bunga

26 Nov 2012

PROMENADE HOTEL APARTMENTS,KOTA KINABALU, SABAH


Akhirnya alhamdulilah kami selamat sampai di Kota Kinabalu Sabah..destinasi terakhir kami...Sebelum terbang ke mari kami telah booking Hotel apartment Promenade ni..murah jer untuk juniour suite Rm 109...tapi bila abang di Sandakan mahu ikut ke KK,  kami booking lagi satu bilik..family suite Rm 180..luas yang amat...yang ini tak ada dapor...so siapa yang nak cuti cuti KK..boleh lah timbang timbang untuk dok di sini..tambahlagi yang keluarga besar!!
Ini dia FAMILY SUITE
Depan tu PROMENADE HOTEL dan yang pink tu MARINA COURT

Yang ini JUNIOUR SUITE lengkap dengan dapor..ni memang kami booked...ha..ha..cooking cookinglah kita..
Tokpokcu beli kuali..rm27 hengget..minyak , sudip dan pinggan macam nak dudok sebulan!!
Bawah apartment ni ada kedai makan dan kedai runcit..7E..senang dudok sini

Da beli kuali..kena lah cari ikan!! Ini ikan orang putih kot...satu badan biru...

Sempat masak berbagai..ada kuih mutiara sagu, cucur ikan bilis ADABI

Ikan untuk di goreng


Kari dan nasi jer beli....

Jom tengok ikan di pasar KK..jaangan terkezzzut tengok ikan ini ye...

Ketam bangkang...rm12 hengget sekilo

Ini namanya ikan batu sebab dia dok kat batu karang kot..cantek..rasa dia macam ikan siakap lah gitu
Mewahnya ikan di sini

Besarnya ikan ni kan

Cantik kan ikan ini..Maha Kuasa Allah menjadikan langit, bumi dan laut bersama mahkluknya!! MASYALLAH
Nanti Nekcik uploadkan lagi gambar gambar sekitar KK..tak pusing mana sangat pun di KK kerana esok pepagi dah nak terbang balik..flight kol 6.05 pagi .....

23 comments:

  1. Replies
    1. Salam Mammyharraz...mmg sedap..ikan fresh!!

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. ikan berwarna warni pula . nak makan pun sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Nieda..macam yang dalam akuarium..tapi Nekcik nak makan jugak sbb kat sini tak ada..bukan slalu dapat ke Sabah!!

      Delete
  3. nekcik..dulu-dulu (awal 90an) bila anak murid saya kaler ikan biru, saya kata kat depa, ada ke ikan biru? la ni....tak leh kata apa dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu..memang ada ikan biru!! Mesti murid tu orang Sabah kot!

      Delete
  4. Cantiknya ikan Warna biru tu...Nama dia ikan batu ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lah Kasihredha sbb abang Nekcik kata ikan ni dok kat batu karang!

      Delete
  5. Tak pernah nampak ikan warna warni dijual di semenanjung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Mie..Nekcik memang dibesarkan di kawasan laut..tapi tak pernah jumpa ikan yang kalerful nii...ikan buntal pun kecikkecik jer

      Delete
  6. salam nekcik.Terima kasih kerana info yg menarik ni.Jika jalan-jalan dapat masak kat bilik lg best.puas hati walau pun kena beli kuali sudip bagai hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikmanggis...kami ni selalu target pasar dan masak bila jenjalan...sbb tu tak boleh ikut pakej..mana ada pakej bawak orang pergi pasar ikan kan!!!

      Delete
  7. salam nekcik, birunya ikan, rasanya dekat sini pon ada ikan mcm tu, selalu mancing dpt ikan biru, tapi xde lah sebiru ikan itu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Zulfadly...oo agaknya ni asal usul nenek moyang depa ni datang dari sana kot!1..ha..ha..

      Delete
  8. Salam Nekcik, saya pun tak sampai ke Sabah dan Sarawak lagi.
    InsyaAllah sekiranya berkesempatan, nak pegi tengok ikan biru tu juga.
    eh, bukan setakat tengok, nak makan sekali!!

    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mint...takpe insya Allah nnti ada rezeki pergi lah jenjalan sana..seronok..cari ikan biru tu kasi goreng sama dia...eh..eh..ntah ntah keturunan ikan kaloi kot!!!

      Delete
  9. Makchaq kadang2 jalan bawak periuk nasik kecik, semua masak dalam tu, menggoreng, menyayur.. dah jadi periuk ajaib/multipurpose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Makchaq..itulah kami ni pantang nampak pasar..ingat nak masak jek!!!

      Delete
  10. assalam.org kata kat KK banyak seafood dan murah2..ye ke.. ksy ada jg perancangan nak kesana satu hari nnti..In sya allah..ye lah dlm Malaysia pun banyak tempat2 menarik kan..:)Rajinnya masak..kalau sy g holiday nak rehat je secukupnya, malas dah nak masuk dapur..huhu

    ReplyDelete
  11. Salam Ariana...memang banyak seafood yang fresh..murahlah kalau banding KL...tapi Nekcik rasa kat Sandakan lagi murah sebab tak ramai pelancong...sepatutnya cuti mmg kna gantung priok belanga..tapi kami seronok jugak masak...suka suka....lepas tu cari jugak makanan orang sana..nak rasa!!

    ReplyDelete
  12. salam nekcik...haa, citer pasai ikan biru tu kan. huhu!!!org Brunei mmg suka makan tu cuma ros & family mmg xberani nak try smp skrg. bila dah biru cantik mcm tu rasa mcm beracun plak. heheh!!!bagus la nekcik ni, baru jmp trus blh makan ;)

    ReplyDelete
  13. Salam kenal Rezwatisman..teringin sangat masa tengok gambar masakan abang di sandakan tu...memang sedap..isinya lembut..tambah lagi fresh...bnayak lagi yang nak dicuba..cuma ikan buntaltu mmg Nekcik takuuuut!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...