bunga

15 Sept 2012

Majlis Khatam Quran Sekolah Rendah Islam Musaab Bin Umar

Assalamualaikum anak cucu semua....rindu kat you all semua pasal dah lama Nekcik tak chatting chatting kan..macam macam alasan yang ada...bizi dan ketandusan idea pun salah satu alasannya....ni baru ada kesempatan dan semangat...jom Nekcik cerita cerita berita yang dah lama ketinggalan...
Ini majlis khatam AlQuran sekolah anak Nekcik yang bungsu..sekolah ren islam Musaab bin Umar Melawati....diadakan pada 17 Ramadhan yang lalu..Alhamdulilah Nekcik tumpang gembira atas usaha cikgu cikgu sekolah ini yang telah membimbing anak anak sekolah ini sehingga mereka dapat mengkhatamkan Al Quran apabila tamat darjah enam..syukur alhamdulilah...termasuk si kecik Nekcik...

Syukur dan sedih terasa kerana tahun ini merupakan tahun terakhir sikecik belajar di sini....terharu yang amat sangat atas jasa guru guru di sini mengajar anak anak ilmu dunia dan akhirat dengan begitu ikhlas sekali walaupun dalam serba kekurangan...dan tanpa gaji yang lumayan...

Ya Allah berikanlah ganjaran yang sebaik baiknya untuk mereka ini....Amiin Ya Rabb

Ustaz bersama sama anak didiknya

Semuga menjadi anak anak yang solehah 

Penyampaian cendera hati  untuk yang khatam Alquran


Muka muka ceria setelah menamatkan kitab ALLAH...Alhamdulilah

                           Bersama gurubesar dan guru guru yang  penyayang       
                                             Antara ibu bapa yang hadir
Majlis berbuka puasa dan solat teraweh bersama guru, anak anak dan ibu bapa

Sepanjang 6 tahun anak Nekcik belajar disini..Nekcik amatlah senang hati..dari segi didikan yang diberikan..ibu bapa dan guru seperti satu keluarga...anak anak dididik dengan penuh mesra..dididik rohani mereka dengan ciri ciri keislaman ...anak anak dilatih dengan sunat dhuha, talaqi dan hafazan serta qiamulail..bayaran yang dikenakan amat murah..berbanding dengan masa dan ilmu yang mereka perolehi...

Inilah pelaburan kita untuk akhirat..insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...