bunga

19 Jun 2013

SHENZEN...SPLENDID CHINA AND FOLK VILLAGE....part 2

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!   Jom ikut nekcik jalan jalan lagi..Cuaca sepanjang trip kami kali ini ialah waktu hujan..kalau ikut tourist info di sini..tidak digalakkan melancung ke sini dari mei hingga september...kadang kadang hujan (HK banjir teruk waktu kami di sana..tapi bukanlah kat bandar) dan ribut..tapi kita kan boleh berdoa..mohon Allah Pencipta alam ini untuk memudahkan perjalanan kami ...Alhamdulilah...walaupun pagi hujan turun..tapi menjelang tengahari...cuaca jadi terang..syukur  Ya Allah kerana mendengar permohonan kami...Kami ada hanya tinggal 2 hari sahaja untuk berada di sini..sekurang kurangnya dapatlah kami melawat 2 tempat ini sebelum pulang..
Selepas makan tengahari dan solat..kami terus melangkah ke SPLENDID CHINA AND FOLK VILLAGE..memang senang ..sebab dari hotel kami ini kami hanya perlu naik metro hala ke airport dan jangan lupa untuk turun di station OCT..( old chinese town) jangan risau sebab ada announcement nanti..tapi tolong jangan tido ye..nnti terlepas terus jumpa kapal Air Asia tau!
Sampai kat gerbang tu nampak macam ceria jer...luas kawasannya..info lebih lanjut boleh google ye...bayaran masuk rm60 sorang...tiada apa apa bayaran di dalam tu..jalan lah selagi mana boleh melangkah...seronok sebab dalam taman hutan..sejuk dan segar..ada tasik, anak sungai, pokok yang besar..tak jemu melangkah kerana sepanjang perjalanan itu kita boleh singgah melawat rumah suku kaum mereka..berlainan setiap satu rumah....macam pergi kampong dulu dulu

Masuk gua ni sebab toilets ada dalam ini

Anak sungai yang semula jadi..nekcik panggil parit kalau kat kampong dulu..you jump .. .. i no jump eh!

Rimbunan pokok pokok dalam keadaan semulajadi alam

Kreatif kan..panggil apa ni..mak nekcik ajar panggil ni sindan buluh..penampi beras tu..orang mudo memang tak kenal ni..lagi lah dah dilukis sebegini..tanya sikecik nekcik tu... dia panggil frame buluh!!

Ada siapa yang tak kenal mendealah ni tak...ramai tak kenal kot..inilah blender orang dulu dulu..untuk  kisar beras kalau nak buat kuih...dah lama tak jumpa kat mesia

Eh eh gayat pulak kawan nekcik ni..bukan jambatan gantung pun..iyalah warga warga emas kan..goyang sikit pun dah risau

jalan lagi..jumpalah kampong ni..apa nama entah..lupa...mereka baru habis buat persembahan tradisional kaum mereka..patutnya kalau nak ke sini kena awal pagi..sebab banyak acara acara kaum di persembahkan..

Nekcik singgah kat rumah lama ni..masuk terus ke dapor..oh..oh tengah nak masak ayo..tengok bara api tu..macam real...masa remaja nekcik dulu memang pakai kayu api camni..nak masak air..kena tiup bara api tu kuat kuat..baru boleh menyala..budak sekarang tekan suis jer kan..betapa mudahnya..zaman dah berubah kata anak nekcik!!

dari dapor terus ke bilik tido..tuan rumah tak ada weii..aduhai itu paparazi sudah tangkap kita Tokpokcu!! Tak senang pengantin nak berdua duan!!!...
Cantik kan rumah tu..macam tree house yang nekcik baca dalam buku cerita omputih  zaman dahulu kala
suka sangat tengok rumah rumah ni..nak naik ke atas tu takut tak sempat sebab hari dah beransur petang...

Camna Tokpokcu?? boleh ke nak buat sebijik ni untuk nekcik kat kampong!! seronok pagi pagi kita bersantai minum kopi dengan biskut lutut..dengar bunyi burung berkicau
Beranda ni pun nekcik suka...boleh bagi tupai makan!!

dari "rumah" nekcik tu tadi..kita ke sungai lah pulak..jom naik sampan cina ni..boleh sampai setapak tak ye??


Gumbiraa nya bila lihat ada wakil masyarakat Islam di sini..ada repilika masjid..tapi di buat sebagai theater untuk persembahan kebudayaan masyarakat Islam..dah terlepas waktu!!

model tak berbayar

ada pokok anggur di sebelahan masjid tu
no komen!

kelakar lah..ikan makan dengan botol susu!! tapi bila dah habis makanan dia tak mau pun! cerdik ikan ni..

ikan pun kena disusukan!!

alam semulajadi yang dijaga rapi


Buat apa tu dik???bertambah kuruslah kalau hari hari begini...angkat air dari perigi tu

Ni apa kerja pulak dua beranak....kuat ke nak pusing kincir air tu!!


kincir air....seronoknya air menderu laju...

Nasib baik rumah nekcik ni dah tak ada tanah..kalau tak.. nak suruh Tokpokcu buat ni letak kat tamaan.....boleh kita berkelah sebelah tu...okay..nanti nekcik sambung lagi ye..lotih den


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...