bunga

8 Feb 2013

HALONG BAY




  1. Jom seterusnya kita menjelajah keindahan ciptaan Allah di bumi Hanoi ini..Ikut Nekcik ke Halong Bay...Perjalanan dari Hanoi ke Halong bay ini memakan masa lebih kurang 4 jam!! 
  2. Dengan bas yang disediakan kami melalui kampong kampong, sawah sawah padi, paya paya dan sungai dan jalan yang di lalui agak sempit...Akhirnya kami selamatlah sampai di jeti...Dari jeti kami di bawa dengan bot kecil untuk ke tengah laut di mana kapal kami berlabuh... 

Bot ini akan membawa kami ke kapal...eh eh takde carpet merah ke ye...kan dah nak raya ni????
Inilah  'kapal kami'  yang akan membawa kami menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Hanoi ini...lihatlah cantiknya ciptaan Allah di sini...beratus ratus pulau

Kapal yang kami naiki

Inilah kapal kami untuk cruise 1 malam 2 hari...kami akan tidor dalam kapal semalaman!! Kapal ni taklah berapa cantik....dah lama..ada 8 cabin semuanya....Seorang dikenakan 70 USD..lebih kurang Rm210 .....termasoklah 1 dinner 2 lunch dan 1 breakfast..Ada berbagai harga di sediakan mengikut kemahuan kita..lagi mahal lagi cantiklah kapalnya !!!
Bersama kami cuma ada 4 orang Mat Salleh dan 3 Thailand..so taklah kecoh sangat..macam family gitu....
Ini bilik cabin yang di sediakan..1 cabin 2 orang..kami ambil 3 cabin..

Berangan angan di atas deck kapal..iyalah tak pernah rasa..memang nyaman di sapa angin yang sejuk..terbentang lautan air yang luas...
ewaaah..macam kapal ni ana yang punyer...orang lain tu dok kejap jer..sejuuuk!!!
101 tu bilik Nekcik..dapat lak sama dengan nombor kete kami!! waa ada ong!! Buka pintu terus nampak air dan pulau!!! Masya Allah!!!
Tokpokcu berangan angan jugak....alhamdulilah dapat jugak merasa  tidor dalam kapal!! Besday tahun lepas dalam kapalterobang...besday tahun ni atas kapai laut lah ye..( advanced besday!)
Tokpokcu with his darlings!!!

Mokcik dan pokcik bergaya atas kapai!! Abaikan mokcik berdua tu..tapi tengok jer pulau pulau yang nampak tu..tak jelas pasal berkabus..tapi beratus ratus  ada
Bilik yang disediakan...ada jugak twin beds

Di puncak tu ada menara tinjau...kita akan di bawa dengan bot untuk ke pulau pulau yang berdekatan..so bolehlah siapa yang adventurous sikit panjat naik ke menara tu..nekcik tak larat lah ye...biarlah yang muda muda tu naik

Sesiapa yang tak mahu panjat pulau tu..boleh lah bersantai santai di bawah ni sementara menunggu pendaki pendaki  tu turun

Nekcik pulak bercanda di pantai...sambil menunggu bujang bujang mendaki  menara tinjau

Masya Allah air kehijauan..amat tenang..sebab di sini adalah kawasan telok..


                 Jom kita berkelah di sini pun besst nii!!
Dari gua di atas

 nelayan menangkap ikan
Add caption

Kami singgah di kampong nelayan ( Floating Fishing Village ) ni..mereka membela ikan di sini..dalam sangkar..syiok rumah depa ni atas rakit..berbuai buai....

Dua beradik ni mencuba KAYAKING


Jangan jeles kami berpimpin tangan nak panjat gunong!!! Namun apakan daya....kederat tak larat!! (Nekcik lah tu!) cukuplah sampai di sini jer!!

Baju belang belang tu tour guide kami...speaking talking!!!
Inilah pemandangan yang terdapat di dalam gua tu....stalagmites kan...ada berbagai ukiran binatang dalam ni kata anak Nekcik


berwarna warni

Ada macam Batu Caves kita tu tak..nekcik pun tak pernah sampai situ.. Dah habis jenjalan tu kami di bawa balik ke kapal ..untuk bermalam...

Menjelang senja semua kapal dah berlabuh...banyak jugak...lebih 20 buah parking..ada yang besar..yang sederhana...terang kawasan keliling...

Inilah antara makanan kami di kapal...sebelum booking cruise ni memang kami dijanjikan makanan seafood sahaja..sebab agen tu kata mereka memang hanya menyediakan makanan laut sahaja di kapal..dan dia pastikan mereka hanya mengunakan minyak sayuran sahaja..so kami pun rasa lega lah...kebetulan kapal kami kecik jadi kami lihat meja sebelah pun makan sama macam apa yang kami makan


Add caption


Mengikut review yang penumpang tulis.. mereka  complain pasal tak ada daging dan ayam dihidangkan!!! Penumpang yang lain tu pun macam kami gak..tak minat nak karaoke..party party..mereka awal awal dah masuk kabin..kami jer yang conquer deck kapal tu!!


Ini kapal mewah...cantik

Add caption

macam macam nama kapal ada..
Rasa sekejap sangat dah sampai ke jeti semula ...tamatlah perjalanan 1malam 2 hari di kapal!! Memang seronok kerana ada kelainannya..terutama bagi anak anak remaja..ada aktiviti untuk mereka...
Cuma terkilan pasal lupa nak memancing malam tu..dah nak balik baru ternampak mata pancing!!!
Kata orang kalau pergi Hanoi tak sampai Halong Bay tu..tak dikira sampai Hanoi!!! So Nekcik dah sampai Hanoi lah kan!!!



34 comments:

  1. Replies
    1. besst ziyaan ..berangan macam adnan khasgogi!!!

      Delete
  2. assalam nekcik..cantik2 gamabr ..tapi acik ni kan nek cik..kurang berani naik kapal..kepala pusing

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam acik..nekcik pun sama ..takut ombak..tapi kat sini tak de ombak langsung..langkawi lagi kuat ombak dia!!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wahhh bes nye tdo dalam cruise.. macam2 tempat jugak ke dia bawak.. haha tuh la kalo gie time winter.. hazzy sungguh pemandangan.. kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah shahrul..seronok lak nekcik..sebab bnyak aktiviti kat pulau pulau tu..first time xperience tidor kapal!!

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. bestnya nekcik...my laki dah teruja tang memancing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau kaki mancing mmg teruja ke sini...tak cukup semalam tambah 2 malam berhanyut nii

      Delete
  7. Seronok tengok nekcik pi jalan, tapi bila nak pi rasa malas.... tambah yang nak kena naik kapal terbang... kalau jalan2 dengan kereta ok jugak.....boleh stop2......

    Bila cuti suka nak duduk rumah ja lepak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Makchaq..Nekcik ni pun sebenonya gayat naik kapalterbang tu..tapi numpang semangat orang sebelah yang berkobar kobar tu!..3 hari sebelum terobang siap buat sbyang hajat..mntak selamat dan cuaca elok sepanjang perjalanan..alhamdulilah...Kami ni dari dulu hingga kini memang suka berjalan..dah habis mesia ni..tu yg kna nyeberang lautan sikit!!

      Delete
  8. Salam Nekcik

    oooooo titanic....tetiba teringat....


    ReplyDelete
    Replies
    1. You jump I jump!!! No No..Tatut!!!

      Delete
  9. pengalaman yg sgt menarik nekcik!
    seronoknya dapat bermalam dalam kapal..
    cuaca sejuk + laut terbentang ohhh very the ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamyharraz..tu lah ..alhamdulilah dah tua tua ni banyak nikmat yang terus Allah limpahkan..syukur sesangat!!
      lepas senang ada susah ... lepas susah ada senang!!!
      Jangan sedih andai apa yang kita hajatkan tak dapat..mungkin Allah berikan kemudian atas kesabaran kita!!! Insya Allah

      Delete
  10. Sempat Nekcik bercanda ye... :)

    Dulu saya terlepast nak bermalam di Halong Bay sbb dah terbooking penginapan straight empat mlm di Hanoi...

    Tapi kalau bermalam di Pulau Cat Ba lebih happening katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercanda sudah semestinya Mie...hi hi
      Memang kena bermalam di sana..perjalanan 4 jam tu amat penat dan membosankan...kejap kejap hon ...nak tido pun tak boleh!!

      Delete
  11. Salam kak
    Bestnya...dpt duduk atas kapal.
    View pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rindu Kasihredha..
      Tulah..naik kapal Bhosporous tak puas hari tu...so sambung kat halong bay!!
      Memang terasa kebesaran Allah bila berada di sana!!! Luas seluasnya!!!

      Delete
  12. Kalau gi Hanoi layan mata melihat keindahan Allah.
    Sesekali dpat naik kapal seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nieda..tu lah dah tua ni baru dapat merasa naik kapal...alhamdulilah
      Allah jadikan pulau pulau yang banyak bertaburan dan cantik cantik...rezeki untuk hambanya

      Delete
  13. Aslmkum Nekcik
    seronoknya dpt pengalaman bermalam atas kapal dg menikmati view pulau yg cukup cantik dan air yg jernih kehijauan.suka tengok gambar org berniaga atas perahu itu...

    ReplyDelete
  14. waalaikumsalam Mamasya..itulah alhamdulilah dah 54 ni baru dapat merasa bermalam di kapal..rezekinya datang lambat..macam macam air dan biskut diorang berniaga...nak cari rezeki untuk keluarga..maha pemurahnya Allah..walaupun mereka tidak menyembahNYA tetap diberikan rezeki....

    ReplyDelete
  15. Nekcik, barulah terasa nak p hanoi. Dulu org cerita shopping je,teman tak gemor. Kalau naik kapal, tengok gua, tengok laut, panjat2...suke..suke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol Anim..Nekcik pun camtu..tambah dengo susah nak lintas pasal banyak moto...Rupanya mmg satu pengalaman yang manis dan indah untuk di rakamkan...elok untuk anak anak yang adventurous!! belanja pun murah..takyah tour guide xcept halong bay...anggaran dengan tiket..all in..dalam rm800 jer..tolak tiket rm280...hotel tu ada yg lagi murah tapi cantik...

      Delete
  16. Walau sekadar membaca N3 ini kan Nekcik, kakak rasa adventure betul. Destinasai yg dibawa pihak tour guide pun sangat memberi makna. Cantik, nyaman, indah dan pasti akan diingat sampai bila-bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie..alhamdulilah kiranya coretan Nekcik ni dapat diterjemahkan...ya Nekcik pun seronok dapat bawak anak anak menghayati kecantikan bumi Allah ini

      Delete
  17. yezzaaa....!! best kan kat halong bay... memang kena pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzzzzz!!.memang m.u.l.a.n kena pergi!!!! one of the many wonders of the world!!

      Delete
  18. bestnya!nak jgk ke Hanoi nnt...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yani....memang kena pergi...banyak aktiviti untuk orang orang muda....lagi pun belanja pun murah dan senang nak ke mana mana...boleh bawak orang pergi sekali..

      Delete
  19. Salam Nekcik..seronoknya pi berjalan tempat org kan, kalau saya makan seafood saja memangla suka, tapi tula mungkin kalau ada yg naik kapal tu jenis allergik seafood mesti stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fadilah...ada jugak ikan dia steam...bolehlah kot yang alegik tu...boleh request vegetarian food....nak selamat bawak jer sambal bilis..sodaap makan sambil mengelilingi pulau pulau tu!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...