Langit jerebu...hati celaru!!
Ya Allah..ampunilah dosa dosa kami
Limpahilah rahmat dan kasih sayangMu
Permudahkanlah urusan kami Ya Allah
Sesungguhnya tiada yang mustahil bagiMu
Kami redha atas Qadha dan QadharMu
Rungkaikanlah apa yang tersirat dan tersurat
SesungguhNya Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Segala rintihan hati kami
Aamiin Ya Rabbal alamiin
Sebak rasanya kan...nekcik pun dah 4 hari jugaklah dok terpaku depan tv nih...berdebar debar menunggu berita berita terkini
Penantian itu satu penyiksaan...lebih lah lagi pada insan insan yang berkait rapat
Hanya doa dan harapan mengiringi setiap usaha
Terus terang nekcik ni memang penakut naik belon nih...tapi dek kerana room mate nekcik ni memang kaki jalan...nekcik ikut jerlah
tapi hanya Allah sahaja lah yang tahu kedebak kedebuk jantung nii
Percaya tak..sejuk kaki tangan nekcik tau..macam macam zikir nekcik baca setiap kali nak terbang
Sebelum tu 2,3 hari lagi nekcik dah buat sembahyang hajat..mintak dijauhkan dari segala bahaya..mohon agar dielokkan cuaca
Iyalah kita hanya berusaha ...Allah yang menentukan...
Memang ajal maut tu ketentuan Allah..bila dan dimana..
Semuga kita dikurniakan husnul khaatimah..aamiin
kalaulah ada keretaapi ke korea !! he..he