bunga

4 May 2014

KISAH SILAM





Baiti Jannati

 Nekcik  dibesarkan dalam serba sederhana

 walaupun arwah bapa seorang guru di kampong.Rumah kami tiada TV,tiada peti sejuk walau pun waktu itu orang kampong sudah mampu memiliki semua itu.Bapa hanya punya sebuah basikal lama untuk di kayuh ke sekolahnya sedangkan guru guru bawahannya semuanya berkereta.Arwah bapa bukannya seorang yang lokek..dia tak pernah berkira tentang makan dan minum dan keperluan harian kami

Pada nya TV hanya akan menganggu anak cucu untuk belajar .Melekakan katanya.Sekiranya kami mencemuhkan muka menghadap hidangan..arwah akan berkata...ada orang langsung tak ada apa untuk dimakan.Seharusnya bersyukur dengan apa yang ada.Dengan itu tak ada siapa yang berani memuncung walau apa juga yang dihidangkan.Tak suka makan sikit.

Bonda pula begitu penyabar dan tak suka banyak berleter.Banyak bercakap tapi bukan berleter.Walau pun orang kampong dah pakai dapur gas, bonda tetap menggunakan arang untuk memasak.Orang lain sudah pakai blender tapi bonda tetap dengan batu gilingnya.
Walaupun suami seorang guru tapi bonda tak pandai meminta-minta.Baju dan bedak pula arwah bapa yang belikan. Apa warna kain yang dibeli diterima dengan kesyukuran.Tak pernah tersebut di mulut..tak suka warna ini ke warna itu ke. Bila dapat terus buat baju dan pakai.Kalau tak suka lepas itu baru simpan.Sentiasa menghargai setiap  pemberian suami.

Tak pernah terdengar bonda membantah suruhan suami. Apa lagi meninggikan suara.Kalau bapa berleter,bonda hanya mendiamkan diri.Hanya Nekcik yang suka menjawap walau pun selalu dimarahi bonda kerana katanya kalau di jawap lagi panjang tazkirahnya.Tapi kerana aku anak tunggal perempuan kesayangan bapa, bapa akan beralah.Manja lah kunun!

Nekcik amat mengkagumi bapa di atas perihatinanya kepada kaum keluarga seperti adik,kakak dan ipar duainya.Dia akan sentiasa membantu dengan kewangan yang ada.Semuanya akan dibantu bila perlu. Bonda pula tak pernah hirau apa dan berapa yang bapa keluarkan untuk sanak saudaranya. Kata bonda itu tanggung jawap bapa untuk adik beradik dia. Itu hak dia.

Satu lagi arwah bapa suka bawak kami berkunjung ke rumah saudara mara..terutamanya yang lebih tua walaupun sekampung.Lepas makan malam, terutama malam kelepasan, kami akan berjalan kaki ke rumah Mak Long, ke rumah Pak Cu ke rumah saudara mara.Berbual sejam dua baru balik.

Apabila tetamu atau sanak saudara datang berkunjung,mesti disediakan makanan atau kalau tidak pun air bujang.Tidak kira lah siang ke atau dinihari. Bonda tak pernah merungut walau dikejutkan untuk membuat air untuk tamu yang terpaksa datang di waktu dinihari.

Sahaja Nekcik paparkan disini untuk dijadikan pedoman hidup  Nekcik dari sifat sifat yang ada pada kedua ayah bonda itu . Inilah sebahagian didikan yang mereka wariskan pada kami.. anak cucunya. Dan kini usia Nekcik 55 tahun dan seboleh mungkin  ingin Nekcik mewarisi sifat-sifat baik mereka untuk menjalani hidup ini. Untuk anak anak cucu arwah, renungkanlah titipan ini untuk dijadikan sempadan hidup.

Al Fatihah....
Semuga dengan setiap cawan air yang kuhidangakn untuk tetamuku adalah bingkisan sedekah untuk kedua ayah bonda juga kedua mertuaku di sana..amiin Ya Allah





Baiti Jannati
Rumah Nekcik ..usia pun setua nekcik..muda sikit jer ..50 tahun  
Terima kasih Bonda tiriku kerana masih menjaga rumah warisan ini dengan baik sekali..
sekurang kurangnya  kepulangan kami ke kampong masih ada tempat untuk menghilang rindu
masih di sambut dengan kasih sayang..alhamdulilah
Syukur sesangat ke hadrat Illahi kerana dengan usaha Bonda Tiri Nekcik rumah ini dijadikan tempat mengaji AlQuran anak anak dan dewasa di kawasan ini...
Semuga alunan ayat ayat suci yang berkumandang sepanjang hari  dapat mendamaikan kedua dua mereka di SANA..amiin ya rabbal alamiin

Gambar lama ni..sekarang bunda dah tukar warna

Tokpokcu teringat teringat ke kita dating kat tangga tu hee..he





 Ruang makan kami..meja panjang dah digantikan dengan yang kecik..pasal dah tak ramai


Di laman ini lah dulu dulu Nekcik menghabiskan waktu lapang bersama abang, adik ..anak anak buah ..Azian Elias..Azura Elias..Norhafizah Othman...dan yang lain lain..Nostalgiaa





30 comments:

  1. Begitulah semangat orang kampung zaman dahulu kan nekcik, sentiasa berlapang dada menerima kunjunngan orang seperti mak saya jugak..kita zaman skarang kadang kala terdengar keluhan terutama bila mereka berkunjung x sesuai masa kononya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nasa...iya itu amalan mulia orang melayu dulu..tapi sekarang memang semakin hambar..kadangkala siap berbagai alasan lagi..tapi kedatangan tetamu itu membawa rezeki..mungkin bukan dari segi wang..tapi dari segi kelapangan hati..kesihatan ...kemudahan..insyaallah

      Delete
  2. Nekcik... sedih pulak rasa.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eii Cjuu janganlah sedih sesangat..sikit sikit jer tau!!

      Delete
  3. Kita serupa Nekcik... rumah pusaka di kampung juga didiami oleh ibu tiri...yang amat baik orangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib lah kita ye Mie..yatim piatu...
      Tapi alhamdulilah kita masih ada kasih sayang kaum keluarga

      Delete
  4. nekcik.smoga kita menjadi muslim yang menjaga ikatan ukhuwahnya..amin ya rabb..sayu rasa di hti baca entry ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa.Dil...insyaallah sama sama lah kita berdoa agar kita sentiasa diberikan hati yang mulia..amiin
      Jangan sedey..nnti banjir bumi mesir

      Delete
  5. luas laman rumah ni, sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah dan laman kampong Ann..selalunya memang luas...tapi kalau malam..huh..serem jugak sebab golap!

      Delete
  6. Tetiba tangkap sayu... I teringat bakat I menutup pintu tingkap yg berpuluh bijik tu sebelum senja...jenuh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii Ziyan..sediih lah pulak...awak tukang tutup tingkap..kita tukang pam lampu minyak tanah 2 bijik setiap hari..hu..hu
      sweet memori!!

      Delete
  7. rumah bertuan akan tetap terjaga tambahan pula jadi tempat membuat ibadat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah harapan nekcik Nieda...muga semuanya di berkati Allah..amiin

      Delete
  8. nostalgia gitew...kenangan dan memori masa lalu apa lagi bersama ayah bonda tercinta pasti menyentuh hati kan...Apa pun rumah2 kampung macam ni buat tenang hati dan mata memandangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Bunda..kadang kadang terindu rindu akan suasana itu....
      Seronok bila balik kampong..dok relak relak di tangga..terbayang bayang wajah kesayangan hamba!!

      Delete
  9. Seronok kan bila balik kampung rumah masih rumah kampung... memang nostalgia sangat.... tapi makchaq tak dak la kenangan dating atas tangga.. kami bukan sekampung..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..Markah Makchaq jauh kan..nekcik sebelah parit jer..kat situ jer pun boleh nak dating dating...dalam zon selamat!!

      Delete
  10. apa yang diwarisi dari arwah bonda dan ayahnda nekcik memberi kesan pada nekcik. saya terbayang...apa pula yang digambarkan oleh anak2 saya bila saya meninggalkan dunia ini...huhu. mudah2an..mereka juga menceritakan kebaikan dan kebanggaan mereka terhadap kedua ibubapanya nanti..
    alfatihah untuk arwah ayahnda dan bonda nekcik.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Anim..iyalah.kita buatlah lah yang terbaik dan termampu untuk anak anak..Kasih sayang kita itulah pengikat hati mereka walau pun kita tiada di sisi mereka...insyaallah
    sebab itu nekcik seboleh mungkin ingin mereka bersama disekeliling dari kecik hingga lah dewasa pun
    itulah memori indah yang bakal kita tinggalkan..

    ReplyDelete
  12. al Fatihah buat mereka semua,
    sejuk mata mandang rumah ni
    tenang je nekcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Tihara kalau balik kampong nekcik suka dok kat tangga tu..nyaman di sapa angiin kampong..macam nak terlena...sambil melayan anak anak datang nak mengaji.....sambil mereka berkejar kejar di laman tu...sungguh mendamaikan

      Delete
  13. cantik rumah nekcik...rumah yg penoh nostalgia....

    lieya suke rumah2 kampug mcm nie...sejuk jek mate memandang...tdo malam pun sejuk je kan nekcik...lagipun skrang mane nak jumpe rumah mcm nie...skrang rata2 semua dah ubahsuai naik batu....

    ReplyDelete
  14. ya lieyalatif...penuh kenangan yang manis dan indah....nekcik berdoa semuga Allah panjangkan usia bunda tiri nekcik tu..dapatlah dia mengimarahkan rumah warisan itu...
    kalau pagi mengiggil nak ambik wudhu lieya...cedok air dlam tempsyan naga..hu..hu

    ReplyDelete
  15. rumah kenangan. mesti banyak aura best dalam rumah tu.

    cantik rumah tu nekcik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah terima kasih GB...cantik di mata orang yang berseni..hi.hi
      kenangan indah yang membuatkan aura nya srgar bugar..bak bunga di taman

      Delete
  16. Kakak suka rumah macam ini nekcik. Dulu rumah kakak ala-ala macam ini juga tapi bila bapak kawin lagi dah jadi rumah bawah. Rasa sayang tapi semua tinggal kenangan.

    Pokok bunga tu. Kakak macam nak ke sana nak mintak benih tanam pulak kat rumah kakak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kira kakzakie ni orang seni lah ye...walaupun rumah tu nampak usang tapi ada tarikannya kan
      Lahaii kalau kakzakie minatlah berkebun munger...sila lah singgah ke rumah nekcik tu..insyaallah bunda nekcik tu peramah orangnya...cuma kna call dulu sbb selalunya dia ke surau sebelah pagi atau bacaan yassin..nnti nekcik smskan no tepon rumah...nekcik nanti gitau dia...

      Delete
  17. Salam kak jariah,, nostalgia betul baca coretan akak dan melihat gambar pemandangan samada di dalam dan di luar rumah. Teringat zaman kecik kecik dulu.

    ReplyDelete
  18. alhamdulilah Aina sekadar menggamit sebuah kenangan yang indah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...