bunga

23 Jul 2017

KEIKHLASAN

salam ukhwah sahabat semua...semuga semuanya sihat sihat belaka..
Syawal semakin hampir meninggalkan kita..namun nekcik rasa memori indah  syawal masih lagi berbekas di sanubari kita..keriangan..kemesraan masih bertaut di hati...
walaupun ramai yang kata kita ni lebih lebih sangat merayakan syawal yang mana sepatutnya hanya dirayakan sehari sahaja berbanding hari raya idil adha kan tapi bagi nekcik..ianya bukan sekadar meraikan syawal..ia meraikan siratulrahim antara keluarga dan sahabat..kerana ketika syawal inilah kita berpeluang bertemu kaum kaerabat yang sukar ditemu di waktu lain..di bulan syawal inilah kita mudah untuk berkunjung berziarah sanak saudara dan di bulan syawal inilah juga merupakan peluang untuk kita beramah mesra mengunjungi jiran tetangga
di syawal tahun ini kita sempat berjumpa saudara mara..sepupu dan sahabat tapi tahun depan belum tentu...kita akan sebut sempat jumpa raya hari itu apabila ada yang mendahului kita kan..
Nekcik berdua dah lama lama tak punya ibu bapa sendiri di kampong...namun amat bersyukur kerana kami masih ada kampong dan rumah untuk berkumpul...setiap raya kepulangan kami sentiasa di nantikan oleh abang abang dan keluarga mereka...dan adalah kewajipan kami untuk sama sama beraya bersama mereka walaupun kami pulang ketika raya kedua..
setakat 30 orang berkumpul dalam satu rumah adalah perkara biasa bagi kami...belum lagi kami menyewa  homestay..walaupun sekarang ramai yang selesa begitu..tapi keluarga kami masih mengamalkan budaya lama dan masih mampu menyusun atur ruang ruang untuk keluarga..alhamdulilah
nekcik amat bersyukur kerana sejak ibu dan bapa telah tiada..abang sulong dan kakak ipar menggalas tugas menggantikan ayah bunda.. dia mahu semua adik adik berkumpul bersama kerana itu amanah arwah bunda padanya..maka di situlah kami makan minum dan tidor baring selama sekurangnya seminggu..
walau abang punya keluarga sendiri yang mana 4 anaknya dah berkeluarga...abang seorang lagi juga punya 2 anak yang berkeluarga..termasuk keluarga nekcik pula..memang kurang lebih 30 orang!!..tak termasuk seorang lagi adik yang menetap di singapura..selalunya mereka balik hari ..begitulah gempaqnya keluarga nekcik..walaupun hiruk pikok..namun masing masing ada tugas untuk urusan makan minum...selalunya raya pertama memang abang akan tempah nasi briyani untuk keluarga dan tamu tapi masuk hari kedua lah yang selalunya mendebarkan..itu belum lagi termasuk tetamu yang datang berkunjung..bukan takat sepuluh dua puluh orang sekali gus..malah ada masa lebih dari itu..memang melompat lompat dan simpang siur menyediakan hidangan..kalau dah saudara mara..tak ada maknanya kuih dan biskut raya...nasi jugak yang dicari orang..walau pun ada masanya hanya sayur air dan ikan goreng sahaja yang sempat dihidang..namun tetamu girang!!
lebih kurang penuh seminggulah memang kami makan minum bersama sehingga lah seorang demi seorang meninggalkan kampong untuk pulang ke bandar..
sepanjang seminggu memang sarapan pagi harus dibeli dan di tambah dengan jemput jemput atau nasi goreng..tengah hari menu tengah hari dan malam menu malam pulak..iyalah kalau dah ramai memang semua berselera makan kan..simpang siur tangan mengambil lauk...walaupun dapur tak kering dan tak menang tangan namun masing masing tetap riang kerana ada kasih sayang..kerana ada keikhlasan...tiada masa untuk merungut..tiada masa untuk berkira penat lelah..
bila dah ramai..masing masing harus mainkan peranan untuk menjaga keharmonian..siapa lapang pergilah cari sarapan pagi..siapa lapang masuklah ke dapur dan buat apa yang patut..dan itulah amalan keluarga kami..alhamdulilah....semuga anak anak cucu dapat terus mengamalkannya....ikatan keluarga dan kasih sayang...
Begitu jugak disebelah keluarga Tokpokcu..kakak ipar dan abang juga mengambil alih tugas arwah bunda..di rumahnya jugak kami berkumpul..menjangkau jugak 30 orang..memang gempaq..siang malam kakak dan abang menyediakan sarapan dan makan minum kami adik adik..namun senyum sentiasa terukir di wajah mereka..walaupun bukanlah kaya raya namun makan minum adik beradik dan keluarga tak pernah diabaikan..begitulah ikhlas dan eratnya kasih sayang kami...
bukan wang dan ringgit jadi ukuran....tetapi kasih sayang dan keikhlasan...ia memang sukar untuk dimiliki melainkan dari hati yang bersih dan suci...kurniaan Illahi...lantas haruslah di hargai dan disyukuri...insyallah

takde makanaya baju raya..lepas sembahyang raya 1000 cucuk satay menanti untuk dibakar.....
hidangan malam menanti kami di malam hari kedua..jauh perjalanan  Setapak Pontian..9 jam you!!..alhamdulilah..ada makan
makan untuk hidup..atau hidup untuk makan..bagi kami makanan pengerat kasih sayang kami..
setelah seminggu tinggal sebummbung..makan semeja..maka untuk berpisah memanglah berat..episod nak masuk kereta pun makan masa sejam..sangkut sana sangkut sini..dakap sana dakap sini..bai bai san bai sini..gitulah keluarga kami
taukay resort dah tersandar di sofa..kepenatan melayan tamu yang ramai nak check out hari ini...
inilah wajah kesayangan hamba..kakak ipar ku..walau rumah berantakkan..sana sini berselerakkan..namun tiada kegelisahan di wajah..yang ada hanyalah senyuman kebahagiaan..sedih lah tu bila seorang demi seorang check out!!
ini lah keriangan anak anak ribena...semuanya riang gembira..semuga kasih sayang sentiasa tersimpul erat....tiada rasa benci..tiada rasa dengki..yang ada hanya lah kasih dan sayang
Bila berhari hari memasak..kita cari makanan di luar pulak..sesekali ubah selera dan rehatkan chef chef kami...alhamdulilah yang muda memberi ..yang tua merasa..maka kami ke marry brown kukup..siap mereka jemput kami ke bilik jamuan...penuh 3 meja!!
usahlah bimbang anak anaku..rezeki yang diberi akan Allah gantikan lebih dari itu..insyaallah..janji ikhlaskan hati..
ini di rumah abang Tokpokcu..di sini jugak gempak dengan keluarga kami seramai hampir 30 orang jugak..alhamdulilah abang dan kakak ipar sentiasa terukir senyum melayan adik adik dan keluarga masing masing..makan pagi..makan tengahari..makan malam sentiasa terhidang di meja...walaupun tak kaya raya..tapi mereka kaya dengan keikhlasan kasih sayang

Ini di rumah kakak Tokpokcu...jugak ramai di sini..alhamdulilalh..ini sebahagian keluarga kami..ramai lagi tu..Syukur Paklong masih sihat..masih boleh masak nasi briyani Muo yang sentiasa kami rindukan


ini lah tetamu Paklong yang amat gembira dapat makan nasi briyani paklong!!

makanlah anak anak..briyani Paklong Muo memang best
walaau berusia 70 han ..abang ipar ni masih lagi kuat dan sihat..kami dihidangkan briyani ayam dan daging..semuga Paklong sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan umur yang diberkati..amin
Ini keluarga abang Tokpokcu dari Sabah..sebahagian sahaja yang singgah di teratak 66..separuh lagi sudah pun pulang ke sabah..walau berpisah namun kasih sayang tetap tersimpul erat..insyaallah


makan dan makan....iyalah sama sama kita berkongsi rezeki Allah..insyaallah memberi makan ada keajaipannya ..dimurahkan rezeki..diberikan kemudahan urusan ...di sembuhkan penyakit..insyaallah

ini di rumah anak sedara Tokpokcu..juga acara makan..masak dan makan...kami ondaway ni tuan rumah!!

kami tak perlukan meja makan yang indah..kerusi makan yang empuk..pinggan makan yang mahal..cukuplah makanan yang dihidangakn dengan penuh kasih sayang..syukur alhamdulilah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...