hari ni lawatan ke Nami Island....tak sah pulak kalau ke Korea tapi tak sampai Nami ni kan..lagenda pilem Winter Sonata yang fofular ni ye..nekcik tak nengok pun citer nya..oklah layan budak budak ni berposing sakan..masing masing siap dengan fotographer sendiri.....nekcik suka jugak tengok pulau ni....suka tengok kreativiti diorang..suka tengok kebesaran Allah menukarkan keadaan yang berbeza untuk musim yang berbeza.....Allahuakbar

Bersiap sedia untuk ke meredah pulau Nami
 |
menaiki subway itx menuju ke station Gapgyeong untuk ke Nami Island..
|
 |
Tu diaa bendera malaysia berkibar kibar mengalu alu kedatangan kami...perasan lah tu!
Lagi tekejut apabila lagu cindai berkumandang sekitar pulau nii..lepas satu satu lagi lagu melayu...rupanya sepanjang hari memang di alunkan lagu malaysia...dah macam kat kl jer pulak!!

Rupa rupanya ada pertukaran budaya antara Nami dengan Langkawi..ada pertunjukan makanan..terlepas lah pulak
 |
Model ala ala korean gitew..heroinenya mana bang???? |
|
Sejuuk weiii...belum jumpa snow lagi nii...seronok ..lama tak tengok unggun api
Tu pelakon utama winter sonata versi jawa bugis!!
|
Daun daun jatuh berguguran.....sayuuunya
|

Rumah tradisional Korea

Masih ada lagi basikal Winter Sonata...kalau kat malaysia ni dah lama ghaib kot


Unggun api...legaa dapat bahang bara ini
Selepas solat ada MUSOLLA kat situ tapi tak sempat nak ambik gambar sebab hujan renyai renyai kami pusing cari kedai nasi goncang..puas mencari tak jumpa..dulu pernah makan kat situ sebab ada tanda halal..2, 3 kali pusing..ingatkan dah tutup..alhamdulilah terjumpa sedara malaya tu dia bagitau kedai tu dekat sebelah musolla...pusing cari tak nampak pun logo halal..rupanya terlindung payung!! kedai ni dah berpindah tempat rupanya...bersebelahan musolla tu jer
Jom nasi goncang!!

 |
Kotak ini berisi nasi dengan sayur dan seaweed..panas lagii
 |
Tengok tu... Tokpokcu dah pakai glove untuk acara mengoncang
Setelah di goncang beginilah roper nasinya |