bunga

6 Dec 2011

CHIANGMAI, THAILAND.............

Kali ni Nekcik 'bawak jalan' ke Chiangmai pulak ye..seronok di sini..tidak sesibok kata Bangkok..dan banyak benda benda yang kita dapat lihat di sini..especially kerajinan dan ketekunan mereka dalam kerja kerja tangan seperti pembuatan payong,melukis..dan produk produk kain...Nekcik dudok di SURIWONGSEE HOTEL di tengah bandar Chiangmai..di bawah hotel tu tempat pasar malam yang di buka sejak pukol 4 petang sehingga 8 pagi berkilo kilo panjangnya..dan di dapati suasana di sini sangat aman...Kedai makan Islam di Food Court berdekatan kepunyaan Islam Pattani..so senang kami nak makan


Berkenalan dengan pendudok Chiangmai..selalu ke KL

Tekun sekali membuat payong

Ini camp gajah ..banyak show

Gajah gajah sedang membuat persembahan..malah boleh melukis lagi..pandai sungguh kerana daun akan berwarna hijau..bunga merah..

Ini lah TUT TUT..boleh naik ni untok ke tempat tempat yang berdekatan

Semuanya di lukis tangan

PESTA PAYONG

BANK ISLAM di tengah bandar Chiangmai!!

Makan di kedai orang pattani di Food Court

Pasar malam yang panjang berkilo kilometre

Masjid yang terdapat di kawasan bandar Chiangmai.Selalunya kami akan cari hotel berdekatan dengan masjid...supaya senang untuk mendapat makanan halal...

CIKLI dipelok gajah jantan!!!


Suka tengok kreativiti orang sini..botol di bajukan!!

NOSTALGIA HAJI 2006/2007

LABAIKALLAHHUMMA LABAIK!!!. Aku datang kepadaMu Ya Allah...Dengan limpah kurnia dan perkenanNya..maka Disember 2006 Nekcik dan suami berangkatlah Ke kota suci Mekah untuk menunaikan rukun ke 5..Memang tidak menduga Allah akan menjemput kami menjadi tetamuNya lebih awal dari yang kami jangkakan,,sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...lantaran dengan persediaan diri yang serba kekurangan..hati sentiasa berdebar debar untuk menghadapi ujian Allah..hanya doa semuga Allah permudahkan segala urusan kami..Syukor Alhamdulilah..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang..Segala urusan kami di sana dan juga anak anak yang di tinggalkan semuanya dipelihara olehNya...sehinggalah kami selesai menunaikan haji.....

Beginilah pemandangan di kawasan tempat melontar
Jemaah dari negara negara lain menunggu waktu untuk melontar

Bersama jemaah haji UTAS

Alhamdulilah..selesai berwukuf dan melontar..acara kemuncak haji....segalanya dipermudahkan Allah...


Ini lah abang dan kakak yang sanggup meninggalkan Sabah untuk menemani anak anak  di rumah...terima kasih yang tidak terhingga untuk mereka...

Alhamdulilah..syukur atas nikmatMu Ya Allah..kerana menerima kami sebagai tetamuMu ..yang serba kekurangan dan kelemahan...

Inilah si kecik yang di tinggalkan...sebelum berangkat..Nekcik slalu baca surah Ibrahim ayat 37..alhamdulilah..sehingga bercucuran airmata Nekcik apabila Imam Mekah membaca surah dan ayat ini di hari mula Nekcik sampai sana..


Betapa syadunya di sini....tiada kata untuk digambarkan...

Menaiki Jabal Rahmah



Menyoping lah jugak sementara menunggu hari untuk pulang ke tanah air...syukur segalanya telah selesai dengan pertolongan Allah...alhamdulilah..
*Pesan Nekcik pada anak cucu yang mampu..pergi lah Haji sewaktu muda muda..kerana kita perlukan kekuatan untuk berwukuf dan melontar di tengah kesesakan manusia..dan kita rasa bahagia kerana dapat mengerjakannya dengan kekuatan yang ada ..dengan izin Allah...Insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...