Assalamualaikum anak cucu semua....rindu kat you all semua pasal dah lama Nekcik tak chatting chatting kan..macam macam alasan yang ada...bizi dan ketandusan idea pun salah satu alasannya....ni baru ada kesempatan dan semangat...jom Nekcik cerita cerita berita yang dah lama ketinggalan...
|
Ini majlis khatam AlQuran sekolah anak Nekcik yang bungsu..sekolah ren islam Musaab bin Umar Melawati....diadakan pada 17 Ramadhan yang lalu..Alhamdulilah Nekcik tumpang gembira atas usaha cikgu cikgu sekolah ini yang telah membimbing anak anak sekolah ini sehingga mereka dapat mengkhatamkan Al Quran apabila tamat darjah enam..syukur alhamdulilah...termasuk si kecik Nekcik...
Syukur dan sedih terasa kerana tahun ini merupakan tahun terakhir sikecik belajar di sini....terharu yang amat sangat atas jasa guru guru di sini mengajar anak anak ilmu dunia dan akhirat dengan begitu ikhlas sekali walaupun dalam serba kekurangan...dan tanpa gaji yang lumayan...
Ya Allah berikanlah ganjaran yang sebaik baiknya untuk mereka ini....Amiin Ya Rabb |
|
Ustaz bersama sama anak didiknya |
|
Semuga menjadi anak anak yang solehah |
|
Penyampaian cendera hati untuk yang khatam Alquran |
|
Muka muka ceria setelah menamatkan kitab ALLAH...Alhamdulilah |
Bersama gurubesar dan guru guru yang penyayang
Antara ibu bapa yang hadir
|
Majlis berbuka puasa dan solat teraweh bersama guru, anak anak dan ibu bapa |
Sepanjang 6 tahun anak Nekcik belajar disini..Nekcik amatlah senang hati..dari segi didikan yang diberikan..ibu bapa dan guru seperti satu keluarga...anak anak dididik dengan penuh mesra..dididik rohani mereka dengan ciri ciri keislaman ...anak anak dilatih dengan sunat dhuha, talaqi dan hafazan serta qiamulail..bayaran yang dikenakan amat murah..berbanding dengan masa dan ilmu yang mereka perolehi...
Inilah pelaburan kita untuk akhirat..insyaallah
suka tengok muka tulus mulus anak2 ini (anak2 saya pernah menitip 2 tahun pengalaman di sr hira', klang) namun bila berpindah ke kedah, mereka bersekolah biasa. kadang2 mereka menyebut juga, seronoknya kalau dapat bersekolah semula di hira'...huhu.
ReplyDeletep/s nekcik, jangan lupa hantar butiran di emel saya fasal chalet segantang garam tu..
ok terima kasih Anim, insyaallah nanti nekcik pikiaq dolu nak pi bila...
DeleteIyalah Anim..Nekcik risau keadaan dunia sekarang ni...semuga dengan segala ilmu Allah itu dapat dia di hindari dari segala fitnah dunia..insyaallah
Tahniah untuk si kecik nek cik....
ReplyDeleteTerima kasih ckLah
DeleteBeruntung anak2 ni dapat belajar di SRI.
ReplyDeleteJauh bezanya bila melentur buluh dari rebung, dengan nak mula bila dah besar..
Betol makchaq..ilmu tu mudah meresap di jiwa semasa rebung rebung nih!!
Deletealhamdulillah....
ReplyDeleteterima kasih Dana
Delete