bunga

20 Dec 2013

CHEONGGYECHEON STREAM SEOUL

CHEONGGYECHEON STREAM SEOUL... sungai ini sepanjang 5.8 km..ditengah tengah bandar seoul..bersih  dan di hias cantik..memang seronok dengar deruan air terjun buatan manusia..terfikir pulak nekcik akan sungai gombak nuun di kampung...
bersih dan jernih airnya
Itaewon dari masjid seoul
Last day kami di sini...hari Jumaat..so sempatlah sembahyang jumaat bersama warga Itaewon...alhamdulilah..ramai sampai melimpah keluar..bahagianya hati melihat umat Islam memenuhi masjid walaupun dari berbagai bangsa
ni bangunan area myeongdong

Pelbagai jenis kimchi di Gwangjang Market
PASAR TRADISIONAL GWANGJANG

tangga yang diredah setiap hari sepanjang 4 malam di itaewon

Payung payung payung di city hall seoul

Buah berangan..jualan tepi jalan...besar besar

SHINSEGAE DEPARTMENT STORE MYEONGDONG...The largest and oldest retailer in Korea...apa ada ??..nekcik tak masuk pun...

HOEHYEON UNDERGROUND SHOPPING CENTER.....
ke sini dan area myeongdong untuk naik train..singgah kat kedai kedai untuk cari souvenir sikit...masok kedai ahjumma ni terus beli jer T shirt..key chain dan pen...harga macam murah jer..tapi yang paling tersentuh hati nekcik...budi baik ahjumma dua beranak ni...berbagai hadiah dia berikan kami..barang yang dia beri  lebih kurang sama banyak dengan yang kami beli!! tak terkata nekcik...dan lepas tu kami dah jauh pergi...anak dia ni kejar kami..ingatkan kenapa..rupanya mak dia suruh bagi 10,000 won (Rm 30) untuk kami beli makanan panas!!! Kus semangat murahnya rezeki kami hari itu...tapi budi baiknya itu yang menyentuh hati...semuga bertambah rezeki dia...
Kali kedua tu kami pergi ke tradisional market Gwangjang google ye sebab tak sempat ambik gambar..dekat dengan station Jongno...Di sini macam macam ada...sutera, kain  ela, sarung bantal, comforter...jugak sayur ,ikan dan makanan...di tingkat bawah...murah murah...kakak beli kain ela beberapa helai..ahjumma tu bagi 2 helai free...rezeki lagi!! Pemurah ahjumma ahjumma Korea ni...dan 2, 3 kali kami membaca peta kat station tu..ada aje yang cuba bantu sebelum sempat kami bertanya!!
Sekarang nekcik rasa mereka dah ramai yang pandai berbahasa inggeris berbanding 2 tahun lalu..dulu mereka nak tolong tapi tak faham bahasa inggeris.
Esoknya  kami akan meneruskan perjalanan ke Busan........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...