bunga

6 Apr 2014

TETAMU TERATAK 66

Salam ukhwah untuk semua sahabat sahabat tersayang..semuga siratulrahim kita berpanjangan walau pun di alam maya cuma..tetapi mungkin dengan izin Allah persahabatan di alam maya akan menjadi nyata kan...bersahabat biarlah beribu ..bermusuh jangan walau satu!!
Nekcik nak cerita pasal sahabat blogger nekcik yang amat femes ni..dah lama kenal di alam maya..dengan izin Allah kami dipertemukan di alam nyata..bahagia tak terkira apabila tuan punya tanah MOH KEMBARA serta tuan tanah AKU SEORANG PENGEMBARA sudi berkunjung ke Teratak 66 pada 29 Mac 2014..sure uols semua kenal kan
Yong Halimaton Ibrahim (Moh Kembara) ditemani yong Jamnah Yusof (ASP) telah sampai ke teratak nekcik..Yong Halimahton ni nekcik dah jumpa sekali di rumah blogger Yan_yanjournal..dan nekcik sempatlah mengirim beberapa barang dari Turki bila yong balik kampong!! terima kasih yong for your spicy gifts..memang berguna di dapor teman ni!!


Moh kita makan yong!! Bismillahirahmanirahiim...
Yong yang satu ni hanya biasa bertegur sapa di alam maya sebelum ini...yong Jamnah Yusof (tudung kuning tu)....dah geng kaki nyongket ni banyak nak share ilmu yang munafaat...Alhamdulilah dapatlah nekcik hidangkan makan tengah hari sekadar yang termampu sambil sembang sembang dengan penuh kemesraan kerana dua dua yong ni amatlah peramah...macam dah lama kenal kan...terhibur rasanya sambil bertukar cerita! Semuga ukhwah kita terus berpanjangan ye yong!!

Selepas yong berdua ni pulang...abang nekcik pulak datang bersama anakndanya..our chef Koya..siap dengan berbagai bahan dan acuan untuk membaking baking..suka hati uols lah..yang bestnya dapat makan kek velvet dan brownies fresh from the oven!!..your velvet cake sooo sedaaap Koya..bertambah meriah meja nekcik..nasi dan ayam morrocco siap dengan dessert sekali... 
Abaikanlah meja hamba yang tunggang langgang tu yer..janji ada makanan kan Koya



Tokngah ...makan dulu baru nyembang
Yummylicious velvet cake hot from the oven by Koya...sooo sedaap..i loike it
Di bawah tu brownies..sedap jugak

Menjelang petang....sorang lagi tamu muncul..cucu sedara nekcik..singgah on da way balik ke rumah sewanya yang berdekatan...alhamdulilah makanan pun memang ada...
Rupanya ada lagi tamu malam tu..Towkay kueh anak buah nekcik Norhafizah Othman dari nor dessert bersama suami ( tak sempat ambik gambar)..riuh rendahlah teratak nekcik..gitulah biasanya bila keluarga nekcik berkumpul..gamat jadinya..tapi itu lah kebahgiaan nekcik!
tua dah nekcik..ada cucu besar
Hari Selasa baru ni pulak terkejut jugak nekcik apabila menerima panggilan talipon..dari cikgu darjah empat nekcik yang teringin nak datang ke teratak nekcik!!...Baru bulan lepas nekcik menjejakinya setelah hampir 50 tahun kami tak bersua...jejak kasih ...dengan cikgu Zaleha  Abdullah..salah seorang guru yang amat nekcik sayangi..terhutang budi kerana dia membuatkan nekcik amat meminati bahasa Inggeris..suka baca buku cerita...hasil didikannya lah membuatkan nekcik ni terer berbahasa omputih..perasan lah tu ye!!tererlah tu kan diary pun cakap omputih..buat sajak pun omputih...baca novel omputih jer..budak kampong pandai cakap omputih ...tererlah tu waktu tu kan!!
Sebenarnya bukan nak mendewakan bahasa asing..tapi bila kita boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik..mudah untuk kita membuat rujukan kerana waktu itu tak ada buku rujukan dalam bahasa melayu terutama untuk aliran sains!!Kalau lah ada bahasa Arab waktu itu kan!! Mesti terer cakap bahasa syurga tu!!
Cuma nekcik terkilan pasal tak dapat jamu cikgu nekcik makan tengah hari..hanya dapat sediakan BISKUT GORENG kerana short notice! Takpe nanti saya akan masak asam pedas sembilang untuk cikgu ye! Insyaallah...
Dulu dulu my english teacher but now macam my big sister!!
Posing jangan tak posing..sweet couple of the year!!

Tamu terakhir minggu ini..abang tokpokcu sekeluarga dari shah alam
Selingan
Makan tengahari bersama keluarga Pakndak
Tetamu termuda!! cucu jugaklah ..grrrraam lah budak nii
Our family chefs..sayaang sama kamu
Tamu datang bawak rezeki ....rezeki itu tak semestinya wang ringgit..kebahagian..ketenangan ..kesihatan pun rezeki juga..Allah hantar kita tetamu untuk berkongsi rezeki..ada masa Allah hantar kucing untuk berkongsi rezeki
..dia hanya perlu sedikit makanan kita..bukannya semua duit kita!!
Okaylah letih dah nekcik bercerita..saja suka suka kan!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...