bunga

19 Feb 2014

BURGER KIMCHEE

Jom kali ni pun kita cuba resepi mudah ini...
Sebenarnya masa di Korea hari tu nekcik dudok tunggu anak anak di depan kedai buku..sebelah tu ada gerai ...ramai orang beratur..nekcik pun menjenguk lah ke situ
Rupanya macam gerai burger cumanya bukan yang dah siap berkeping keping tu..tepi kuali leper tu ada membukit 'burger'nya..
Oleh kerana baunya yang tidak mencurigakan..nekcik pun pergi dekat dekat..bukannya nak beli..cuma nak tau apa ke mendenya..nampak macam sedap
Nekcik tengok ahjumma ni akan ambik sekepal buger tu..di leperkan di kuali tu mcm burger lah gamaknya..
masak jer pelanggan dah tunggu..tak de roti pun..cuma siram sos ....sedap bau nya...
So hasil sekodeng tu..nekcik hagak hagak jerlah..terhasillah ciptaan burger sendiri..
Since nama sebenornya pun tak tau..nekcik panggil burger kimchi!!!
Resipi sesuka hati ye!!
So jangan cuba cuba mintak burger kimchee ni kat korea ye!
Ini lah makanan yang nekcik jumpa tu..nun di sana 


Bahan bahan yang diperlukan :

Kobis cina..atau kobis panjang..kobis ni orang korea banyak guna dalam masakan diorang..seperti kimchee..dakgalbi atau ntah apa lagi...sebab tu kulit diaorang licin kan..jom kita makan sayur ni bebanyak he he
Kobis dan daun saderi /bawang yang diricik..ni yang lebihnya..boleh tambah bebanyak kalau suka
Breadcrumbs...sebahagian lagi di gaulkan dengan ayam cincang..
ini untuk digolekkan pada burger sebelum di goreng/ bakar

Tempekkan kat kuali..
Siap..boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan atau bekalan anak anak ke sekolah..lebih enak lebih berkhasiat!!!
Cubalah buat..memang sedap..Tokpokcu yang tak makan burger pun ngap sampai 4 ,5 keping you!!




BURGER KIMCHI
400 gm ayam cincang Ramly
1 bijik bawang besar potong dadu
200 gm kobis panjang/cina di racik halus
2 biji telor
100 gm breadcrumbs..(serbuk roti )..kalau takde ambik jer roti gardenia tu bakar dan ramaskan
sedikit daun saderi / bawang dihiris halus
Sedikit garam / sedikit black pepper
100 gm breadcrumbs guna masa nak bakar

Campurkan semua bahan hingga sebati
Ambil sesenduk..golekkan dalam breadcrumbs
Tempekkan di atas kuali yang telah dilenserkan minyak atau margarine
Kalau ada acuan banjo lagi comel
Jangan tebal sangat..kalau nipis dia akan crispy sikit...
Boleh lah nak makan dengan roti atau sos

Sekianlah sebelum nekcik melabuhkan tirai jalan jalan Korea..ada umur, ada rezeki nanti nekcik pergi lagi carik resepi kat sana yea..he..he..insyaallah
Kena cepat tulis takut terlupa!!
Sebab memory card nekcik ni dah full..he..he






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...