras
Dari jeti ..naik ke bot 


Dari jetty  kami di bawa dengan bot ini ke satu pulau..tempat ternakan madu....abaikanlah mokcik pokcik berdua tu ye ..seronok pulak naik boat ni menyusuri sungai mekong ni...suka nekcik...

Boat tu kemudian menurunkan kami di pulau ni..untuk merasa madu mata kucing..ikut musim buah..katanya....mereka perahkan limau kasturi..dibubuh madu dan dicampurkan air untuk membasah tekak ...alhamdulilah sedap suam suam kuku..kami juga ditunjukan lebah.lebah di dalam sangkarnya...alhamdulilah tak seorang pun kena sengat atau kena madu..he..he

Selepas minum madu..ada juga yang membeli ...kami menaiki sampan kecil pulak untuk menyusuri sungai yang lebih kecil..muat 2 sampan berselisih jer melalui pokok pokok nipah di kiri kanan sungai..satu sampan boleh di naiki 4 penumpang dan di dayung oleh 2 makcik nyonya...seorang depan seorang belakang...
Ni Tekong POP Travel


Macam gayat jugak mulanya..tapi bila da naik seronok pulak..jadi meriah bila berselisih dengan sampan sampan lain..siap berbabai lagi..riuh rendah dalam hutan nipah tu..
uols kenal ke pokok nipah nii..nekcik memang biasa sebab nekcik dibesarkan di tepi laut...memang suka makan buah nipah ni..sedap macam buah kabung gitu. ...rupa pun akan akan..tapi buah nipah ni boleh terus dimakan
Macam hiway tau..bizi

Hari minggu ramai pelancung datang ke sini berbas bas....

Tukang dayung sampan nekcik 2 nyonya yang lebih tua dari nekcik..bila dah dekat nak sampai jetty tu..nyonya tu tarik nafas lega bercampur penat..iyalah kudrat orang tua..tapi terpaksa untuk menyara hidup...Berderai jugaklah airmata nekcik..terbayang kalau lah nekcik yang terpaksa mendayung tu untuk mencari sesuap nasi..dalam usia yang begini..aduhaiii tak terkata...

Uols semua kenal tak pokok nipah nii...nekcik memang dibesarkan di kawasan tepi laut...
Nampak tak yang setandan tu..macam buah kelapa sawit tapi besar ..nekcik memang suka makan buah nipah ni..sedap macam buah kabung gitu. ...rupa pun akan akan..tapi buah nipah ni boleh terus dimakan..
Nak kira tak de apa sangat di sini..tapi pelancung suka suasana kampong begini..menjadi daya tarikan semulajadi..tak payah buat bangunan canggih pun...tapi begitu ramai yang datang dari pelbagai negara......apa kata kita buat di malaysia kan....tunggulah nekcik jadi menteri pelancungan nanti!!!

Dalam 20 minit bersampan ni kami diturunkan di jetty lain pulak..turun jalan memasuki kebun..dalam kebun ni ada banyak pokok laici..mata kucing...nangka dan banyak lagi..luas .jugak..dah tu ada bangsal besar..siap ada meja kerusi...ada 3 bangsal dalam kebun ni..kami di beri makan buah buahan..betik..buah naga..mata kucing


Makan..makan

Lepas rehat rehat dan makan buah..kami ke jetty lagi..nak kena naik boat pulak untuk berhenti makan di satu pulau..boat ni agak besar boleh naik dalam 20 orang..dan kami menyusuri sungai besar mekong..tengok tu gembira travel buddy nekcik


Cameraman kami ni memang tak henti henti tangkap gambar...takpe Tokngah ..janji Tokngah hepi hepi cuma hati hati...amoi vietnam ni peramah peramah!!

Ni boat sebelah..penuh dengan students...tengok tu semua pakai life vest takut karam macam sewol tu kan
Singgah lagi di satu pulau ni untuk berehat dan makan tengahari....apa lagi perut dah berkeroncong..kami pun makan dengan berseleranya...tambah lagi tepi sungai..berselera sakkan

Tu diiaa tengok tu..siapa bawak kapal...captain makcik pencen!!!..tu yang students boat sebelah tu siap pakai jaket,,risau takut Captain pencen langgar kasi karam..ha,..ha...


Singgah lagi di satu pulau ni untuk berehat dan makan tengahari....apa lagi perut dah berkeroncong..kami pun makan dengan berseleranya...tambah lagi tepi sungai..berselera sakkan
bot bot sedang berlabuh




Ni lah jetty setelah turun dari bas

Alhamdulilah..boat selamat sampai ke darat dengan selamatnya.....nanti kalau dah tak suka dok malaysia...leh lah nekcik bawak kapal kat mekong river ni ye..ha..ha

Antara pemandangan sepanjang Sungai Mekong..alohaii ala ala Bhospherous lak...Istanbul  bilalah boleh datang lagii!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...