bunga

13 Mar 2012

Iktibar Kembara Umrah Ziarah

Disini ingin Nekcik kongsi secebis kisah bersama kembara kami...semuga ianya menjadi contoh teladan dan menimbulkan keinsafan dalam diri kita..Sebelum berangkat ke tanah suci , Nekcik ( Tokpokcu) mendapat panggilan dari Andalusia untuk meminta izin untuk ditumpangkan mahram untuk 2 beranak ke dalam keluarga kami..kami terus sahaja setuju...dan dengan pertanyaan itu juga...Nekcik dapat rezeki yang tak ternilai kerana Nekcik memang mengharapkan satu lagi kekosongan untuk anak Nekcik...(walaupun 2 bulan nekcik tunggu untuk kekosongan itu)..Syukur sesangat kerana anak Nekcik memang  sangat sangat hendak  pergi..Alhamdulilah ..
  
Di airport kami di perkenalkan dengan mahram kami....sebak rasa Nekcik apabila kami  berkenalan dan berpelukan....kerana anak ini membawa ibu mertuanya yang tidak dapat melihat!! Masyaallah..Tanpa sedar airmata Nekcik berderai...Ya Allah... mulianya hati anak ini..kerana sanggup bersusah payah membawa ibu mertua untuk berumrah dan berziarah lagi! Nekcik tak fikir ramai yang sanggup berbuat demikian...tambahan pula tanpa suami ikut sama....
ANAK ini  cekal dan sabar...Dia masuk ke tandas untuk uruskan ibu ini..disediakan stokin dan kasut setiap kali berwudhuk...tangan sentiasa dipimpin..setiap apa yang dilihat, diceritakan pada siibu..Kasih sayang kami sekeluarga terus bertaut dengan penuh keiklasan bermula dari hari pertama kami kembara...

      Ya Allah ..Kau permudahkanlah urusan kami bersama keluarga baru kami ini sepanjang perjalanan kami....Itulah doa Nekcik sambil bergenangan air mata...Sewaktu berziarah..alhamdulilah MAK  dan ANAK Nekcik tak ada masaalah..Ceria MAK walaupun dalam gelita...Kami semua sama sama membantu mana yang boleh...
        Apabila kami berumrah..Nekcik sama sama tawaf dan saei sekeluarga..kerana mereka kali pertama menjadi tetamu Allah..Alhamdulilah..walaupun memang keletihan kerana perjalanan Madinah Mekah hampir 6 jam..berada dalam bas..MAK kuat untuk bertawaf dan bersaei...hanya sekali berhenti rehat..Dan Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk kedua beranak ini mengerjakan sembahyang waktu di Masjidilharam walaupun berjalan sejauh 350m dari hotel kami...Sesungguhnya kasih sayangMu melimpahruah untuk para tetamuMU...Ya Allah semuga kau limpahkan jua kasih sayangMu pada ANAK ini atas segala keiklasannya..

      .Banyak jugak airmata Nekcik berderai bila bersama dengan dua insan ini...Walaupun tak dapat melihat..dia tetap ingin menjadi tetamu Allah..dan kepada si ANAK..bukan menjadi bebanan membawa seorang ibu mertua yang tak dapat melihat untuk melakukan ibadah umrah...dengan relahati...Sedangkan memberikan segelas air pun sudah mendapat ganjaran yang hebat..apalagi memimpin seorang ibu untuk bersolat di Masjidil Haram...Masyaallah!!

         Alangkah bahagianya hati seorang ibu jika anak anak  sanggup memimpin ibu atau bapa untuk ke masjid apabila mereka telah kurang tenaga...disediakan apa apa yang diperlukannya dengan penuh kasih sayang...bukan emas permata tapi kasih sayang yang diharapkan untuk menyinari hari hari senja..Maka Allah menjanjikan syurga untuk anak anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua...Masyaallah...

          Rebutlah peluang keemasan ini pada mereka yang masih punya ibu dan bapa...Dan pada yang telah pergi...kita sedekahkanlah bacaan AlQuran..bersedekahlah atas nama mereka...sedekahkan pahala umrah untuk mereka...mohonkan keampunan untuk mereka.. agar mereka mendapat RAHMAT Allah untuk ditempatkan di syurga...ammiin
           Bersama kembara ini Nekcik gembira sangat kerana mendapat 3 keluarga angkat baru ( keluarga kembangan Daddy Ziyyad! )...semuga kasih sayang kami berpanjangan hingga ke akhir hayat ..insyaallah..Begitu juga dengan jemaah jemaah yang lain...


         


11 Mar 2012

Jordan...Makam Nabi Syuaib


Fish

Fish: Add a touch of nature to your page with these hungry little fish.  Watch them as they follow your mouse hoping you will feed them by clicking the surface of the water.

Jordan ..The Dead Sea..Laut Mati

"MAKA NIKMAT TUHAN MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN??"..surahAr Rahman.....itulah kebesaran Allah..Maha Berkuasa atas segala kejadian di langit dan di bumi....air laut yang teramat masin sehingga tiada satu kehidupan yang boleh hidup didalamnya...hanya manusia yang boleh terapung!!
Nikmat Allah untuk hambaNya...lerengan bukit ini menghasilkan berbagai jenis tanaman




Kalau tok ki ni leh timbul..mesti nekcik pun tak tenggelam kan!!..lupa lak bawak wimming suit!!
Posing di karangan garam!!

Tokpokcu nak angkut garam balik mesia..nak jadi towkay garam!!

Masjid

Pemandangan pantai Laut Mati

Pakji pakji nak snorkelling!!

Yeay yeay...this ole couple in jordan!!

Cikli tak jadi gi snorkelling!!


Jalan jalan melalui lereng bukit

THE DEAD SEA!!



Sedaaap!!!  Nasi di Turki dan Jordan ni lemak dan lekit macam pulut!!

cantik!!!

Kami di bawa untuk makan tengah hari di sini...mewah!!

SUBHANALLAH!!

Pokok zaitun  ditanam banyak banyak

Bazaar barangan Laut Mati..

Tokpokcu gumbira dapat makanan yang lazat!!



GARAM.....GARAM.......GARAM

Jordan... Ashabul Kahfi...15/02/2012

Pakej Andalusia yang Nekcik ambil menawarkan "Day Tour" Jordan...kerana transit dari Amman ke KL agak lama..hampir 16 jam..so rezeki Nekcik lah tu..alhamdulilah..Sesampainya kami dari Jeddah lebih kurang pukol 9.00 pagi kami..terus dibawa ke hotel..selepas breakfast..kami dibawa dengan bas menuju ke Ashabul Kahfi...Sebelum ini Nekcik tak berapa kisah sangat tentang Jordan ini kerana selain dari 3 tempat yang popular itu...Gua Kahfi, Makam Nabi Syuaib dan Laut Mati, Nekcik bayangkan tempat batu batu purba sahaja....
Tetapi alangkah terkejutnya Nekcik sepanjang jalan ke Gua Kahfi itu...pemandangannya amat menarik..lereng bukit dipenuhi ladang sayuran dan buah buahan.Tomato, kentang,bawang dijual sepanjang jalan....rupanya Jordan adalah sebuah negara pertanian!!



Inilah dia Gua Kahfi...disini lah Allah tidorkan 7 orang pemuda bersama seekor anjing untuk di lindungi dari pemerintah yang zalim..Apabila mereka sedar..mereka keluar dari gua ini dan membawa wang yang mereka ada untuk membeli makanan...wang mereka tidak laku..sudah berusia 309 tahun!!

Cantik teko di tengah bandar ni...

Baru keluar dari gua..tak sempat tidor pun!!

Tengoklah kentang, tomato, bawang, limau ..di jual tepi jalan...nasib baik bas nekcik tak berhenti kat situ..kalau tidak penuh kapal dengan kentang dan bawang!!

Sepanjang perjalanan


Tengok tu..lembah pertanian...itulah nikmat Allah atas hambaNya

Ke Gua Kahfi

Cantik lereng bukit

Add caption

Add caption

Inilah lubang untuk cahaya di Gua Kahfi

Add caption

Alhamdulilah..kiranya sebelum ini..Nekcik hanya membaca surah Kahfi..hari ini dengan limpah kurnia Allah ..sampai Nekcik di Gua Kahfi..Syukur Ya Allah

Pemandangan

Makanan Jordan....sedaaap!!

9 Mar 2012

Istanbul Turkiye...16/02/2012...



Tujuan utama kami sebenarnya adalah untuk berumrah...tetapi memandangkan pakej Andalusia ada menawarkan umrah dan ziarah Istanbul dan Jordan...maka Nekcik skluarga teruja untuk mengambil kesempatan ini...tambahan pulak beza harganya agak berpatutan...Nekcik pun tak begitu bermimpi untuk ke Turki tu..iyalah kalau nak melancong sahaja pun hampir Rm6K..baiklah Nekcik gi umrah...Tak sangka pulak Nekcik dapat menjejakan kaki di Istanbul ini...Allahumma inni aala zikrika wasyukrikaa wahusni ibadatik...jadikanlah aku orang yang bersyukur dan sentiasa beribadat kepadaMU...insyaallah

Memang banyak sungguh masjid masjid yang cantik dan berseni di sekitar bandar Istanbul


Kami dapat merasa menaiki cruise Bhosporus River dan menikmati keindahan kota Istanbul..memang cantik..subhanallah

Pakej Andalusia ini menginap di Hotel Carlton, Istanbul....agak mewah..dan amat berbaloi especially makanan


Sejuuuuk

Tengok seminggu lagi dok Turki...boleh jadi besar macam nenek Turki...

Alhamdulilah setelah 18 jam dari kl ..kami selamat samapi di TURKIYE

Memang menggila tengok Baklava ni..fresh lagi

Ni ikan digoreng dan di makan bersama salad..kalau sini macam keropok lekor lah..diorang jual tepi jalan

Suker dapat rasa winter kunun!!!


Sedaap

Ikan

Hasil ceramic memang cantik..tapi delicate....


Teh..berbagai warna..untuk pelbagai kegunaan

Bahagia dapat merasai salji berterbangan

Airport Attartuk Turki..cantik kan landscape dia!!!

serdak serdak saljiiii


Pasar ikan di tepi laut

Blue Mosque

Turki pun cakap sabun...sabun dari badam, avocado,peach...

Dataran masjid masjid

Lagi kedai makan makanan laut sepanjang jalan ini

Tokpokcu nak jadi snowman!!

Deretan kedai kedai makan makanan laut...kebanyakan ikan..tersusun cantik sepanjang lorong ini

Dapat serdak serdak salji pun okaylah..syukor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...