bunga

8 Feb 2013

HALONG BAY




  1. Jom seterusnya kita menjelajah keindahan ciptaan Allah di bumi Hanoi ini..Ikut Nekcik ke Halong Bay...Perjalanan dari Hanoi ke Halong bay ini memakan masa lebih kurang 4 jam!! 
  2. Dengan bas yang disediakan kami melalui kampong kampong, sawah sawah padi, paya paya dan sungai dan jalan yang di lalui agak sempit...Akhirnya kami selamatlah sampai di jeti...Dari jeti kami di bawa dengan bot kecil untuk ke tengah laut di mana kapal kami berlabuh... 

Bot ini akan membawa kami ke kapal...eh eh takde carpet merah ke ye...kan dah nak raya ni????
Inilah  'kapal kami'  yang akan membawa kami menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Hanoi ini...lihatlah cantiknya ciptaan Allah di sini...beratus ratus pulau

Kapal yang kami naiki

Inilah kapal kami untuk cruise 1 malam 2 hari...kami akan tidor dalam kapal semalaman!! Kapal ni taklah berapa cantik....dah lama..ada 8 cabin semuanya....Seorang dikenakan 70 USD..lebih kurang Rm210 .....termasoklah 1 dinner 2 lunch dan 1 breakfast..Ada berbagai harga di sediakan mengikut kemahuan kita..lagi mahal lagi cantiklah kapalnya !!!
Bersama kami cuma ada 4 orang Mat Salleh dan 3 Thailand..so taklah kecoh sangat..macam family gitu....
Ini bilik cabin yang di sediakan..1 cabin 2 orang..kami ambil 3 cabin..

Berangan angan di atas deck kapal..iyalah tak pernah rasa..memang nyaman di sapa angin yang sejuk..terbentang lautan air yang luas...
ewaaah..macam kapal ni ana yang punyer...orang lain tu dok kejap jer..sejuuuk!!!
101 tu bilik Nekcik..dapat lak sama dengan nombor kete kami!! waa ada ong!! Buka pintu terus nampak air dan pulau!!! Masya Allah!!!
Tokpokcu berangan angan jugak....alhamdulilah dapat jugak merasa  tidor dalam kapal!! Besday tahun lepas dalam kapalterobang...besday tahun ni atas kapai laut lah ye..( advanced besday!)
Tokpokcu with his darlings!!!

Mokcik dan pokcik bergaya atas kapai!! Abaikan mokcik berdua tu..tapi tengok jer pulau pulau yang nampak tu..tak jelas pasal berkabus..tapi beratus ratus  ada
Bilik yang disediakan...ada jugak twin beds

Di puncak tu ada menara tinjau...kita akan di bawa dengan bot untuk ke pulau pulau yang berdekatan..so bolehlah siapa yang adventurous sikit panjat naik ke menara tu..nekcik tak larat lah ye...biarlah yang muda muda tu naik

Sesiapa yang tak mahu panjat pulau tu..boleh lah bersantai santai di bawah ni sementara menunggu pendaki pendaki  tu turun

Nekcik pulak bercanda di pantai...sambil menunggu bujang bujang mendaki  menara tinjau

Masya Allah air kehijauan..amat tenang..sebab di sini adalah kawasan telok..


                 Jom kita berkelah di sini pun besst nii!!
Dari gua di atas

 nelayan menangkap ikan
Add caption

Kami singgah di kampong nelayan ( Floating Fishing Village ) ni..mereka membela ikan di sini..dalam sangkar..syiok rumah depa ni atas rakit..berbuai buai....

Dua beradik ni mencuba KAYAKING


Jangan jeles kami berpimpin tangan nak panjat gunong!!! Namun apakan daya....kederat tak larat!! (Nekcik lah tu!) cukuplah sampai di sini jer!!

Baju belang belang tu tour guide kami...speaking talking!!!
Inilah pemandangan yang terdapat di dalam gua tu....stalagmites kan...ada berbagai ukiran binatang dalam ni kata anak Nekcik


berwarna warni

Ada macam Batu Caves kita tu tak..nekcik pun tak pernah sampai situ.. Dah habis jenjalan tu kami di bawa balik ke kapal ..untuk bermalam...

Menjelang senja semua kapal dah berlabuh...banyak jugak...lebih 20 buah parking..ada yang besar..yang sederhana...terang kawasan keliling...

Inilah antara makanan kami di kapal...sebelum booking cruise ni memang kami dijanjikan makanan seafood sahaja..sebab agen tu kata mereka memang hanya menyediakan makanan laut sahaja di kapal..dan dia pastikan mereka hanya mengunakan minyak sayuran sahaja..so kami pun rasa lega lah...kebetulan kapal kami kecik jadi kami lihat meja sebelah pun makan sama macam apa yang kami makan


Add caption


Mengikut review yang penumpang tulis.. mereka  complain pasal tak ada daging dan ayam dihidangkan!!! Penumpang yang lain tu pun macam kami gak..tak minat nak karaoke..party party..mereka awal awal dah masuk kabin..kami jer yang conquer deck kapal tu!!


Ini kapal mewah...cantik

Add caption

macam macam nama kapal ada..
Rasa sekejap sangat dah sampai ke jeti semula ...tamatlah perjalanan 1malam 2 hari di kapal!! Memang seronok kerana ada kelainannya..terutama bagi anak anak remaja..ada aktiviti untuk mereka...
Cuma terkilan pasal lupa nak memancing malam tu..dah nak balik baru ternampak mata pancing!!!
Kata orang kalau pergi Hanoi tak sampai Halong Bay tu..tak dikira sampai Hanoi!!! So Nekcik dah sampai Hanoi lah kan!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...