bunga

6 Jan 2013

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (A) ILMI AMPANG


02/01/2013.... bermula semula tugas utama Nekcik dan Tokpokcu...menghantar si ADIK ke sekolah...kalau tahun lepas menghala ke Melawati kini menghala pula ke AMPANG yang lebih mencabar ..jalan yang amat digeruni kerana kesesakannya...tapi demi masa depan Adik mak dan abah sanggup mengharungi semua itu...dan doa kami semuga Allah panjangkan umur kami dan diberikan kesihatan yang baik untuk menguruskan puteri bungsu kami ini...Amiin Ya Rabb!!
Insya Allah selama 5 tahun kami akan hari hari ke sini..semuga adik berjaya mendapat ilmu dunia dan akhirat di sini dengan jayanya...

Sek.Men.Agama ( Arab) Ilmi
Sek,Ren.Islam Integrasi Ilmi
Maahad Tahfiz Ilmi

No. 22, Jalan Rasmi Jaya
6800 Ampang, Selangor D.E
Tel.no: 03 42528394
WEBSITE....www.ilmi.edu.my
Waktu sekolah...7.45 -3.00 ptg
Walaupun hanya rumah kedai namun Adik gembira untuk meneruskan pelajaran menengahnya di sini..Alhamdulilah..dan semuga Allah berikan kekuatan dan kesabaran untuk Adik menghadapi segala kekurangan yang ada!!

Sekolah ini letaknya di Taman Rasmi Jaya Ampang...pelajarnya dalam 300 lebih dari tadika...rendah dan menengah...

Yang ini...pelajar bukan guru pun bukan ...tapi pakcik pencen!!!


Perhimpunan pertama untuk tahun 2013....di padang perumahan bersebelahan di sebelah belakang sekolah
Yang depan sekali itu adalah guru kelas ADIK..yang belakang itu lah puteri bungsu Nekcik.. Adik...Nak share cerita si Adik..inilah rezeki yang Allah kurniakan untuk Nekcik sekeluarga....ketika Nekcik berusia 41 tahun..walaupun doktor tak setuju untuk Nekcik meneruskan kehamilan tapi dengan izin Allah.. alhamdulilah semuanya selamat ...kehadirannya amat menghiburkan seisi keluarga ...iyalah sebab si abang yang kecil dah 10 tahun!! inilah teman setia nekcik dan tokpokcu jugak 'passport' kami...Semuga harapan kami agar Adik dan yang 3 lagi menjadi anak yang soleh dan solehah yang dapat membantu kami di sana nanti..amiin!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...