bunga

23 Jul 2017

KEIKHLASAN

salam ukhwah sahabat semua...semuga semuanya sihat sihat belaka..
Syawal semakin hampir meninggalkan kita..namun nekcik rasa memori indah  syawal masih lagi berbekas di sanubari kita..keriangan..kemesraan masih bertaut di hati...
walaupun ramai yang kata kita ni lebih lebih sangat merayakan syawal yang mana sepatutnya hanya dirayakan sehari sahaja berbanding hari raya idil adha kan tapi bagi nekcik..ianya bukan sekadar meraikan syawal..ia meraikan siratulrahim antara keluarga dan sahabat..kerana ketika syawal inilah kita berpeluang bertemu kaum kaerabat yang sukar ditemu di waktu lain..di bulan syawal inilah kita mudah untuk berkunjung berziarah sanak saudara dan di bulan syawal inilah juga merupakan peluang untuk kita beramah mesra mengunjungi jiran tetangga
di syawal tahun ini kita sempat berjumpa saudara mara..sepupu dan sahabat tapi tahun depan belum tentu...kita akan sebut sempat jumpa raya hari itu apabila ada yang mendahului kita kan..
Nekcik berdua dah lama lama tak punya ibu bapa sendiri di kampong...namun amat bersyukur kerana kami masih ada kampong dan rumah untuk berkumpul...setiap raya kepulangan kami sentiasa di nantikan oleh abang abang dan keluarga mereka...dan adalah kewajipan kami untuk sama sama beraya bersama mereka walaupun kami pulang ketika raya kedua..
setakat 30 orang berkumpul dalam satu rumah adalah perkara biasa bagi kami...belum lagi kami menyewa  homestay..walaupun sekarang ramai yang selesa begitu..tapi keluarga kami masih mengamalkan budaya lama dan masih mampu menyusun atur ruang ruang untuk keluarga..alhamdulilah
nekcik amat bersyukur kerana sejak ibu dan bapa telah tiada..abang sulong dan kakak ipar menggalas tugas menggantikan ayah bunda.. dia mahu semua adik adik berkumpul bersama kerana itu amanah arwah bunda padanya..maka di situlah kami makan minum dan tidor baring selama sekurangnya seminggu..
walau abang punya keluarga sendiri yang mana 4 anaknya dah berkeluarga...abang seorang lagi juga punya 2 anak yang berkeluarga..termasuk keluarga nekcik pula..memang kurang lebih 30 orang!!..tak termasuk seorang lagi adik yang menetap di singapura..selalunya mereka balik hari ..begitulah gempaqnya keluarga nekcik..walaupun hiruk pikok..namun masing masing ada tugas untuk urusan makan minum...selalunya raya pertama memang abang akan tempah nasi briyani untuk keluarga dan tamu tapi masuk hari kedua lah yang selalunya mendebarkan..itu belum lagi termasuk tetamu yang datang berkunjung..bukan takat sepuluh dua puluh orang sekali gus..malah ada masa lebih dari itu..memang melompat lompat dan simpang siur menyediakan hidangan..kalau dah saudara mara..tak ada maknanya kuih dan biskut raya...nasi jugak yang dicari orang..walau pun ada masanya hanya sayur air dan ikan goreng sahaja yang sempat dihidang..namun tetamu girang!!
lebih kurang penuh seminggulah memang kami makan minum bersama sehingga lah seorang demi seorang meninggalkan kampong untuk pulang ke bandar..
sepanjang seminggu memang sarapan pagi harus dibeli dan di tambah dengan jemput jemput atau nasi goreng..tengah hari menu tengah hari dan malam menu malam pulak..iyalah kalau dah ramai memang semua berselera makan kan..simpang siur tangan mengambil lauk...walaupun dapur tak kering dan tak menang tangan namun masing masing tetap riang kerana ada kasih sayang..kerana ada keikhlasan...tiada masa untuk merungut..tiada masa untuk berkira penat lelah..
bila dah ramai..masing masing harus mainkan peranan untuk menjaga keharmonian..siapa lapang pergilah cari sarapan pagi..siapa lapang masuklah ke dapur dan buat apa yang patut..dan itulah amalan keluarga kami..alhamdulilah....semuga anak anak cucu dapat terus mengamalkannya....ikatan keluarga dan kasih sayang...
Begitu jugak disebelah keluarga Tokpokcu..kakak ipar dan abang juga mengambil alih tugas arwah bunda..di rumahnya jugak kami berkumpul..menjangkau jugak 30 orang..memang gempaq..siang malam kakak dan abang menyediakan sarapan dan makan minum kami adik adik..namun senyum sentiasa terukir di wajah mereka..walaupun bukanlah kaya raya namun makan minum adik beradik dan keluarga tak pernah diabaikan..begitulah ikhlas dan eratnya kasih sayang kami...
bukan wang dan ringgit jadi ukuran....tetapi kasih sayang dan keikhlasan...ia memang sukar untuk dimiliki melainkan dari hati yang bersih dan suci...kurniaan Illahi...lantas haruslah di hargai dan disyukuri...insyallah

takde makanaya baju raya..lepas sembahyang raya 1000 cucuk satay menanti untuk dibakar.....
hidangan malam menanti kami di malam hari kedua..jauh perjalanan  Setapak Pontian..9 jam you!!..alhamdulilah..ada makan
makan untuk hidup..atau hidup untuk makan..bagi kami makanan pengerat kasih sayang kami..
setelah seminggu tinggal sebummbung..makan semeja..maka untuk berpisah memanglah berat..episod nak masuk kereta pun makan masa sejam..sangkut sana sangkut sini..dakap sana dakap sini..bai bai san bai sini..gitulah keluarga kami
taukay resort dah tersandar di sofa..kepenatan melayan tamu yang ramai nak check out hari ini...
inilah wajah kesayangan hamba..kakak ipar ku..walau rumah berantakkan..sana sini berselerakkan..namun tiada kegelisahan di wajah..yang ada hanyalah senyuman kebahagiaan..sedih lah tu bila seorang demi seorang check out!!
ini lah keriangan anak anak ribena...semuanya riang gembira..semuga kasih sayang sentiasa tersimpul erat....tiada rasa benci..tiada rasa dengki..yang ada hanya lah kasih dan sayang
Bila berhari hari memasak..kita cari makanan di luar pulak..sesekali ubah selera dan rehatkan chef chef kami...alhamdulilah yang muda memberi ..yang tua merasa..maka kami ke marry brown kukup..siap mereka jemput kami ke bilik jamuan...penuh 3 meja!!
usahlah bimbang anak anaku..rezeki yang diberi akan Allah gantikan lebih dari itu..insyaallah..janji ikhlaskan hati..
ini di rumah abang Tokpokcu..di sini jugak gempak dengan keluarga kami seramai hampir 30 orang jugak..alhamdulilah abang dan kakak ipar sentiasa terukir senyum melayan adik adik dan keluarga masing masing..makan pagi..makan tengahari..makan malam sentiasa terhidang di meja...walaupun tak kaya raya..tapi mereka kaya dengan keikhlasan kasih sayang

Ini di rumah kakak Tokpokcu...jugak ramai di sini..alhamdulilalh..ini sebahagian keluarga kami..ramai lagi tu..Syukur Paklong masih sihat..masih boleh masak nasi briyani Muo yang sentiasa kami rindukan


ini lah tetamu Paklong yang amat gembira dapat makan nasi briyani paklong!!

makanlah anak anak..briyani Paklong Muo memang best
walaau berusia 70 han ..abang ipar ni masih lagi kuat dan sihat..kami dihidangkan briyani ayam dan daging..semuga Paklong sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan umur yang diberkati..amin
Ini keluarga abang Tokpokcu dari Sabah..sebahagian sahaja yang singgah di teratak 66..separuh lagi sudah pun pulang ke sabah..walau berpisah namun kasih sayang tetap tersimpul erat..insyaallah


makan dan makan....iyalah sama sama kita berkongsi rezeki Allah..insyaallah memberi makan ada keajaipannya ..dimurahkan rezeki..diberikan kemudahan urusan ...di sembuhkan penyakit..insyaallah

ini di rumah anak sedara Tokpokcu..juga acara makan..masak dan makan...kami ondaway ni tuan rumah!!

kami tak perlukan meja makan yang indah..kerusi makan yang empuk..pinggan makan yang mahal..cukuplah makanan yang dihidangakn dengan penuh kasih sayang..syukur alhamdulilah


9 Jul 2017

KEHILANGAN...............

Assalamualaikum kawan kawan blogger nekcik...belum sempat nak ucap Ramadhan Karem dah nak ucap Salam Idil Fitri lah pulak ye..menunjukkan betapa lamanya nekcik dalam pertapaan!! Eloklah Di kesempatan ini nekcik memohon ampun dan maaf dari sahabat semua atas segala kekasaran sepanjang kita bersahabat di alam maya dan ada jua hingga ke alam nyata.. waktu ini ramai yang sudah pulang dari kampong halaman ..dan kembali menjalani kehidupan biasa...syukur semuanya selamat..syukur kerana dipertemukan dengan insan insan kesayangan..sepupu sepapat dan kaum kerabat yang ada setengahnya hanya dapat bertemu setahun sekali....kalau tak ada hari raya ini memang susah nak jumpa saudara mara yang tinggal di kampong atau yang mencari rezeki di perantauan....lagi lagi bagi nekcik yang sudah tidak punya ibu bapa kandung dan juga ibu bapa mertua...kami dah jarang pulang melainkan ada urusan penting...tambahan ramai abang abang dah behijrah ke Selangor ni    ....seperti selalu sejak sejak 2 atau 3 tahun ni memang nekcik beraya di Setapak Jaya..hari raya kedua barulah nekcik pulang ke kampong halaman ..di Johor ye....bukan kampong yang sinuun tu ..tapi tahun ini..perjalanan balik kampong Johor mengambil masa 9 jam!!!..rasa mcm nak balik kampong seberang jer ..kih kih kunun kunun
Di sini nekcik ingin kongsikan suatu cerita sedih sepanjang Ramadhan hinggalah ke hari raya..ketika umat islam sedang bergembira menyambut malam malam terakhir ramadhan serta bersedia menyambut kedatangan Syawal..nekcik sedih yang amat kerana kehilangan jiran..pengasuh dan kakak angkat serta teman kembara nekcik ni..Mungkin ramai yang perasan  kerana banyak tempat kami selalu kembara bersama...dan selalu ada dalam gambar gambar kembara nekcik...yang mana terakhirnya adalah ke Ho Chin Minh ..Iya dia adalah Allahyarhamah Fatimah Osman..lebih dikenali dengan panggilan Kak Nor..
Walaupun dia hanya seorang jiran dan tiada hubungan keluarga namun kasih sayang kami seperti kakak dan adik..Dialah tempat nekcik bercerita..bergurau senda dan mengadu susah senang serta meminta nasihat..nekcik boleh jer masuk ke rumahnya bila bila..boleh jer makan dan minum..bukan setahun dua ini malahan sudah 30 tahun kami bagaikan keluarga..2 orang anak nekcik dijaga sewaktu nekcik masih bekerja dulu..malahan mereka dah biasa memanggil emak walaupun dah dewasa..meminta di masak itu dan ini..
Arwah memang kurang sihat sejak setahun ini..ada kencing manis..darah tinggi serta kerosakkan buah pinggang..dan sementara menanti proses untuk dialysis..kesihatan semakin lemah..kaki bengkak..mata kurang jelas...lebih kurang 3 bulan terakhir memang banyak masa nekcik bersama dia..melayan dia bersembang,,pujuk dia makan...andai dulu kalau nekcik tak jenguk muka sehari dua..dia akan datang carik..mintak buatkan kopi atau teh..minum sama...tak kira lah siang atau malam...kalau lapar dia ajak kami keluar cari makan sedap sedap katanya..kami ikutkan sahaja..pusing pusing tengok lampu walaupun kena pimpin sebab kakinya sakit..nekcik pun janji akan temankan dia nanti bila kena dialysis...ada masa dia marah nekcik kalau ada benda yang dia tak berkenan..tapi nekcik tak ambil hati pun..nekcik lagi risau kalau dia yang kecik hati...begitulah eratnya kasih sayang kami...suka sangat kalau dapat ikut kami berkembara..alhamdulilah banyak tempat kami bawak dia kembara bersama..Dia kata dia nak ikut kalau nekcik pergi korea bila dia dah sihat..namun takdir Allah mengatasi segalanya..Dia dijemput kembali oleh PenciptaNya pada malam Nuzul Quran 11Jun 2017 setelah seminggu tidak sedarkan diri..Inalilahiwainailaihirajiuun...memang terkedunya perasaan ini...terasa awalnya dia pergi..61 tahun tapi itulah ketentuan Illahi...hanya doa dan alfatihah yang mampu dikrimkan sebagai tanda kasih dan sayang..semuga rohnya tenang dengan limpahan kasih sayang Allah di sana..amin amin..
Walaupun kami tidak sebumbung ketiadaannya amat terasa..tiada lagi dia untuk mendengar bebelan nekcik..rasanya belum puas nekcik melayani dia...tapi itulah kehendakNya...maka terimalah dengan redha..walaupun hati sedih kerinduan...Al fatihah..ya MATI itu PASTI..Hidup lawannya Mati..semuga kita semua mati dalam iman..amin.amin...
inalilahiwainailaihirajiuun





kembara Shenzen..window of the world
The Peak Hong Kong
Hong Kong..ahli kembara orang pencen
Hong Kong.....
PARTNER KEMBARA MOKCIK PENCENG
Yang sebelah tu jiran nekcik jugak..Pakcik Mat..dan dah macam keluarga juga....
kami jalan sesama..dok makan sesama..tiada merungut..semua happy ikut rombongan Tokpokcu ke mana jua..





Kembara terakhir bersama arwah ke Ho Chin Minh...19 Nov.2014


our last journey together..semuga bertemu kembali di jannah nanti..insyaallah....


Di awal ramadhan  ini nekcik jugak kehilangan kucing kesayangan kami si Bella..sebelum itu dah 2 minggu Bella tak balik rumah..suka duduk di padang..tengok tengok bella balik dengan kaki patah..kurus tak terurus..mungkin Bella kena lenyek semasa orang tolak kereta..bella memang suka tido bawah kereta...inalilahiwainailaihirajiuun...tiada sudah tukang urut kami..Tinggal lah Kiko dengan Omok..
Semua yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman dariNya..sampai masa harus dipulangkan....inalilahiwaianilaihirajiuun
Tak dapat nak insert gambar Bella..pc ni meragam ..xleh download



                gambar terakhir Bella..sibuk nak ikut hantar adik          sekolah..oh miss u bella
port paling Bella suka

Tinggal lah 2 bujang lapok!!

tidor berjemaah Omok dengan Kiko


2 May 2017

SARAPAN PAGI DI IKEA CHERAS

Assalamualaikum sahabat sahabat kesayangan...
Hari ini nekcik nak bersiaran dari Ikea Cheras..port baru pokcik dan mokcik penceng nii..sebab baru lagi di buka..sesekali memang kami berdating jugak lah di sini..memandangkan nak ke Ikea Damansara sudah menjadi mahal..dikira tol dan minyak..walaupun harga sarapan kami selalu nya dalam RM8 untuk berdua...

Uiii kelas nekcik..sarapan di Ikea oo..memang klass tapi sesuai lah untuk sesekali pokcik dan mokcik nak minum pagi ala ala orang ada ada!!Tak mampu nak ke restoran yang gah so kami ke sini jer...
Kami ke sini selalunya ambil breakfast jer sebab murah..kalau untuk makan tengahari tu memang mahal lah..

Lagi satu nekcik suka ke sini sebab suasananya yang nyaman ..bebas dari pencemaran asap rokok..orang pun tak ramai kalau pagi pagi..banyak meja dari orang ..dah tu boleh pilih corner yang best best!! bersih dan murah...tapi kena ikut menu yang kami makan lah ye..kalau yang lain lain tu memanglah MAHAL!!!

Kalau kita jadi ahli Ikea..air pree untuk 2 orang..boleh refill sebanyak mana pun..tapi jangan pulak refill ke botol botol air untuk angkut balik!!HARAM tau...sebab nekcik banyak kali jumpa orang angkut sachet gula dan krimer dan tisu masuk dalam handbag!!sesuka hati jer..
Jom kita buat ulang tayang bersarapan pagi di IKea Cheras
Hari ini sarapan pagi kami berdua ditaja oleh sibujang kecik nii...
Alhamdulilah..semuga Allah limpahkan rezeki yang banyak lagi diberkati..amin


Pusing sana sini  nak cari port yang best!!

Pinjam lampu sekejap untuk bergambo ye

Tokpokcu dengan anak teruna dia
Penuh setengah meja makanannya kan..tapi semua ini harganya RM25..Teh dan kopi PREE dan boleh tambah sampai penuh perut
Mee goreng ni harga nya RM0.99 sepinggan tapi  kalau  sepinggan memang tak kenyang..so kami ambik 3 pinggan..share berdua ye..sempoi tapi oklah sedap...

Ini salad ..ada ayam..RM5.90..Anak nekcik kata murah ni mak!!
Iyolah jang...omak tak suko..banyak dendaun nih!

Ini omak suko..macam ubi goreng kek kampong dolu dolu

bahagialah dengan westeng westeng dia nii..lepas ni jangan lupa pergi gym ye jang..omak takpo..jap laii nak jogging kat ikea nii

Tengoklah harga ..kalau setuju..pergi lah ke Ikea ye..sebab tak ada delivery dan tak boleh beli online ..he..he


banyak jugak kek dan manis manisan nya nii..takpe nekcik tak minat

peramah pelayan pelayan ni..senyum jer
Dah jogging sampai ke penghujungnya..so berhenti sekejap tangkap gambo...nak oder tapi rumah nekcik tak ada laman!!
Nak bawak masuk bilik..bilik pun tak muat..tinggalkan jerlah nekcik uii




Eh..sambil jogging tadi jumpa pulak kotak cumil ni tepi jalan ..ambik jerlah kan..nanti kat counter jangan lupa bayar ye mokcik







29 Apr 2017

SUDAH TUAAA!!


Asalamualaikum kengkawan yang di kasihi....alhamdulilah syukur masih dipanjangkan usia untuk bernafas lagi..dan masih dapat menambah bekalan untuk dunia dan akhirat..dapat lagi bersua dan berbicara di alam maya dan nyata..
Bulan April datang lagi dan masih diberikan nikmat usia untuk meraikan kedatangan ulangtahun hari kelahiran seperti 58 tahun yang lalu...tiada yang mampu dituturkan melainkan mesyukuri segala kurniaan Illahi ke atas diri yang kerdil ini..walaupun selalu dalam kelalaian dan kealpaan ..namun Allah tetap melimpahi kasih sayangNya..ampunkan daku Ya Allah...
Tua dah nekcik kan..58..tapi syukur sesangat masih sihat walaupun ada masa dan ketikanya gering jugak tapi redhalah ..dan syukur masih boleh beribadat..masih boleh makan..masih boleh berjalan..
Tahun ni tiada papergift ye..so tiadalah dapat naik belon setakat ini..kalau setiap tahun bengkok lah poket Tokpokcu kan...tapi no hal lah...ada masa rezeki gajah..ada ketikanya rezeki semut...terimalah seadanya...
Tahun ni tak celebrate kat mana pun..kebetulan nekcik pun sakit kepala dan batuk..beralih tahun kata orang tua..he..he..maka kakak belikan jugak kek untuk omaknya..si adik beria ia buatkan sejambak bunga di samping hadiah.. si abang ajak keluar makan tapi omak mintak tangguh dulu..he..he..
Memang tiada rancangan nak meraikan perubahan umur ni..biarlah senyap senyap jer..sebab tak mau ramai orang tahu nekcik dah tua..ha..ha
Tapi ramai yang tahu jugak sebab ada muka buku ni..habis semua orang tahu nekcik dah tua..hu..hu melimpah limpah ucapan selamat ulangtahun untuk nekcik..bukan hadiah yang diharapkan tapi ucapan doa dan ingatan itu yang didambarkan..muga Allah perkenankan doa doa dari sahabat semua...Nekcik mampu memohon kepada Allah muga kalian semua jua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..amin amin..terima kasih semua...
Walau seminggu berlalu nekcik masih merayakan hari kelahiran..apabila abang nekcik dan Koya dan keluarga datang berkunjung sempena  meraikan nekcik..memang setiap tahun mereka akan meraikan bezday nekcik..sayang sungguh mereka kat nekcik kan..hi..hi..
Bukan yang lelain tu tak sayang tapi bagi mereka nekcik ni pengganti emak mereka yang dah lama tiada..so kami gembira bila berkongsi saat senang dan susah bersama...dan kasih sayang nekcik sentiasa ada untuk mereka...insyaallah
Okay kita share gambo bezday gurl yang happy sangat bila di raikan..he..he sehingga lupa diri dah semakin senja....


Tua dah i kan Tokpokcu...terima kasihlah sebab jaga kita dari kecik sampai ke tua..he..he

Dulu kecik dikendong kendong..dah tua ditimang timang kan...ha..ha

Ini kek bezday yang kedua...chef kami Koya dan famili yang bawak ..so bezday gurl pun berparti lah..sebab ada tamu..Bezday gurl tu tak berapa sihat...gatal hidung mata semua...

Happy Momoy ni dapat kek green tea...dalam tak dirancang sempat jugak sediakan makanan untuk tetamu nekcik ni..lauk pauk tu Tokpokcu sediakan..bezday gurl tak mau masak...cuma nak masak laksa ..kek dengan roti jer

Inilah green tea pistachio olive cake..resipi dari Dato Fazley duta Aeonbig tau!! Resepinya sangat simple..tak perlu pakai mixer..nanti nekcik buat entry


                      Sedap kek ni..ayat tertera tu pun amat bermakna
                        Yezz I love u all too

Seperti biasa FAMILY..FOODS AND FUN

dapatlah pulak hadiah dari jiran..syukur 

Terima kasih Adik kerana buat sendiri bunga untuk mak..sejambak bunga serta hadiah ..doakan agar Allah panjangkan umur emak dan abah untuk terus lama lagi bersama adik..amin

Girang hati bila dikelilingi orang orang kesayangan

Ini kek bezday kakak beli ..

Sagu Gula Melaka with adds on

bersama insan insan kesayangan.. semuga kita bersama jugak di jannah nanti..amin


                                      Thank you for loving me..hi..hi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...