bunga

27 Nov 2013

BUSAN...SEOUL KOREA..2013

Jom jalan jalan Korea!!!
Sempat rembat tiket murah ke Busan..Rm 500 AA
Dulu kami pergi bertiga..so kesian pulak yang tak pernah sampai lagi nii..lagilah yg peminat drama korea nikan
Alhamdulilah...kami selamat sampai di Busan jam  7 pagi setelah terbang selama 6 jam 
Dari airport Gimhae kami ke Busan Station..untuk naik train KTX ke Seoul untuk ke Itaewon..tempat kami akan duduk selama 4 malam
Tokpokcu dah booked apartment 2 bilik dengan dapor dekat station Itaewon sebelah Hamilton Hotel dekat dengan masjid Seoul..sini senang nak makan atau senang beli bahan mentah..banyak 2 atau 3 halal supermarket..kelapa  pun ada!!


Alhamdulilah selamat mendarat di Gimhae Airport , Busan  tapi masih jauh lagi perjalanan kami

Dari airport kami naik bas ke Busan Station


Persekitaran Busan Station

Masyaallah ...cantiknya bunga ni..macam nak buat salad

Ada pulak warna putih macam kobis

Di Busan Station..untuk menaiki  train KTX ke Seoul Station dan tukar train untuk ke Itaewon

Perjalanan KTX ini mengambil masa 2jam 45 minit dari Busan Station ke Seoul Station dengan bayaran RM 150 seorang

Lolap mato weii

Tu diaa....mata tangga yang harus di daki untuk sampai ke apartment kami...bersebelahan Hotel Hamilton Itaewon

Selama 4 hari inilah tangga yang akan kami redah setiap hari...kuss semangat..boleh longgar skrew lutut uols!!

Tapi Travel Buddies nekcik ni so far so good..insyaallah

Sinonim dengan Tokpokcu..kemana pergi pasti nak masak jugak..walaupun stok ada...so kenalah cari apartment yang ada dapur..banyak guesthouse yang ada shared kitchen tapi Tokpokcu tak mau..so kenalah mahal sikit..dalam Rm500 semalam tapi selesa lah ada 2 bilik...Sampai sampai terus jer cari tanah untuk menyamak segala pinggan mangkok dan sebagainya

2 double decker

Luas jugak bilik ni

Ruang dapor

Ni nama apartment kami..tapi ada banyak lagi guesthouse yang lebih murah sekiranya tak kisah  berkongsi dapor atau beria ia nak memasak...lagi pun ini untuk 6 orang


Bersedia untuk cari makan

Kedai MUREE  berdekatan dengan masjid Seoul..sini banyak resto halal  dan halal mart..boleh jer pilih nak makan apa dan di mana..tapi harga boleh tahan lah..6 orang makan rm300

ini makanan Korea..Bulgogi

Banyak menu da habis..so akhirnya makan jerlah nasi goreng briyani telor

Lepas makan singgah beli bahan dapor di halal mart ni..kebanyakan barangan dari Pakistan

Doyan pun adaaa

Ni pun kedai makan  SITI SARAH..makanan melayu dan egypt..
Okay esok sambung lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...