Disini ingin Nekcik kongsi secebis kisah bersama kembara kami...semuga ianya menjadi contoh teladan dan menimbulkan keinsafan dalam diri kita..Sebelum berangkat ke tanah suci , Nekcik ( Tokpokcu) mendapat panggilan dari Andalusia untuk meminta izin untuk ditumpangkan mahram untuk 2 beranak ke dalam keluarga kami..kami terus sahaja setuju...dan dengan pertanyaan itu juga...Nekcik dapat rezeki yang tak ternilai kerana Nekcik memang mengharapkan satu lagi kekosongan untuk anak Nekcik...(walaupun 2 bulan nekcik tunggu untuk kekosongan itu)..Syukur sesangat kerana anak Nekcik memang sangat sangat hendak pergi..Alhamdulilah ..
Di airport kami di perkenalkan dengan mahram kami....sebak rasa Nekcik apabila kami berkenalan dan berpelukan....kerana anak ini membawa ibu mertuanya yang tidak dapat melihat!! Masyaallah..Tanpa sedar airmata Nekcik berderai...Ya Allah... mulianya hati anak ini..kerana sanggup bersusah payah membawa ibu mertua untuk berumrah dan berziarah lagi! Nekcik tak fikir ramai yang sanggup berbuat demikian...tambahan pula tanpa suami ikut sama....
ANAK ini cekal dan sabar...Dia masuk ke tandas untuk uruskan ibu ini..disediakan stokin dan kasut setiap kali berwudhuk...tangan sentiasa dipimpin..setiap apa yang dilihat, diceritakan pada siibu..Kasih sayang kami sekeluarga terus bertaut dengan penuh keiklasan bermula dari hari pertama kami kembara...
Ya Allah ..Kau permudahkanlah urusan kami bersama keluarga baru kami ini sepanjang perjalanan kami....Itulah doa Nekcik sambil bergenangan air mata...Sewaktu berziarah..alhamdulilah MAK dan ANAK Nekcik tak ada masaalah..Ceria MAK walaupun dalam gelita...Kami semua sama sama membantu mana yang boleh...
Apabila kami berumrah..Nekcik sama sama tawaf dan saei sekeluarga..kerana mereka kali pertama menjadi tetamu Allah..Alhamdulilah..walaupun memang keletihan kerana perjalanan Madinah Mekah hampir 6 jam..berada dalam bas..MAK kuat untuk bertawaf dan bersaei...hanya sekali berhenti rehat..Dan Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk kedua beranak ini mengerjakan sembahyang waktu di Masjidilharam walaupun berjalan sejauh 350m dari hotel kami...Sesungguhnya kasih sayangMu melimpahruah untuk para tetamuMU...Ya Allah semuga kau limpahkan jua kasih sayangMu pada ANAK ini atas segala keiklasannya..
.Banyak jugak airmata Nekcik berderai bila bersama dengan dua insan ini...Walaupun tak dapat melihat..dia tetap ingin menjadi tetamu Allah..dan kepada si ANAK..bukan menjadi bebanan membawa seorang ibu mertua yang tak dapat melihat untuk melakukan ibadah umrah...dengan relahati...Sedangkan memberikan segelas air pun sudah mendapat ganjaran yang hebat..apalagi memimpin seorang ibu untuk bersolat di Masjidil Haram...Masyaallah!!
Alangkah bahagianya hati seorang ibu jika anak anak sanggup memimpin ibu atau bapa untuk ke masjid apabila mereka telah kurang tenaga...disediakan apa apa yang diperlukannya dengan penuh kasih sayang...bukan emas permata tapi kasih sayang yang diharapkan untuk menyinari hari hari senja..Maka Allah menjanjikan syurga untuk anak anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua...Masyaallah...
Rebutlah peluang keemasan ini pada mereka yang masih punya ibu dan bapa...Dan pada yang telah pergi...kita sedekahkanlah bacaan AlQuran..bersedekahlah atas nama mereka...sedekahkan pahala umrah untuk mereka...mohonkan keampunan untuk mereka.. agar mereka mendapat RAHMAT Allah untuk ditempatkan di syurga...ammiin
Bersama kembara ini Nekcik gembira sangat kerana mendapat 3 keluarga angkat baru ( keluarga kembangan Daddy Ziyyad! )...semuga kasih sayang kami berpanjangan hingga ke akhir hayat ..insyaallah..Begitu juga dengan jemaah jemaah yang lain...
| |
|