bunga

31 Dec 2019

pernikahan anaknda Eli n Faizal

asalamualaikum sahabat sahabat blogger kesayangan
aduhaiii laju jer masa berlalu
hari berganti bulan..bulan berganti tahun
SELAMAT 2020 ye kengkawan
semuga kita dilimpahi kesihatan yang baik..umur yang diberkati serta amal yang diredhai aamin
Nampaknyan macam nak bersarang balik Teratak 66 ni
So ambil kesempatan dan semangat tahun 2020 ni untuk lebih menceriakan suasana teratak 66 ni
banyak kenangan indah yang tersimpan ditahun 2019 yg berlalu.
andai ada yang sedih sikit tu biarlah ia berlalu pergi
 satu keindahan tahun 2019 yang nekcik nak abadikan di blog ini
Ia sangat istimewa dalan keluarga nekcik
Niat nak di pamirkan di tahun 2019 tapi masa dan tahap kemalasan yang tidak mengizinkan
Jadi izinkan nekcik kongsikan peristiwa penting 2019 ini di awal tahun 2020
Mungkin dah ramai yang tahu dan dah baca di blog Yan journal yang sudi buatcover up untuk family kami

29.09.2019 
Cantik tarikh itu untuk di kenang
Sebenarnya itulah tarikh pernikahan anaknda puteri sulong nekcik..yang merupakan wedding pertama kalinya dalam famili nekcik
Ibu bapa mana yang tak susah hati bila anak perempuan sulung masih bersendirian
sudah punya kerja yang baik..dan punya segala serba sedikit namun masih bersendirian
Tapi sebagai ibu kita hanya mampu berdoa dan yakin segalanya adalah di tangan Allah
Walau lambat namun biarlah Allah utuskan hambaNya yang terbaik untuk jodoh anaknda tersayang
Maka dengan rasa terkejutnya Allah sampaikan hajat itu
Segalanya berlaku dengan cepat dan mudah apabila Allah mengkehendakiNya
Rupanya jodohnya dah lama ada tapi belum Allah sampaikan
Alhamdulilah dengan acara ringkas keluarga sebelah lelaki datang meminang dan majlis pernikahannya dalam masa sebulan setengah sahaja
Segala persiapan majlis anak dan bakal suami telah siapkan Biar mak dan bapaknya rehat dan tenang tenang jer katanya
almaklumlah mak pak dah tua baru nak terima menantu
Gembiranya dan bersyukur nya kerana doa doa kami Allah perkenankan
Allah hantarkan insan yang baik untuk menjaga dan menyayangi puteri kesayangan kami
Doa kami semuga anakanda berdua sentiasa bahagia di dunia dan akhirat bersama
Buat anaknda Faizal n Eli

Terima kasih jugak pada sahabat sahabat  blogger yang sudi hadir dan maaf jugak pada yang tak sempat dijemput..



Wedding yang amat di nan
ti nantikan oleh sanak saudara
Semuga jodoh kekal bahagia hingga ke jannah amin amin

Akhirnya sampai jugak hajat Tokpokcu untuk menikahkan puteri sulung kesayangannya alhamdulilah ya Allah
Hari ini dalam sejarah
alhamdulilah bertukar sudah tanggungjawap bapa kepada seorang suami..semuga dapat lah menjaga dan menyayangi puteri kami dengan serba kekurangan yang ada


Alhamdulilah bertambah seorang lagi ahli keluarga kami..semuga kasih sayang sentiasa berpanjangan hingga ke syurga aamin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...