3 sudu makan susu pekat manis
14 gm yeast mauripan...1 paket dlm 11 gm
1 bijik telor
210 gm (1 cawan ) air
Hiasan
1 biji kuning telur
sedikit badam dan kuaci atau apa apa ikut suker..nekcik guna kuaci TONG GARDEN ada jual kat Petronas RM 1.80
Masukkan semua ke dalam Breadmaker
Set rapid dough..no 13...uli sahaja selama 1 1/2 jam
Dah siap..keluarkan..tambah tepong sedikit masa nak membulatkan..sebab agak melekit
Susun di atas loyang yang sudah di sapu dengan marjerin atau butter
Sapukan kuning telor di atas roti..taburkan badam dan kuaci
Biarkan roti naik dua kali ganda ..lebih kurang 30 minit
Sementara itu panaskan oven lebih kurang 10 minit..140C ( ikut oven sendiri)
Bila dah naik masukkan roti..bakar selama 15 minit Kalau bahagian atas agak kuning..guna api bawah selama 5 atau 10 minit...hingga masak
Setelah masak angkat dan siramkan dengan sos butterscotch hingga meleleh!!!
PERINGATAN...INI ADUNAN NEKCIK MENGGUNAKAN BREAD MAKER..KALAU NAK GUNA..JANGAN TUTUP BM..SEBAB ADUNAN NI AKAN MELIMPAH RUAH..
Untuk Sos Butterscotch
1 cawan gula perang ( brown sugar)
1 cawan whipping cream..(1 kotak kecik)
50 gm butter
Masukkan dalam periuk kecil dan masak dengan api perlahan
Kacau hingga mendidih..jangan terlalu lama..sejukkan
Sudah sejuk dan lebihan boleh di simpan untuk di makan bersama roti atau
PISANG GORENG BUTTERSCOTCH
Beberapa bijik pisang tanduk..atau lain lain jenis yang boleh digoreng
1 bijik putih telor
1 tin kelapa kering dalam tin atau serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
Celupkan pisang ke dalam putih telur
Golekkan di atas kelapa atau serbuk roti
Goreng seperti goreng pisang biasa..api perlahan sebab mudah hangus
Hidangkan bersama sos butterscotch semasa hendak makan
Boleh saja di tambah ais krim vanilla
Goreng pisang yang telah di derhaka kan..kasaunyer bunyi!!
Tu diaa...pisang tanduk goreng versi moden!!