bunga

26 Feb 2013

Hanoi Final




Bersiaran lagi mengenai Hanoi...okay  ini episod akhir pengembaraan Nekcik ke Hanoi..dah panjang sangat kan... .nanti boring kengkawan baca....kat entry ni nak share  tips tentang hotel...dan lain lain ..so mana yang boleh di gunapakai..ambil lah...yang tak berkenan tu just ignore kan sahaja ye!!!

Ini adalah PUPPET SHOW ..yang mana satu kemestian kalau ke Hanoi...kalau tempat kita ni macam wayang kulit lah...cuma bezanya patong patong ini di ikat pada buluh dan dimainkan di atas air...tukang karutnya berada di belakang tabir...yang ini penutupnya..so tukang tukang karutnya menampilkan diri


Inilah antara patong patong mereka....puppet show ini menceritakan kehidupan seharian mereka dari zaman dahulu lagi

Lihat lah patung patung yang di ikat pada buluh..tukang karut tu akan menggerakkan tali tali pada patung itu....buluh itu akan di letakkan di dalam air...yang nampak hanya patung yang bergerak gerak dengan berbagai aksi...seronok jugak menontonnya!
Lagi patung patung yang digunakan
Tengok tu... bahasa melayu di dalam peperangan Vietnam dahulu..tahun 1965....Nekcik jumpa dah tahun 2013...kalau tidak boleh jugak dapat hadiah kan!!
Ini PASAR DON XUAN..amat popular pada pelancung asing..tapi Nekcik tak sempat buat lawatan tapak ke sini..pergi pergi dah tutup..pukul 6 petang...so Nekcik pun tak tahu apa ada di situ..kena sekoding blog lain...

Inilah hotel penginapan kami selama 3 malam....1 malam di Halong Bay...harga sebilik untuk 3 orang (Tripple Room) ialah RM 185..amat bersih dan selesa...kalau nak berjalan kaki ke RESTORAN NISA ambil masa lebih kurang 20 minit dengan K.A.K.I...juga ke TASIK HOAN KIEM...

BILIK 1
BILIK 2

Bilik air yang bersih lagi modern
Inilah breakfast kami..hari hari mereka sediakan 12 biji telur 3/4 masak dan pisang/ limau untuk kami....masing masing buat sandwich telor ..alhamdulilah bolehlah bertahan berjalan sehingga pukul 5 petang..barulah kami pergi ke Nisa untuk lunch cum dinner...Malam lapar ada stock maggi dan bubur nasi!!!

Kakitangan hotel ini amat mesra dan baik sangat....terasa seperti satu keluarga...
Kami bertolak untuk ke airport pada pukul 6 pagi tak sempat breakfast..dengan baik hatinya mereka bekalkan 6 bungkusan roti  dan buah buahan untuk bekalan kami.......

Hotel ini juga ada menyediakan pickup di airport....20USD untuk 6 orang..lebih kurang 45 minit dari airport

Di atas adalah peta kawasan bandar OLD QUARTERS ini..tak lah besar sangat..tapi banyak sangat hang hang dia (Jalan) Yang  kotak hitam tu....  HOTEL RISING DRAGON VILLA....kotak merah besar tu..RESTORAN NISA...yang kotak merah kecik tu MASJID ALNOOR........Berpandukan peta inilah kami meredah kawasan persekitaran...seronok sebab cuaca sejuuk...

Pelukis calligraphy di sepanjang jalan....4 hari nekcik pusing keliling bandar ni tak jumpa pun pemintak sedekah!!


Ini di kapal di Halong bay...air tin tu tak termasok dalam harga package cruise itu...untuk 4 kali makan ( 24 TIN )..air kami adalah RM 100 ..terkejut!!...rupanya air tin tak termasok dalam harga cruise 70 USD!!..air tak boleh bawak sendiri..kena denda...
Tak tau lah pakej lain..INI HA LONG DUGONG SAIL!!! kelakar pun ada ..marah pun ada ..bayo jelah..dah minum pun....24 air tin dan 6 botol air mineral!!!
So sesiapa yang naik kapal tu..sila confirmkan dulu....atau bayor jelah!!!

Penapis kopi  dari Hanoi..masok kan serbuk kopi..tuang air..air kopi akan menitik perlahan lahan...lama jugak nak penuhkan segelas ye...

Ini contoh kopi 3 in 1 Vietnam..dun worry ada cap halal



So berakhirlah percutian kami sekeluarga di HANOI selam 4 malam 5hari..Rupanya tak salah pilihan Nekcik untuk ke sini....satu memori indah bagi kami sekeluarga...Alhamdulilah semuanya selamat dan telah dipermudahkan Allah....syukur kami kepadaMu kerana telah mengizinkan kami melihat keindahan ciptaan MU..Masya Allah..

Tips @ bawaklah sedikit bekalan seperti roti/ serunding/ sambal..sekiranya lambat berjumpa Resto Nisa tu..atau bila kelaparan .....yang lain Nekcik tak tau melainkan ada sebuah restoran  Mamak..

Tips Nekcik....@sebelum kemana mana ..silalah buat solat musafir atau hajat untuk keselamatan dan kemudahan kita...terutama yang berjalan sendirian seperti Nekcik ni ...InsyaAllah

Tips @ elok pergi waktu sejuk seperti bulan Feb..sejuk tapi nyaman untuk jalan jalan

Tip@ bekal biskut Oreo atau coklat dan air mineral dalam bag untuk alas perut sementara mendapat tempat makan

Tip@..sentiasa bawak air mineral dan wet tissue untuk Emergency!! Toilet depa ada yang tak dak ayak weii!!

Sekiranya ada yang tertinggal pasal Hanoi ni..tunggu YAN JOURNAL akan buat cover up dalam waktu terdekat ini..Insya Allah..tungguuuuuuuuuuuuuuu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...