bunga

26 Feb 2013

Hanoi Final




Bersiaran lagi mengenai Hanoi...okay  ini episod akhir pengembaraan Nekcik ke Hanoi..dah panjang sangat kan... .nanti boring kengkawan baca....kat entry ni nak share  tips tentang hotel...dan lain lain ..so mana yang boleh di gunapakai..ambil lah...yang tak berkenan tu just ignore kan sahaja ye!!!

Ini adalah PUPPET SHOW ..yang mana satu kemestian kalau ke Hanoi...kalau tempat kita ni macam wayang kulit lah...cuma bezanya patong patong ini di ikat pada buluh dan dimainkan di atas air...tukang karutnya berada di belakang tabir...yang ini penutupnya..so tukang tukang karutnya menampilkan diri


Inilah antara patong patong mereka....puppet show ini menceritakan kehidupan seharian mereka dari zaman dahulu lagi

Lihat lah patung patung yang di ikat pada buluh..tukang karut tu akan menggerakkan tali tali pada patung itu....buluh itu akan di letakkan di dalam air...yang nampak hanya patung yang bergerak gerak dengan berbagai aksi...seronok jugak menontonnya!
Lagi patung patung yang digunakan
Tengok tu... bahasa melayu di dalam peperangan Vietnam dahulu..tahun 1965....Nekcik jumpa dah tahun 2013...kalau tidak boleh jugak dapat hadiah kan!!
Ini PASAR DON XUAN..amat popular pada pelancung asing..tapi Nekcik tak sempat buat lawatan tapak ke sini..pergi pergi dah tutup..pukul 6 petang...so Nekcik pun tak tahu apa ada di situ..kena sekoding blog lain...

Inilah hotel penginapan kami selama 3 malam....1 malam di Halong Bay...harga sebilik untuk 3 orang (Tripple Room) ialah RM 185..amat bersih dan selesa...kalau nak berjalan kaki ke RESTORAN NISA ambil masa lebih kurang 20 minit dengan K.A.K.I...juga ke TASIK HOAN KIEM...

BILIK 1
BILIK 2

Bilik air yang bersih lagi modern
Inilah breakfast kami..hari hari mereka sediakan 12 biji telur 3/4 masak dan pisang/ limau untuk kami....masing masing buat sandwich telor ..alhamdulilah bolehlah bertahan berjalan sehingga pukul 5 petang..barulah kami pergi ke Nisa untuk lunch cum dinner...Malam lapar ada stock maggi dan bubur nasi!!!

Kakitangan hotel ini amat mesra dan baik sangat....terasa seperti satu keluarga...
Kami bertolak untuk ke airport pada pukul 6 pagi tak sempat breakfast..dengan baik hatinya mereka bekalkan 6 bungkusan roti  dan buah buahan untuk bekalan kami.......

Hotel ini juga ada menyediakan pickup di airport....20USD untuk 6 orang..lebih kurang 45 minit dari airport

Di atas adalah peta kawasan bandar OLD QUARTERS ini..tak lah besar sangat..tapi banyak sangat hang hang dia (Jalan) Yang  kotak hitam tu....  HOTEL RISING DRAGON VILLA....kotak merah besar tu..RESTORAN NISA...yang kotak merah kecik tu MASJID ALNOOR........Berpandukan peta inilah kami meredah kawasan persekitaran...seronok sebab cuaca sejuuk...

Pelukis calligraphy di sepanjang jalan....4 hari nekcik pusing keliling bandar ni tak jumpa pun pemintak sedekah!!


Ini di kapal di Halong bay...air tin tu tak termasok dalam harga package cruise itu...untuk 4 kali makan ( 24 TIN )..air kami adalah RM 100 ..terkejut!!...rupanya air tin tak termasok dalam harga cruise 70 USD!!..air tak boleh bawak sendiri..kena denda...
Tak tau lah pakej lain..INI HA LONG DUGONG SAIL!!! kelakar pun ada ..marah pun ada ..bayo jelah..dah minum pun....24 air tin dan 6 botol air mineral!!!
So sesiapa yang naik kapal tu..sila confirmkan dulu....atau bayor jelah!!!

Penapis kopi  dari Hanoi..masok kan serbuk kopi..tuang air..air kopi akan menitik perlahan lahan...lama jugak nak penuhkan segelas ye...

Ini contoh kopi 3 in 1 Vietnam..dun worry ada cap halal



So berakhirlah percutian kami sekeluarga di HANOI selam 4 malam 5hari..Rupanya tak salah pilihan Nekcik untuk ke sini....satu memori indah bagi kami sekeluarga...Alhamdulilah semuanya selamat dan telah dipermudahkan Allah....syukur kami kepadaMu kerana telah mengizinkan kami melihat keindahan ciptaan MU..Masya Allah..

Tips @ bawaklah sedikit bekalan seperti roti/ serunding/ sambal..sekiranya lambat berjumpa Resto Nisa tu..atau bila kelaparan .....yang lain Nekcik tak tau melainkan ada sebuah restoran  Mamak..

Tips Nekcik....@sebelum kemana mana ..silalah buat solat musafir atau hajat untuk keselamatan dan kemudahan kita...terutama yang berjalan sendirian seperti Nekcik ni ...InsyaAllah

Tips @ elok pergi waktu sejuk seperti bulan Feb..sejuk tapi nyaman untuk jalan jalan

Tip@ bekal biskut Oreo atau coklat dan air mineral dalam bag untuk alas perut sementara mendapat tempat makan

Tip@..sentiasa bawak air mineral dan wet tissue untuk Emergency!! Toilet depa ada yang tak dak ayak weii!!

Sekiranya ada yang tertinggal pasal Hanoi ni..tunggu YAN JOURNAL akan buat cover up dalam waktu terdekat ini..Insya Allah..tungguuuuuuuuuuuuuuu





19 Feb 2013

MASJID ALNOOR HANOI



Jom kita jalan lagi..dari temple of literature tadi kami naik taxi ke MAISON CENTRAL..ATAU HOA LO PRISON....atau penjara..yang di bina oleh Perancis untuk mengurung ahli ahli politik Vietnam..besar jugak penjara ni..tapi tak dapat ambik gambar banyak sebab agak gelap...
MASTER OF CEREMONY?????

Macam inilah keadaan tahanan politik..kaki di pasong
Ini lagi.....
Kepala rombongan kami leading the way..lepas satu hang ke satu hang...tapi tak jumpa pulak hang tuah dengan hang jebat!! Hang tu maknanya JALAN...hang Lekiu tak jumpa ..kami jumpa hang jagung bakar!!

jagung bakar

Ada jugak hang keledek....kami singgah bli keledek bakar..sedaap weiii maniss....nenek ni pakai  kipas yang terbuang untuk bakar keledek...lepas ni nekcik pun nak bakar ikan nak pakai kipas buruklah
Alhamdulilah dah 2 hari kami mencari masjid ini akhirnya jumpa jugak...Masjid ini letaknya tak jauh dari DON XUAN MARKET....Masjid ini sederhana jer besarnya..tapi bersih...Kami sampai sini elok waktu maghrib so seronok lah dapat beriktikaf dan solat maghrib isyaa di sini..hanya ada seorang pakistan yang  berada di masjid ini waktu itu....dia tolong tunjukkan bilik air.....
Tengok ada bahasa melayu lah kat sini..alhamdulilah
Syukur alhamdulilah  masih ada orang yang mengambil berat menjaga rumah Allah ini...Masjid ini sudah ada di sini sejak tahun 1322 lagi..Bilik air pun bersih ....Semuga Allah membantu mereka mereka ini menyebarkan Islam di sini...Aamiin..
Doa sorang musafir tidak akan ditolak..insya allah...

Waktu sembahyang pun lebih kurang dengan malaysia jugak..beza waktu 1 jam lewat dari kita


Ada  seminar apa ye?? tak taulah sebab nak tanya pun dah tak ada siapa..pak imam dia dah balik kot!!
Alhamdulilah puas hati Nekcik dapat jumpa masjid ini....Kami tak sempat ke DON XUAN MARKET sebab dia tutup pukul 6 petang...tapi hari Jumaat, sabtu dan ahad ada pasar malam di situ...kami lalu jugaklah tapi tak beli apa pun...souvenir souvenir kami beli di sebelah water puppet theatre tu depan tasik..rasanya lebih murah...siapa ke sana cuba cari kedai yang sebut 4 sepuluh ringgit...boleh dapat murah!!!

MASJID ALNOOR HANOI
NO.12, HANG LUOC STREET.
HOAN KIEM DISTRICT, HANOI





17 Feb 2013

HANOI LAGIIII


Hanoi lagii....kami ke mari sebelum ke Halong Bay lagi...Hari kedua di sana..selepas sarapan kami terus melangkah Old Quarters ni..bandar lama..tak boring berjalan sebab sepanjang jalan tu semua kedai kedai..berpandukan peta yang hotel bagi..kami meredah lorong lorong untuk ke WAR MUSEUM....biasalah ada kapalterbang, kereta kebal dan peralatan perang...hero hero Nekcik memang sukerlah sangat...ikutkan ajelah sbb nekcik memang tak suka perang perang ni!!

Ini  antara yang terselamat!!!

peralatan perang dulu dulu

talipon dulu...

Kapal musuh yang dah jadi besi burok
Nasib baik makcik tu sempat lari ke mesia kan!!


kapal vietnam

Meriam ni buatan Eropah..tukang tembak tu dari mesia
Flag Tower
Kurungan kot
Dari War Museum tu kami menapak melalui taman ini untuk ke ARTS MUSEUM....


Nekcik suka yang ini


Lukisan yang terdapat di si sini
menghayati seni ke tu bang?

Ini pulak MUSEUM OF LITERATURE... ini tempat pemikir pemikir dahulu belajar kot..tak ada apa sangat..tapi ada taman yang cantik dan bersih..ada gerai gerai souvenir



scholar dari mesia!!

Abaikan mokcik tu...di belakang ada batu berbentuk kura kura...agaknya kat sini lah depa duduk mengaji kot...dok ngaji atas bangku kura kura!!!..slow slow pandai jugak depa ni kan!!

Rugilah background yang cantik tanpa modelnya kan???????
Habis sudah 3 museum kami lawati...ikutkan kami selalunya jarang masuk tempat camni..tapi kat sini tak banyak pilihan..lagi pun bayaran masuk murah  murah jer...tak sampai Rm5..bawah 15 tahun percuma!!!

Bangunannya pun dekat dekat dan tambahan cuaca pulak sejuk...tapi hujan renyai renyai ..kami redah jugak!
Okay lah dulu sebelum Nekcik tutup buku cuti cuti Hanoi...ada sikit lagi yang akan Nekcik kongsikan di entry yang akan menyusul..insya Allah




8 Feb 2013

HALONG BAY




  1. Jom seterusnya kita menjelajah keindahan ciptaan Allah di bumi Hanoi ini..Ikut Nekcik ke Halong Bay...Perjalanan dari Hanoi ke Halong bay ini memakan masa lebih kurang 4 jam!! 
  2. Dengan bas yang disediakan kami melalui kampong kampong, sawah sawah padi, paya paya dan sungai dan jalan yang di lalui agak sempit...Akhirnya kami selamatlah sampai di jeti...Dari jeti kami di bawa dengan bot kecil untuk ke tengah laut di mana kapal kami berlabuh... 

Bot ini akan membawa kami ke kapal...eh eh takde carpet merah ke ye...kan dah nak raya ni????
Inilah  'kapal kami'  yang akan membawa kami menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Hanoi ini...lihatlah cantiknya ciptaan Allah di sini...beratus ratus pulau

Kapal yang kami naiki

Inilah kapal kami untuk cruise 1 malam 2 hari...kami akan tidor dalam kapal semalaman!! Kapal ni taklah berapa cantik....dah lama..ada 8 cabin semuanya....Seorang dikenakan 70 USD..lebih kurang Rm210 .....termasoklah 1 dinner 2 lunch dan 1 breakfast..Ada berbagai harga di sediakan mengikut kemahuan kita..lagi mahal lagi cantiklah kapalnya !!!
Bersama kami cuma ada 4 orang Mat Salleh dan 3 Thailand..so taklah kecoh sangat..macam family gitu....
Ini bilik cabin yang di sediakan..1 cabin 2 orang..kami ambil 3 cabin..

Berangan angan di atas deck kapal..iyalah tak pernah rasa..memang nyaman di sapa angin yang sejuk..terbentang lautan air yang luas...
ewaaah..macam kapal ni ana yang punyer...orang lain tu dok kejap jer..sejuuuk!!!
101 tu bilik Nekcik..dapat lak sama dengan nombor kete kami!! waa ada ong!! Buka pintu terus nampak air dan pulau!!! Masya Allah!!!
Tokpokcu berangan angan jugak....alhamdulilah dapat jugak merasa  tidor dalam kapal!! Besday tahun lepas dalam kapalterobang...besday tahun ni atas kapai laut lah ye..( advanced besday!)
Tokpokcu with his darlings!!!

Mokcik dan pokcik bergaya atas kapai!! Abaikan mokcik berdua tu..tapi tengok jer pulau pulau yang nampak tu..tak jelas pasal berkabus..tapi beratus ratus  ada
Bilik yang disediakan...ada jugak twin beds

Di puncak tu ada menara tinjau...kita akan di bawa dengan bot untuk ke pulau pulau yang berdekatan..so bolehlah siapa yang adventurous sikit panjat naik ke menara tu..nekcik tak larat lah ye...biarlah yang muda muda tu naik

Sesiapa yang tak mahu panjat pulau tu..boleh lah bersantai santai di bawah ni sementara menunggu pendaki pendaki  tu turun

Nekcik pulak bercanda di pantai...sambil menunggu bujang bujang mendaki  menara tinjau

Masya Allah air kehijauan..amat tenang..sebab di sini adalah kawasan telok..


                 Jom kita berkelah di sini pun besst nii!!
Dari gua di atas

 nelayan menangkap ikan
Add caption

Kami singgah di kampong nelayan ( Floating Fishing Village ) ni..mereka membela ikan di sini..dalam sangkar..syiok rumah depa ni atas rakit..berbuai buai....

Dua beradik ni mencuba KAYAKING


Jangan jeles kami berpimpin tangan nak panjat gunong!!! Namun apakan daya....kederat tak larat!! (Nekcik lah tu!) cukuplah sampai di sini jer!!

Baju belang belang tu tour guide kami...speaking talking!!!
Inilah pemandangan yang terdapat di dalam gua tu....stalagmites kan...ada berbagai ukiran binatang dalam ni kata anak Nekcik


berwarna warni

Ada macam Batu Caves kita tu tak..nekcik pun tak pernah sampai situ.. Dah habis jenjalan tu kami di bawa balik ke kapal ..untuk bermalam...

Menjelang senja semua kapal dah berlabuh...banyak jugak...lebih 20 buah parking..ada yang besar..yang sederhana...terang kawasan keliling...

Inilah antara makanan kami di kapal...sebelum booking cruise ni memang kami dijanjikan makanan seafood sahaja..sebab agen tu kata mereka memang hanya menyediakan makanan laut sahaja di kapal..dan dia pastikan mereka hanya mengunakan minyak sayuran sahaja..so kami pun rasa lega lah...kebetulan kapal kami kecik jadi kami lihat meja sebelah pun makan sama macam apa yang kami makan


Add caption


Mengikut review yang penumpang tulis.. mereka  complain pasal tak ada daging dan ayam dihidangkan!!! Penumpang yang lain tu pun macam kami gak..tak minat nak karaoke..party party..mereka awal awal dah masuk kabin..kami jer yang conquer deck kapal tu!!


Ini kapal mewah...cantik

Add caption

macam macam nama kapal ada..
Rasa sekejap sangat dah sampai ke jeti semula ...tamatlah perjalanan 1malam 2 hari di kapal!! Memang seronok kerana ada kelainannya..terutama bagi anak anak remaja..ada aktiviti untuk mereka...
Cuma terkilan pasal lupa nak memancing malam tu..dah nak balik baru ternampak mata pancing!!!
Kata orang kalau pergi Hanoi tak sampai Halong Bay tu..tak dikira sampai Hanoi!!! So Nekcik dah sampai Hanoi lah kan!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...