bunga

24 Mar 2017

BREAD STORY

Assalamualaikum geng blogger yang amat nekcik rindui...sunyi pulak bila lama tak dapat baca komen komen kengkawan...walaupun hanya di alam maya..tapi bagi nekcik uols semua dekat di hati..muaah ..muaah

BREAD STORY!!!..
oh bukan nak cerita pasal kedai Bread Story yang femes tu....ni nekcik nak cerita cerita pasal roti mokcik pencen jer...just nak share cerita pasal roti nekcik ni jer sebab rasa rasanya dalam sebulan 2 ni memang banyak kali benar nekcik meroti..ada masa tu sampai 3 rounds..bukan orang temaph pun..saja saja buat untuk tamu..anak anak cucu nekcik jer..tapi rasa seronok dan kepuasan yang tak terkata apabila " pelanggan" amat menggemarinya..
Sudah menjadi kepastian bila ada berkumpul..kaum kerabat nekcik..mereka akan tanya andai tiada roti yang kelihatan di meja..aduuh.ketagihan yang melampau depa ni..tak mahu digantikan dengan kek kek!!
Takpe nekcik pun rasa bahagia sebab mereka suka air tangan nekcik..tengok muka nekcik terus nampak roti gamaknya!!Begitu lah ceritanya...
Rasanya dah hampir 20 tahun nekcik meroti ni..walaupun dulu taklah sekerap sekarang ini..Dan di sini nekcik nak ucapkan terima kasih yang amat amat pada rakan blogger yang mana darinyanya nekcik dapat resepi roti yang femes amos nii ..tapi sayangnya kini blog tu dah 5 atau 6 tahun menyepi..rakan blogger mungkin biasa baca blog ni..Our Journey Begins.. Nur Nieza..resepinyalah yang nekcik guna sehingga kini walaupun telah nekcik ubah ubah sikit ...insyaallah ilmu yang menafaat akan jadi amal jariah untuk Nieza..insyaallah..Nekcik suka resepi ini sbb mudah dan menjadi..so sini nekcik share..kita panjang panjangkan ilmu yang ada...nekcik tak pandai nak berdakwah ..boleh share ilmu  masak masak jerlah yang mampu..sekadar yang tahu..iyalah nekcik pun lulusan universiti GOOGLE jer ye..he..he


ROTI ASAS

400 GM TEPONG GANDUM
100 GM TEPONG ROTI HIGH PROTEIN
90 GM GULA CASTOR
90 GM PLANTA ATAU DAISY...nekcik pakai butter rasa macam adunannya berat sikit
3 SUDU MAKAN SUSU PEKAT MANIS
1 BIJI TELOR
1 SUDU TEH GARAM HALUS
2 SUDU TEH YEAST MAURIPAN
1 CAWAN AIR
1 SUDU TEH OVALET..(XDE TAK PE)

MASUKKAN SEMUA KE DALAM BREADMAKER

PILIH MODE UNTUK DOUGH SELAMA 1 1/2 JAM
KELUARKAN...TUMBUK TUMBUK DOUGH..BIARKAN 10 MINIT
KETULKAN JADI BUN ATAU PINTAL PINTAL
BIARKAN SELAMA 40 MINIT
MASUKKAN KE DALAM OVEN YANG TELAH DI PANASKAN TERLEBIH DAHULU
SET 160 C SELAMA 30 MINIT ATAU SEHINGGA MOLEK MASAK
ANGKAT SAPUKAN PLANTA DI ATAS ROTI KETIKA MASIH PANAS...
BIAR LEBIH SIKIT..
AKHIR SEKALI SILA MAKAN YE...



Inilah BREADMAKER antik nekcik.setia bersama nekcik...taat perintah..walaupun penat tetap mengguli jugak bila disuruh..dah 20 tahun umurnya..giginya pun dah banyak hilang macam tuan dia jugak!!


Ini pun setia bersama nekcik dari zaman Poly sehingga kini..masih setia berkawan dengan nekcik walaupun usia sudah berubah..nak belajar meroti katanya..iyalah dah pencen ..ada masa..ok sama samalah kita share ilmu yang ada



Kawan nekcik datang bersama anakndanya..pun meroti..takpelah nanti bila cuti doktor boleh meroti bagi hadiah kat patients ye
Silalah jamu mata kat Bread Kitchen nekcik ni ye...
andai ada yang teringin nak makan roti panas panas..jemputlah ke Bread Kitchen Teratak 66 ye




Add caption



















Inilah hasil tangan nekcik ye..so kalau ada minat tu..boleh jer buat sendiri..seronok dapat hidangkan ahli keluarga dengan roti yang panas panas...yang tidor pun boleh terbangun..bila tercium bau roti ya..ok jumpa lagi insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...