bunga

9 Feb 2015

ZIARAH DAN JALAN JALAN TANJUNG PELEPAS

Salam semua...untuk kali ini jom ikut nekcik kembara ke selatan tanah air ..dokek jer..tak perlu terbang tinggi ye...mesti ramai dah dengar Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di negeri Johor yang nuun di hujung semenanjung tanah air...negeri kelahiran nekcik tuu..letaknya pun taklah berapa jauh dari kampong nekcik Pontian..setiap kali raya memang nekcik akan ke sini..kerana abang nekcik tinggal situ.....
Kali ini nekcik balik kerana menziarah abang yang tak sihat sejak beberapa minggu lalu...Abang nekcik ni dah umur 77 tahun..dan penglihatannya dah hampir 5 tahun tak berapa terang..mata sebelah selepas di bedah langsung tak nampak..so dia hanya menggunakan mata yang sebelah yang jugak amat kabur ..memang sedih kerana pergerakannya amat terbatas..namun dia gigih ke surau dengan bantuan kakak ipar....
Baru baru ini dia setuju untuk menjalani pembedahan mata yang sebelah itu untuk membaiki penglihatannya dan alhamdulilah pembedahannya berjaya walaupun hanya sebelah mata..dia amat gembira kerana senang nak mengaji katanya..kami jugak amat gembira bercampur terharu..kerana sudah 5 tahun dia tak dapat melihat wajah wajah kami dengan jelas...oleh kerana semua abang abang nekcik ada di sini..maka kami berombonganlah ke Johor untuk menziarahinya...seperti biasa rombongan diketuai oleh Tokpokcu..ahli rombongan nekcik kali ini juga terdiri dari warga emas Tokngah dan Tokyayi..serta cik bungsu...Maka selepas solat jumaat kami bergeraklah menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas..bersebelahan dengan kampong abang...
..Jom nekcik kongsikan cerita abang nekcik ni..dia bukanlah abang kandung nekcik sebenarnya..dia adalah anak yatim piatu yang dipelihara dari umur 8 tahun oleh keluarga kami..tetapi kami semua amat menyayanginya ..alhamdulilah Allah murahkan rezeki dia sehingga dapatlah menjadi gurubesar sekolah rendah..seperti yang di inginkan oleh arwah ibu beliau...nekciklah paling manja dengannya ..iyalah adik perempuan sorang..segala kemahuan nekcik semua dituruti..maka berlambaklah patung mainan dan set pinggan mangkok nekcik waktu kecik kecik dulu!!!


Yang kiri tulah Pakndak...alhamdulilah sihat dan ceria bila tengok adik adik datang..syukur alhamdulilah..Allah berikan kembali penglihatannya....senanglah dia nak mengaji dan jalan jalan ke suraunya

Syukurlah kami masih dapat makan bercerita dan..bergurau bersama..itulah salah satu nikmat kurniaan Allah di samping rezeki yang lumayan

Tengok tu..sayangnya Tokngah kat abang dia..siap kupaskan ketam untuk si abang!!! Kasih sayang hingga ke syurga..insyaallah
Jom tengok hidangan kami selama 1malam 2 hari di sini..
.

ketam fresh dari laut!!
Uols tau tak apa nama dia ni...ini namanya gong gong sejenis siput yang sangat sedap..tak perlu guna tukul untuk keluarkan isinya...hanya perlu sebatang lidi untuk cungkil keluar...


 ini pulak macam otak otak ikan..isi ikan di campurkan sedikit daun..dijadikan paste..boleh di bakar atau kukus..sedaap



Inilah rupa isinya..kakak ipar nekcik panggil pepes ...sedap sangat..



Ini pulak kuih lopis pulut..susah nak dapat kuih ori di KL...di sini pulut mentah dibungkus dalam bentuk tiga segi..disusun 5 keping lalu diikat dan direbus selama 3 jam..pulutnya jadi padat..bubuh air gula melaka..aduuuh sedap


Ini satu lagi makanan  kegemaran nekcik..putu piring kuning...hanya ada di Johor jer...yang ini ada rasa kunyit..rasa halba..wangi baunya....inti gula melakanya pulak banyak.....hilang gian
Oleh kerana rumah abang ni memang berhampiran laut..memang gembira sungguh kami dapat ke jeti..menunggu bot nelayan naik..seronok..tengok ikan ikan fresh dari laut..macam macam jenis ..ada yang tak pernah jumpa pon..Memang ceria Tokpokcu dapat milih segala ikan ..segala siput!!
Add caption



Ada berani nak makan ....ni namanya kerapu rimau!!!


Ini pulak lokan..sedap di rebus atau bakar atau masak kari (buang kulit kalau nak buat kari ye!)

Menangkap ikan merupakan mata pencarian penduduk di sini....banyak tangkapan mewah lah rezeki..tapi sikitlah sekiranya sebaliknya atau waktu musim ribut.....gigih sungguh mereka untuk menyara hidup keluarga...Nekcik dibesarkan selama 6 tahun diperkampungan nelayan Tanjung Pelepas sebelum dijadikan pelabuhan..dan masih ingat susahnya mereka apabila musim ribut dan tak dapat ke laut!! sehingga ada yang tak mampu nak beli susu anak!!.arwah bapak memang selalu beli barang lebih..senang sekiranya ada yang memerlukan!! Selama 16 tahun arwah bapak bertugas di sini ..mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran

Jom ke pasar

Nekcik nak jual minyak gamat  lepas nii

Rugi pulak tak posing..kat ala ala marina ni kan..seterusnya layan jerlah rakaman keindahan ciptaan Allah ini..mendamaikan..subhanallah

macam nak  tumpang naik bot..pergi tangkap ikan sembilang


Add caption

Ada 2 restoren besar di sini..nekcik tak boleh komen sebab tak masuk...ada yang teringin..cecubalah



suka tengok bot bot nelayan 

Add caption

So sesiapa yang teringin untuk melihat pokok bakau..kehidupan laut atau nak membeli ikan segar sila lah ke mari..google google lah ye!!




34 comments:

  1. indahnya suasana kampung..sedapnya makanan enak yg terhidang depan mata..nekcik..nanti bawa dil pi jalan2 kampung ye..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mendamai hati dan jiwa bila pulang ke kampong...di tambah dengan hidangan yang enak enak...insyaallah Dil ..panjang umur nanti nekcik bawak ye

      Delete
  2. Bestnya... seafood tu fresh2 semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya Mie..ikan masih melompat melompat ...belum sempat mati dah naik dacing!!

      Delete
  3. Subhanallah...

    sungguh indah alam ciptaan Allah...pemandangan yang asli , jeti, sungai/laut, bot, hasil tangkapan laut, makanan tradisi ...sungguh nostalgia sekali kan NC...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa Bunda...lagilah nekcik ni dibesarkan di kampong begini...memang nostalgia sungguh..macam tak mau nak pulang....tempat jatuh lagi dikenang kan Bunda!!!

      Delete
  4. wpun kg kat joor , blm pernah sampai tanjung pelepas . owh , siput tu namanya gong gong ya . selalu nampak tapi x tau lak leh mkn . klu lokan tu biasa lah ... da dok kat kg nelayan mmg rugi x merasa seafood semua tu ... dah lama juga saya x mkn kuih lopes .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Qaseh Vee orang Johor ye..cubalah makn gong gong tu...lagi sedap dari siput...
      orang johor senang lah dapat lopis tiga segi tu

      Delete
  5. lopes tu acik dan anak2 suka tu nekcik...selau beli

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kesembuhan yg dinantikan, memudahkan nak beribadah. Keluarga pun happy.

    Kakak selalu juga ke sini Nekcik sebab hubby kakak kan kerja di CIQ kompleks Sultan Abu Bakar. Kalau restoran atas air tu dah banyak kali juga kakak pergi. Seafood dia kakak jamin memang fresh dan murah berbanding kalau makan di Singgah Selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus ni..dah ada review dari kakzakie..nekcik sibuk bliikan ketam..tak jadilah nak ke restoran tu...pagi tak buka lagi

      Delete
  7. seafood sekali siput ada.
    kerapu pun ada juga...layannnn lah nak pula fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lupa diri bila dapat makan laut ni...

      Delete
  8. bestnyer nekcik, dana kalu pi sini tkdelah sampai jln2 kt jeti tuh....
    msti sedap2 belaka kan semua seafood yg ada tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana kalau ke sini datang pagi waktu bot laut naik..klau tak ikan ikan tu di ambil dari Pontian

      Delete
  9. Rasanya saya pernah sampai sini nekcik. Seafood dia fresh memang best.

    Semoga abang nekcik sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa Zai..alhamdulilah kami pun gembira
      oo jauh Zai terjah Johor

      Delete
  10. Uishhhh..bestnya seafood nekcik... alhamdulillah, sihat2 lagi semua. Mesti seronok bercerita lama x jumpo...he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Farik..alhamdulilah sihat sihat orang lama...mmg bercerita sungguh...seafood mmg taklaeh dinafikann Farik...

      Delete
  11. alhamdulillah, sihat semuanya...
    gong gong? tak pernah dengar nekcik, apa lagi nak makan...
    festaim saya tahu ni...

    tapi lokan saya pernah mkn masa kat sabah dulu...mkn lokan bakar...sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.....mmg pelik bunyinya tspi kalsu wahida rasa lokan sedap..ini lagi sedap...cuma susah nak dapat klau kat kl..kat sana tu pun dah tak berapa banyak sebab projek pelabuhan tu..

      Delete
  12. salams kenal nek chik,

    seronoknya ikan fresh...nyaman jerk suasana kampung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah teratak 66 Amiizaa...nekcik mmg humbiraa kalau dapat jumpa ikan ketam udang dan yang sewaktu dengannya..he..he
      Nekcik dibesarkan di kampong nelayan...tu yang nostalgia sangat kalau nampak laut tu

      Delete
  13. waaa...siput gonggong pun ada ke.. tu kalau si zura yg tgk tu.. meleleh dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usahkan zura..czul yang tak pernah makan pun...mengcungkil hingga ke gonggong yang terakhir!! Siap nak datang lagi beli gonggong
      Kalau hubby you mesti lagi suka. .ada rumah rakit untuk mancing...best tu
      Jommmmm

      Delete
  14. siput gonggong tulah nekcik yg saya teringin nak rasa sampai la tak dapat2...huhu

    p/s tanung pelepas pun tak pernah sampai...

    ReplyDelete
  15. Salam Anim...baik pergi carik sebum ianya pupus...sekarangni pun. dah tak berapa banyak sebab pembangunan pelabuhan..kena pergi tu lawat kawasan Anim

    ReplyDelete
  16. ini betul-betul di tg pelepas ke nek cik..tak pernah jejak..siput tu pun tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  17. Kg.pendas baru ni bersebelahn dengan tg.pelepas che mid...nekcik di besarkan disini sehingga 6 tahun sebelum jadi pelabuhan...sebab itu nekcik suka makanan laut..cuma da tue tue ni kna lah beringat..agar tak lupa diri

    ReplyDelete
  18. sesekali balik ke kampung memang best sangat makan2 apa yg takder kat tempat tinggal sekarang... tu pepes tu memang paling sedap kat johor lah... saya pernah makan... pehhhh meleleh tengok entri nih...

    ReplyDelete
  19. eh nekcik orang johor pun baru ni jumpa pepes ni..kalau otak otak yang kelapa tu mmg peberet nekcik..bukanya yang fishball sekarang tu..iyalah orang lama

    ReplyDelete
  20. gong gong tu boleh mkn rupanya...ngeri pulaj tgk..selkali pandang ada rupa siput babs tu. Masak apa sedap eh Nekcik..

    ReplyDelete
  21. JM..memang binatang laut ni pelik pelik rupanya..kalau tak biasa memang tak boleh nak makan..kami slalu kukus jer gong gong ni ..manis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...