bunga

11 Mar 2012

Jordan... Ashabul Kahfi...15/02/2012

Pakej Andalusia yang Nekcik ambil menawarkan "Day Tour" Jordan...kerana transit dari Amman ke KL agak lama..hampir 16 jam..so rezeki Nekcik lah tu..alhamdulilah..Sesampainya kami dari Jeddah lebih kurang pukol 9.00 pagi kami..terus dibawa ke hotel..selepas breakfast..kami dibawa dengan bas menuju ke Ashabul Kahfi...Sebelum ini Nekcik tak berapa kisah sangat tentang Jordan ini kerana selain dari 3 tempat yang popular itu...Gua Kahfi, Makam Nabi Syuaib dan Laut Mati, Nekcik bayangkan tempat batu batu purba sahaja....
Tetapi alangkah terkejutnya Nekcik sepanjang jalan ke Gua Kahfi itu...pemandangannya amat menarik..lereng bukit dipenuhi ladang sayuran dan buah buahan.Tomato, kentang,bawang dijual sepanjang jalan....rupanya Jordan adalah sebuah negara pertanian!!



Inilah dia Gua Kahfi...disini lah Allah tidorkan 7 orang pemuda bersama seekor anjing untuk di lindungi dari pemerintah yang zalim..Apabila mereka sedar..mereka keluar dari gua ini dan membawa wang yang mereka ada untuk membeli makanan...wang mereka tidak laku..sudah berusia 309 tahun!!

Cantik teko di tengah bandar ni...

Baru keluar dari gua..tak sempat tidor pun!!

Tengoklah kentang, tomato, bawang, limau ..di jual tepi jalan...nasib baik bas nekcik tak berhenti kat situ..kalau tidak penuh kapal dengan kentang dan bawang!!

Sepanjang perjalanan


Tengok tu..lembah pertanian...itulah nikmat Allah atas hambaNya

Ke Gua Kahfi

Cantik lereng bukit

Add caption

Add caption

Inilah lubang untuk cahaya di Gua Kahfi

Add caption

Alhamdulilah..kiranya sebelum ini..Nekcik hanya membaca surah Kahfi..hari ini dengan limpah kurnia Allah ..sampai Nekcik di Gua Kahfi..Syukur Ya Allah

Pemandangan

Makanan Jordan....sedaaap!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...