bunga

13 Aug 2015

JAPAN DAY 2 KYOTO.. ARASHIYAMA


Alhamdulilah ketemu lagi kita setelah puas beraya ye..dah pun di penghujung Syawal semuga Allah berikan kita kesihatan dan umur yang panjang untuk menyambut idil adha pulak ye..insyaallah
Jom lah kita sambung cerita jalan jalan jepang ni ye..lama tergendala...Nanti lpas habis nekcik rakamkan cerita hari raya pulak....
Hari ke 2 di Kyoto ni..kami pergi ke ARASHIYAMA yang terkenal dengan pokok buluhnya atau dikenali sebagai Bamboo Groove..
Tak sama ke dengan pokok buluh kat malaysia ye..atau sama tak buluh yang tuan panda kita makan tu ..jom nekcik tolong tinjaukan...selepas breakfast..nasi..telor masin and salmon kicap kami pun ke Kyoto Station untuk ke  Saga Arayashima Station..turun jer kami pun mulalah melangkah ke Saga Torokko Station yang berhampiran untuk terus menuju ke Bamboo Groove..
Tekong dengan asisstant 

Wuii cik kak ni....dah sampai jepon pulak!! 


Ni nekcik tempek kat sini ..boleh jugak buat sebagai guideline bagi yang memerlukannya..kalau idak sengal bijik mata nak mentelaah peta  yang berselirat tuuu

Banyak memang temple temple di kawasan ini.. nekcik pulak tak berminatlah sangat untuk menjejaki temple temple tu..makanya kami jalan lah mengikut arus orang ramai..memang cantik kawasan ini..sepanjang jalan adalah kedai kedai kecil lama yang menjual berbagai makanan ..cenderahati..dan payung..memang banyak jualan payung..cuaca pun agak mendung  jer hari tu...seronok menghirup cuaca yang segar dan nyaman sepanjang jalan ..teramatlah bahagia
nekcik kerana dapat singgah kedai kedai disepanjang jalan..tak terasa penat walaupun kena menapak jauh..



orang jepun ni memang rajin ..tanah seciput pun ada hasilnya

tengok tu ..ada tomato..tak perlu kebun besar kan...

Tak ingat dah..kedai ni jual apa....makanan..

Fuyoo my peberet nii..tapi tak beranilah nak beli kat sini..leleh air lioq jerlah!!!

keluar masuk kedai jerlah kerjanya..beli idak jugak


teringiiin??? memang menggoda sungguh makanan depa ni..cantik..cumil.. nampak cam sedap jer...hu..hu


Pinjam amoi jepun ni kejap..tumpang gambar kimono dia 

Entah rumah siapalah ni ye..nekcik tumpang bergambar..cantik lamannya


Tertarik dengan signboard ni....entah entah tuan punya kedai ini orang Islam agaknya..nak pergi sembahyang jumaat kan
Ada sesiapa nak buat pagar buluh camni...cantik jugak.
Puas jugaklah berjalan barulah sampai ke Togetsukyo Bridge...Bolehlah google...

pemandangan sungai dari atas jambatan Togetsukyo..ada boat ride..menyusuri sungai ini ye...dah puas berjalan..ingatkan nak ke monkey park..tapi rasa macam malas pulak nak mendaki bukitnya...jalan depan sikit jumpa lah pulak jetty..oklah naik jer lah boat..dah tua tua ni jadi suka pulak naik sampan sampan nii...
Inilah rupa sampannya yang akan bawa kami menyusuri sungai ni..jom let's go..ujan renyai renyai..tu yang di tutup dengan plastik

Di belakang tulah Togetsukyo Bridge...ambil masa lebih kurang 45 minit lah jugak...tapi memang seronok melihat pemandangan sepanjang sungai ini..segar dan nyaman..kehijauan yang menyejukkan mata..

             Boat sebelah tu meniaga air dan makanan ringan..macm kat halong bay jugak...

Sian kat abang boat tu ke dik..dalam hujan dayung jugak...

Masyaallah..sukanya pemandangan ini......rasanya nak jer dok atas batu tu..sambil kaki sepak sepak air..hu..huu

         Meriaah pulak kat sungai ni..berselilisih sampan

kayuh jom kayuh...

Turun sampan ni kami naik ke kebun buluh pulak..bamboo groove...maka seharusnyalah menapak lagi..tak mau kalu..naiklah beca yang cantik tu..tapi kus semangat habislah yen teman!!
So kami pun jalan santai santai...alhamdulilah cuacanya sejuk..sebab hujan renyai renyai tadi..


 Nilah rupa pokok buluh yang menjadi tarikan di Arashiyama ni...dari jauh orang datang ..nak tengok pokok buluh niii..kus semangat ..tinggi melangit...


Nasib baiklah berpagar..kalau tidak mau Tokpokcu meredah masuk cari rebung buat masak lemak..ha..ha



jomlah kita jenjalan di kebun buluh nii..sejuuk jer...jalan jalan jumpa lah pulak station keretapi dalam kebun buluh tu...Hozukyo Torokko Station...makanya beratur lah kami nak beli tiket untuk menaiki train yang romantik ni..SAGANO ROMANTIC TRAIN...hari Rabu train ni tak romantik ye..sebab dia nak berehat!!!


Kenapa nama train ni romantik train..nekcik tak tau lah pulak



Takpelah..naik apa train  pun tak kisahlah..memang kami ni romantik de lamo kan Tokpokcu..kwang kwang!!!Slow jer train ni supaya kita dapat menikmati keindahan alam di sepanjang perjalanan ini..tinggi dan sayup mandang ke bawah...


memang cantik pemandangan yang dapat dilihat sekeliling perjalanan ini..train ni akan berhenti kat station untuk sesiapa yang nak bergambar..agaknya kalau datang waktu autumn..memang terpukau mata dek warna dedaun yang awesome tu...siapa yang nak cuba naik sampan pun boleh .tu macam yang dalam sungai tu..




masyaallah memang riangnya hati dapat tengok aliran airnya...bersih..mesti sejuk sungguh..tambahan lepas hujan..setelah  15 minit perjalanan train kami pun sampai di Kameoka Torokko Station...dan kami kenalah turun sebab ambik tiket one way RM18 seorang...dari sini kenalah kami berjalan selama10 minit lagi untuk ke Station Umahori untuk balik ke 'rumah kami ' di Kyoto
            Dari Torokko  Kameoka Station kami pun terus melangkah..hujan lah pulak..so  kami pun terpaksa lah beli payung..rm 15 hengget sebijik..kocik jer..kenalah beli 3..adalah souvenir untuk buat kenangan!!
Keluar station..terus nampak sawah padi!!! kat malaya pun susah nak jumpa pokok padi....turun kapal kena ke kuala selangor lah kaan


So dikesempatan ini..mokcik pokcik pun posinglah bersama payung sedondon berlatarbelakangkan sawah padi  dalam hujan renyai renyai  !! kalau kongsi payung lagilah lomantik kan..tapi risau pulak ..nanti selsema ..demam..susah pulak..masih banyak tempat yang nak diterokai...
Walaupun jauh perjalanan hari ini tapi hati rasa puas dan bermunger munger kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah di sini.
Allahurabbbi...walaupun berbatu batu berjalan sekeliling sini..tapi terasa segar..kerana..bersihnya udara sekeliling di samping kehijauan yang menyejukkan mata....
Terfikir pulak nekcik..agak agaknya kalau di malaysia ni ..tang mana yang boleh kita jadikan ala ala Arashiyama ni ye..tak payah datang jauh jauh semata semata nak tengok pokok buluh...silap silap ada anak cucu nekcik ni pun  tak kenal pokok buluh!!! silap silap katanya pokok tebu ataupun pokok tebu dikatakan buluh!!! kah kah...sila lah menjamu mata sepanjang perjalanan kami di sini



Ni antara salah satu kuil di Arashiyama ni..
Buah peach ke ni ye..macam rasa nak petik jer
cantik jer laluan nak ke bamboo groove ni..kiri kanan kedai dan rumah..tapi bersih

Keropok ketam agaknya..kecik kecik je...tapi camna nak makan tu ye...
setakat ini jerlah dulu untuk hari ini ye...nanti kita sambung lagi di episod yang akan datang..insyaallah...take care

50 comments:

  1. pokok buluh cepat tinggi...kalu di malaysia dah jadi buluh lemang kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya pasal diaorang tak buat lemang kot ..tu yang buluh boleh jadi panjang

      Delete
  2. Kalau tempat cantik, bersih dan nyaman memang tak terasa penatnya walau menapak berkilometer kan Nekcik... Ni masa summer kan... patutlah Tokpokcu slumberland je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah Mie..kalau nak menapak jalan TAR sampai Chowkit tu rasanya pun tak sanggup...tapi tempat baru kan semangat gitu...waktu ni summer tapi esoknya tu sejuuk sebab hujan..siap berbungkus bungkus lagi

      Delete
  3. Nice view ...sungainya nampak tenang dan bersih. Paling comel pasangan yang berpayung kat sawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaallah cumil couple lama tu ye Zai..kwang kwang kwang
      Memang nyaman lah Zai menyusuri sungai tu..bunyi dan udara dari hutan tu..memang unik!!

      Delete
  4. bestnya naik sampan di sungai ni...view pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nohas..memang menyeronokkan hati dan melapangkan minda berada di kehijauan rimba tu..bunyi orang mendayung sampan..bunyi gelodakan air ...kerana mengikut cerita depa..ramai penyajak ke sini untuk mencari ilham!!

      Delete
  5. Seronoknya menyelusuri perjalanan Nekcik ni. Bilalah nak merasa ke sana pula agaknya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Kakcik..kekadang ada yang kita hendak Allah simpan dulu..so masih ada harapan..nekcik pun tak lah beria ia nak ke sini sebenarnya..tapi kalau dah rezeki tu..Allah akan beri juga..insyaallah

      Delete
  6. dah menyambung ye.. kami masih terlantar je tu.. kena semangat balik lah.. kesian blog.. asyik IG je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezz kena sambung kalu idak nanti memory gone susah wei....baik miker tulis cepat..nanti memory corupt bila kena virus kashmir

      Delete
  7. Kakak suka sangat tengok nekcik dgn tokpokcu dan adik duduk santai dalam sampan tu. Selesa betul sebab boleh duduk buka kasut lagi:) Best!

    Itu buluh lurus cantik nekcik tak tebang ke satu bawa balik utk buat lemang hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kakzakie...bertikar tikar mereka tu...kalau nak selesa kita sewa satu sampan sekeluarga..boleh jer kalau nak share dengan orang lain..
      kalau nekcik tebang satu bawak balik ..sekampong boleh melemang kak

      Delete
  8. Cantik gambar nekcik dengan adik yang dalam hutan buluh tu...suka... Kalau jalan banyak2 ni seuami Aina tak boleh ikut gi Jepun kena tinggal kat Malaysia le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer Aina..cuma kena budget lebih sikit..boleh naik beca yang orang tarik tu...beca merah tu...takpe Aina..tinggalkan cik abang kat kedai taman taman tu sambil rehat rehat..cuma jangan terlupa lah pulak!!

      Delete
  9. In Shaa Allah akan ke jepun hjg okt nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oraaiit Yanie...tukar yen banyak banyak..nanti banyak habis kat train ..semuga dipermudahkan perjalanan amiin

      Delete
  10. Alhamdulillah seronoknya nekcik
    Jepun ni negara dia bersih dan disiplin kan nekcik..
    Nanti nak baca entry raya pula

    Nekcik saya rasa kiriman dari nekcik sangkut lah..
    Baru2 ni kakak saya ada inform .
    Maafkan saya nekcik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah bersih Tie..sama dengan korea..tunggu nekcik habiskan yang jepun ni ye
      Takpelah Tie..nanti rezeki lain pulak..insyaallah

      Delete
  11. alahai...bestnya menyelusuri sungai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah Wahida..kalau ke melaka pun nekcik suka naik river cruise tu..

      Delete
  12. Senyap2 je nekchik sampai jepung dah.. kan dah cakap aritu, insha Allah ade rezekinye~
    cantik gamba kat bamboo arashiyama tu, mase saye ke sana ambik macam mana pun tak cantik pun gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..ha doc..apalak senyap..orang kampong semua tau..kih..kih
      iyalah ..memang rezeki yang tak di duga kali nii..alhamdulilah
      waktu tu pun cuaca agak mendung..dan nekcik ni bukannya pandai nak set hp tu..main tangkap jerlah...
      3 million seats boleh repeat untuk tangkap gambar jer

      Delete
  13. Replies
    1. Alhamdulilah yong...dapat balik kampong pun dah bermunger munger hati teman...nikan pulak menyeberang ke sebelah!!!

      Delete
  14. Cantik kan bamboo groove dia. Eh, nape time saya pergi haritu tak jumpa pun train tu. Jealous nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalam Miss Nadeeya..laa memang station train tu dalam rimba buluh tu..kami pun tak tau jugak..jalan jalan terjumpa station tu...ikut jer orang ramai...

      Delete
  15. salam kak nekcik, selamat hari raya kak, bestnya kak dapat p sana, tengok gambar pun teruja,, bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah teratak 66 ni..nekcik singgah singgah jugak rumah Aina tumpang cuci mata barang lama.he.he
      biasa lah Aina sesekali pergi tmpat yg kita tak biasa...pasar dia pun kita rasa nak jengok jugak

      Delete
  16. Oh uniknyaaa...nekchik.wa tak tau pulak kt jepun ada jugak naik sampan...ingatkan ada keretapi laju je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Wa..nekcik pun tak tau jugak..kebetulan jalan jalan terjumpa jeti...terus jer naik..rupanya memang thrill lah. ...terasa nyamannya udara yang segar dan sejuk...mmg nekcik suka sangat
      keretapi laju tu mmg tak naik.maheiii tapi suka jugak dapat naik romantik trainnya...dapat tengok keindahan hutan dan sungai

      Delete
  17. waaa best nya jepun
    2 tahun lepas ada pergi jugak ikut company trip, pergi hokkaido
    tandas dia bersih dan canggih kan teruja hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Aini da sampai pun Jepun ye..Hokaido mesti sejuk kan...memanglah jepun dan korea ni ..tandas tandasnya cantik dan bersih..jakun tengok..sekarang kalau jepun tandas dah banyak ada paip cuci..taklah masaalah kena bawak botol mineral..he..he

      Delete
  18. JEPUN..salah satu tmpt idaman Elly...
    Dulu belajar jepun kat sekolah..tp lom smpi Jepun lg pun..heheheh...

    salam perkenalan dr Elly...
    jemput singgah...
    AWET MUDA WALAUPUN ANAK 3!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam Elly..oh pandai cakap jepun lah ni ye..insyaallah ada rezeki boleh sampai sana suatu hari nanti..amiin
      lagi senang kalau pandai cakap jepun!!!

      Delete
  19. JEPUN..salah satu tmpt idaman Elly...
    Dulu belajar jepun kat sekolah..tp lom smpi Jepun lg pun..heheheh...

    salam perkenalan dr Elly...
    jemput singgah...
    AWET MUDA WALAUPUN ANAK 3!!

    ReplyDelete
  20. Cantiknya.. Memang teruja tengok. Saya follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ruslanafiq kerana singgah teratak nekcik..lebih teruja kalau tengok keadaan sebenar...he..he
      takpe mola mola teruja tengok gambar..nanti suatu hari akan teruja untuk ke sana..insyaallah

      Delete
  21. Nekcik, terima kasih atas kiriman souvenir.. sampai hr isnin hari tu... internet kat rumah dah kong, tu yang payah sket nak blogwalking. Terima kasih sekalik lagik. Saya hari tu naik hankyu train ke arashiyama. arah berlawanan dengan saga ni... saya sampai sungai dulu baru sampai bamboo forest.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulilah sampai jugak..punyalah lama..tersangkut kat tokyo hagaknya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah besar nya kan kawasan dia...memang lenguh kaki menapak

      Delete
  23. Bestnye jln2 ke negeri org, bila tgk laluan buluh teringat alamanda putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nekcik.
      Lamanya tk jln2 kt blog nekcik ni.Dah ke Jepun ya ..masyallah bila baca tulisan nekcik ni rasa seperti saya melancung bersama nekcik.Seronoknya...

      Delete
    2. salam cikna...haah nekcik pun teringat buluh kat alamanda masa mula mula alamanda bukak dulu..nekcik kerja kat blok E tu..tiap tiap lunch pergi alamanda...wangi tau buluh tu

      Delete
    3. asalam cikmanggis...memang lama cm tak singgah teratak nekcik ni..terindu rindu nekcik ni..alhamdulilah sib baik jugak dah pergi.....klau terlewat sikit mmg demam ngira ringgit ngan yen

      Delete
  24. terpegun saya lihat buluh yang mencacak tinggi tu...cantiknya pemandangan..

    ReplyDelete
  25. Iya Anim..kampong kita tak sempat tinggi buluhnya sebab dah tebang buat lemang kan he.he

    ReplyDelete
  26. jeley lagi...ri tu ta dapat naik sampan dan sagano romantik train tu Nekcik..ohh tidak.....hujan eh? alaa itu yg membataskan pergerakan tu...

    ReplyDelete
  27. lorr.len kali meh ikut nekcik jer...rezeki orang tua tua ni lebih sikit..ha..ha
    takpe JM muda dan kuat..boleh jer repeat lagi...nekcik ni x mampu nak repeat rasanya....x cukup duit pencen nsk beli yen!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...