bunga

3 Dec 2014

BANJIR DI HO CHINH MINH

Salam UOLS..dah naik sampan jom kita jalan jalan lagi..Nekcik nak kongsi cerita best nii..Since semalam dah keletihan mendayung..hari ni kami santai santai jer..setelah  puas berehat..sambil sarapan apa yang ada...kami keluar lagi ...meronda kawasan yang berdekatan jer..sambil mencari kedai untuk makan tengahari...
ada kedai Briyani Taj Mahal kat kawasan ni..dalam 30 minit jugaklah berjalan kaki..menyusuri taman dan melintasi motosikal yang bagaikan anak ayam keluar reban tu...
Nekcik dah tak fobia sangat untuk melintas jalan yang penuh dengan motosikal ..kerana telah biasa  (kunun) ketika ke Hanoi dulu..bezanya di Hanoi kereta tak begitu banyak...berbanding di HCM ni..lagi senang melintas di Hanoi..di sini kena berhati hati jugak sebab banyak kereta..ditakuti moto moto tu tak nampak kita melintas..tapi jangan risau ..traffic light pun ada di kebanyakkan simpang

Pemandangan yang biasa di sekitar kawasan sini

Tengok tu gigih warga emas melangkah..rasanya dah lebih seribu langkah

kehidupan yang santai

sempat lah nak berexersais kan

luas jugak taman di dalam bandar ni...

Bahagia Cikmat ngan Tokngah dapat Briyani ayam ngan kambeng..lagi lagi lah di luar tu hujan amat lebat...memang nikmat dunia!!

Sebukit briyani gamnya!!

Tu diaa...keluar restoran Taj Mahal..dah macam kat Sungai Mekong pulak!!
Model banjir dari malaya
Cepat betul air naik tak sampai 1 jam hujan pun


Bas pun dah jadi feri
Tengok tu..agak dalam jugak air di atas jalan

Mangsa banjir yang sempat menyelamatkan diri..tengah tunggu bantuan....selimut dan cheese!!!


Hepi hepi mat salleh ni meredah air..sempat buat pilem lagi

Kawasan sini agak dalam....colourful lah pulak

Warga emas meredah banjir....jangan gelak ye Ayahjed..nanti habis nasi briyani kita hanyut di bawak arus..Tekong kena jaga anak anak kapal...takut hanyut weiii..kena hukum gantung  wooo


Moto moto dah macam jetski... macam  pesta air kat Bangkok pulak kan
Ini sahaja lah lapuran banjir dari bandaraya Ho Chin Minh yang turut melibatkan 7 wargannegara malaysia terdiri dari 6 warga emas...alhamdulilah semuanya di lapurkan selamat dan sihat dan ceria untuk meneruskan kembara mereka sebelum pulang ke tanah air dalam beberapa hari lagi..insyaallah...
Setakat ini dulu untuk kali ini ..salam dari Nekcik...ha..ha..mokcik pencen berlagak wartawan!!!..


Terima kasih atas doa kalian semua ye!!
Kami semua selamat dan sihat ..alhamdulilah






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...