bunga

10 Jul 2015

KONNICHIWA JEPUN

Asalamualaikum kengkawan yang nekcik sayangi...uuuii lajunya waktu memcemburui kita kan..dah pun di penghujung ramadhan..waktu yang di tunggu sudah hampir tiba..semuga Allah berikan kekuatan untuk kita semua dapat menghayati malam malam terakhir ini...memang besar dugaannya..menguji kekuatan iman...insyaallah semuga Allah permudahkan amiin

Nekcik kena update kan jugak kembara  jepun ni..sebelum cpu ni penuh dengan ragam raya pulak nanti..
ok sambung perjalanan mokcik pencen ni lagi..kerana kembara kami belum berakhir lagi..ada 6 malam untuk berada di bumi asing ni...Suspen jugak sebab nekcik tak pernah dan tak pernah terfikir akan sampai di sini dalam waktu terdekat ini..

Flight kami ke Osaka pada pukul 2.55 petang dan mengambil masa 1 jam 45 minit menaiki pesawat Peach..lebih kurang macam Air Asia lah jugak..tambang dalam rm 300
So pagi selepas sarapan kami pun bergerak meninggalkan Dongmyo untuk ke airport..kami menaiki bas ...

Tapi sebelum meninggalkan Korea ni nekcik nak share gambar toilets kat airport Incheon tu sebab cantik sangat dan memang kebanyakan toilets di sini bersih dan cantik cantik dekonya..so sesiapa yang nak carik idea nak mendeko toilets..bagitau ye he..he..kalau tak cukup nanti nekcik pi carik lagi!!


cantik kan dekonya...

cantik bangat





jakun pulak nekcik tengok kan singki singki tersusun begini




Mokcik nak menyeberang ke seberang ni...berbondot bondot nii




Inilah pesawat   yang  menerbangkan kami ke Nippon ni..dekat jer..1 jam 45 minit..alhamdulilah cuaca pun molek molek jer..so tenang lah sikit hati teman..cuma banyak pulak gunung ganang yang di lalui sebelum mendarat..syukur alhamdulilah ..selamat semuanya




Dari terminal 2 kami menaiki bas ke terminal 1...melalui blog blog yang nekcik baca..ada sebijik restoren halal kat terminal 1 ni..so kami pun mencariklah sebab perut dah lapar..last makan breakfast pukul 9 pagi tadi tuh...pusing pusing jumpalah restoran Udon ni..makanlah kami tempura..nasi dan sup..taklah menepati citarasa..takpe buat alas perut sebab jauh lagi perjalanan...lepas makan terus cari surau yang disediakan di tingkat atas..nun di hujung sebelah tempat VIP..cantik dan bersih sungguh surau ni..sila rujuk brochure For Muslim Visitor atau tanya jer pak guard jepon tu




besar terpampang logo halal malaysia di dinding restoren Udon ni


Ya ampuun..sengetkanlah kepala tu ye untuk membaca ..Kami makan tempura serta nasi kepal kat sini..lupa nak ambik gambar..gara gara kelaparan dan nak mencari surau...



Baguslah orang Jepun ni..di airport disediakan surau..restoran halal serta brochure  untuk orang Islam..nanti ada dituliskan kedudukan surau dan restoran halal...




Inilah surau bahagian muslimah....siap dengan telekong yang bersih ..tanpa bintang bintang!!  Selesai solat..kami terus beli tiket JR line untuk ke Kyoto  Station kerana kami akan tidor selama 2 malam di Kyoto..Tersilap pulak terambik train yang berhenti sana sini ..separuh jalan kami turun...tunggu the next train...huwaaa huwaa..alohaiii...d u g.a.a..an


Dari sini kami hanya keluar dari station dan jalan kaki dalam  10 minit menuju apartment kami

Sebelah Daily Mart tu jer rumah kami..hu haa..apartment kami kunun!!

Inilah rupa apartment kami di Kyoto..ada dapur dan bilik air sendiri ..tu yang penting...lagi pulak dekat dengan station Kyoto..melalui shopping mall..daiso dan family mart..bermunger munger hati nekcik..tak nyoping pun sekadar window shopping cukuplahkan!! Apartment ni namanya KYOTO STATION COURT.. melalui expedia.com RM 785.35 untuk 2 malam untuk 3orang..oklah kan
Sampai sini dulu lah ye..nanti nekcik story mory lagii...kalau tak sempat..lepas rayer lah baru nekcik bawak uols jalan jalan jepang ye
Sementara tu nekcik ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung setia nekcik dan ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas segala kesilapan atau kekasaran nekcik sepanjang usia persahabatan kita...juga semuga amal ibadah kita diterima Allah amiin...
Untuk yang akan balik ke kampong nekcik doakan agar sentiasa dilindungi Allah dari segala yang tidak diingini..insyaallah..jangan lupa solat musaffir ...
Sesiapa yang beraya di KL jemputlah beraya ke teratak 66..hanya dibuka pada hari raya pertama sahaja..raya kedua TUTUP ye..nekcik nak balik Johor!!



47 comments:

  1. Bagusnya negara jepun ni. Betul lah orang cakap kan. islam lagi orang jepun yang majoritinya bukan islam tu dari orang islam sedari lahir. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu GB..dari segi kebersihan mmg diorang ni sangatlah bersih..teratur..especially tandas depa..hp nekcik penuh gambar toilets..ha..ha betul betul restroom

    ReplyDelete
  3. Bagus betul pengurusan airport Osaka ni...peka dengan keperluan org Islam...

    Apartment tu tak boleh tahan...kalau seminggu mmg bocor poket dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Mie sekarang diorang nak tarik pelawat.pelawat dari negara Islam...tu yang diorang nak bukak lebih bnyak restoren dan daily marts...insyaallah
      Bukan apartment jer mahal..tambang train dan bagai semuanya selaju shinkansen

      Delete
  4. asslamaualaikum nekcik..
    barang nekcik dah sampai. tak sangka nak dapat FM Korea pula......sukanya saya

    Ni dah siap ampun maaf mesti nak tutup blog sehingga lepas raya....
    selamat hari raya nekcik sekeluarga.
    ampun dan maaf juga dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah syukurlah dah sampai...ada jugak yg dekatctapi tak dapat lahi..pos laju yg tak laju. ...hu..uu
      Iyalah tu..klau nekcik update pun. ..orang takmo baca dah...semua da ingat nak balik beraya
      Nieda balik mana tu...hati hati di jalan raya ye...

      Delete
  5. Replies
    1. Tak awal manalah yong...lagu raya lama doh berkumandang
      Baik baik drive tu yong...kalau letih rehat..klau lapo makan

      Delete
  6. Seronoknye.. teringin nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam LadyBird...boleh jer terbang ke sana....klau tak nak terbang senfiri..mintak tolong Air Asia terbsngkan..insyaalla sampai..he..he

      Delete
  7. Negara seberang pun lagi bersih tandasnya dari negara kita.

    Selamat hari raya juga buat nekchik maaf dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa Zai..tapi bila kita puji negara orang...ada jer pulak yang sentap...suruh kita pindah ke sana sinun...tapi itulah kenyataannya
      Selamat hari raya juga untuk zai sekeluarga...

      Delete
  8. Kalau diberi pilihan, saya memang prefer kyoto dari osaka..he..he.. saya pon duduk apartment nekcik... seronok masak2... seafood fresh kan... tp sya belik kat pasaraya aje.. saya x ke pasar basah... dpn rumah yg saya dok tu pon ada jual brng2 basah macam bawang, ikan dan mcm2... bawang mereka cantik sungguh... gebu2...

    ReplyDelete
  9. Tu yang nekcik refer blog Farik....kita serupa..suka main masak masak kan...senang nak makan..bila bila pun boleh..memang senang nak dapat bahan mentah..tokpokcu memang susah nak share kitchen....
    Bila bila boleh masak katanya

    ReplyDelete
  10. salam nekcik kusayang.
    seronoknya tgk nekcik sekeluarga berjalan di negara org..
    walau sy tak pergi bila tgk gambar yg nekcik post
    terasa diri ini turut serta bercuti bersama nekcik ;)

    salam aidil fitri utk nekcik sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiiin lamanya mammy tak singgah teratak nekcik ni...raya baru mai ye...alhamdulilah andainya coretan nekcik i ni dapat menghiburkan kengkawan....
      Takpe sekarang tengpk tengok gambar....suatu hari nanti sampai jugak insyaallah

      Delete
  11. Seronoknya.. kalu macam ni buat listed nak ke sini la.. senang nak bjalan2 dgn adanya kemudahan mcm ni...

    Assalamualaikum dan salam perkenalan saya mommylina

    ReplyDelete
  12. Asalam CHL...mmg boleh jalan jer redah sendiri..cuma tambang train jepon ni mahal sikit dari korea...takde masalah..cuma kena buat research sebelum pergi..taklah buang masa tersesat dan tersalah train...dan banyak blog boleh di refer

    ReplyDelete
  13. Salam lebaran buat nekcik sekeluarga....
    Nekcik nak alamat Bunda untuk apa yer? Lagi pun alamat email nekcik tak beri pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam Bunda..risau Bunda ye..takde apa yang merbahaya Bunda....promised..ni email nekcik jariah174@yahoo.com..cepat sebelum ditutup untuk semua lalu lintas!!!

      Delete
  14. Kalau ada sedara-mara kat Jepun tu agaknya nekcik terus berpuasa dan beraya di Jepun ye:)
    Nampak selesa sangat tempatnya.

    Berapa lama nekcik kat Johor?
    Kakak beraya tahun ini dua hari aje nekcik
    Lepas tu dok rumah jaga abang yg tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii kakzakie......rasanya taklah sampai nak beraya di sana nuun...murka anak cucu nekcik nanti..takut jugak dibuang negeri kang
      Nekcik pun balik sekejap benar..2malam kukup 1 malam muar.memang tak beraya mana pun
      Itulah terkejut jugak nekcik baca suami kakzakie masuk icu kerana gigitan tebuan.mujurlah cepat sembuh.alhamdulilah....

      Delete
  15. wahhh, cantiknyaa.. selamat pagi kak..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam. ..da malam lah puan Wawa..tenet ni slow melow....letih nunggu
      Apa yang cantik tu...nekcik ke...he..he
      Ye toilets kat Korea ni mmg kebnyakan nya bersih dan di deko cantik csntik..mmg rest room

      Delete
  16. Belum pernah sampai Osaka... Entah bila... Selamat Hari Raya... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam SS...selamat beraya ke teratak 66....nak duit raya tsk ni...klau nak nnti nekcik bagi 100yen. ..bli sushi ye
      Takpe tunggulah uncle Tony offer nnti SS...tapi dok Kobe lagi best...ada laut

      Delete
  17. Salam Nekcik, Selamat Hari Raya...seronoknya dari Korea ke Jepun pula, dah dekatkan..cantik deko toilet di Incheon tu, buat kat rumah pun OK..saya pun suka cari tempat tinggal yg dekat dgn stesen keretapi, senang nk bergerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Nohas..tkasih...SHR jugak dari nekcik..itulah memang seronok sebab kita dapat lihat sesuatu yang berbeza dengan keadaan dan kehidupan kita hari hari...lagi lagi kita redah redah sendiri ni...dapat rasa macam orang lokal........
      Boleh jer Nohas nak deko deko untuk rumah...idea tu yg mustahak....nekcik suka simpan gambar deko toilets diorang!! Cantik

      Delete
  18. Kapal terbang kaler PINKK.........

    ReplyDelete
  19. Asalam Cikna...jemputlah beraya teratak 66...kapal terbang dia tu peachy pink...tu yg nama dia PEACH AIRLINE...mcm Air Asia tu

    ReplyDelete
  20. SALAM AIDILFITRI... Taqobbalallahu minna waminkum.. Maaf Zahir Batin..

    Best trip nekcik..!! Tqs kongsi nanti boleh refer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbal ya kareem ...oh boleh jer kita kongsikan info info yang berguna M.u.l.a.n..insyaallah..cuma bab nombor nombor train tu lah yang nekcik lemah..memacam nama dan line..hedek nekcik!!

      Delete
  21. Selamat hari raya nekcik, amboi dari korea terus terbang ke jepun, tak sabar nak tunggu update. Saya ada baca pasal diaorang dah sediakan tempat solat, seronok kan, dah makin senang nak travel lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih serta SHRMZB juga untuk Radin Fadli..he..he..dah terlanjur dekat tu makanya terus jerlah melangkah....
      Betul lah Fadli tersentuh betul hati bila ke tempat yang bukan Islam ni tetapi bersedia menyediakan kemudahan untuk keperluan kita..mudah untuk kita sembahyang dan makan sepanjang kembara kan....silakan melangkah!!!

      Delete
  22. Wah, jealous nya nek cik. Dari korea terus ke jepun. Sekali arung.

    ReplyDelete
  23. Salam kenal weirdogreenish...uii tergeliat lidah nekcik nak manggilnya...apa nak jelezz...awak dah awal lagi sampai sana kaan

    ReplyDelete
  24. Selamat hari raya
    Maaf zahir batin nekcik
    Dah syawal ke 22
    Cepat masa berlalu
    Alhamdulillah seronoknya dapat
    Tengok tempat dan budaya orang..
    Comelnya flite color pink !
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam Tie..SHRMZB ..masih ada syawal yang berbaki
      Memang laju benar masa berlalu sekarang..macam dah tak terkejar lagi..so kena tenang tenang jer ..
      Memang benar Tie..terasa seronok apabila melihat keadaan dan suasana yang berbeza..walaupun namanya pasar..tetapi suasana nya berbeza
      ikut warna kapal..tu yang nama nya Peach Airline

      Delete
  25. dah keluar cerita jepun...YES!!! ada kedai udon di Osakan Airport...JM berpeluang mkn kat kedai tu selepas dapat voucher free meal di Udin dari MAS kerana flight delay...jika x mmg tak tahu ada kedai Halal kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah untonglah JM dapat makan pree...kami makan tempura tempura tu pun mencecah seratus ringgit lebih untuk bertiga!!
      Takpelah kenalah makan jugak kerana perut dah keroncong dan takdak pilihan

      Delete
  26. Tulis banyak2 nekcik sebab Aina pun suka jalan2 santai macam tu... Boleh cedok pengalaman nekcik kot2 nak pi Jepun nanti...ehehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Aina.. dah lama tinggal ni..memory pun dah blur.. nekcik ni fail lah bab no train dan berbagai line..memang hedek..nekcik ikut jer tekong..so bab train tu memang kena rujuk kitab lain yang lagi detail ye Aina

      Delete
  27. waalaikumusalam AST..tterima kasih kerana sudi singgah teratak nekcik ni...silalah layan diri ye!!

    ReplyDelete
  28. Bestnya.. nekcik melihat keindahan alam semester.
    Jom, nekcik & kengkawan singgah ke blog ummi
    :

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah menjengok nekcik..memanglah Yusla..bila tengok keindahan alam yang semula jadi ni..jiwa jadi tenteram dan tenang jer
      insyaallah nanti nekcik singgah blog ummi ye
      jom kengkawan kita beraya ke rumah Ummi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...