bunga

15 Jun 2012

HONG KONG...08-09/06/2012

Jom kita sambung perjalanan lagi...kali ini ke destinasi seterusnya..ia itu Hong Kong...dari Ghuangzhou kami naik train ke Hong Kong...lebih kurang 2 jam dengan harga RM90..dan sampai ke bandaraya Hong Kong..alhamdulilah..kami terus ke guesthouse Fuk Look berhadapan Masjid Kowloon..berdekatan dengan tempat makan Chungking Mansion

Ahli rombongan Nekcik masih steady

Tu diaa...backpack travellers ...setelah turun tangga dan naik tangga...syabas pokcik pokcik dan mokcik mokcik

Ini lah dia guesthouse kami..kami ambik 3 bilik...RM1066 untuk 3 bilik dan 2 malam..taklah mahal kan..memang kecik bilik bilik kat Hong Kong ni..kalau besar besarlah ongkosnya pulak...tapi ini amat memadai bagi kami semua

Selepas berehat sekejap..kami keluarlah meronda ronda bandar untuk melihat 'symphony of light' di pantai...cantik bandar ini..bersih




Model tak berbayar!!!
Menyusuri pantai..THE AVENUE OF STARS

Harap harap tidaklah masuk bulletin utama ye..terkejut anak cucu di tanah air..sebenarnya tngah tunggu kpala rombongan mntelaah peta...nak ke Masjid Ammar di Wan Chai..tapi terpaksa dibatalkan kerana tak dapat cari jalan ke sana..taxi pun tak faham!!



Orang kata kalau pergi Hong kong tak sah kalau tak sampai ke Disneyland..kami sampai cuma tak masok ke dalam..nak jimat kos..lagipun semua dah veteran...naik roller coaster nanti..takut lak terhenti degupan jantung...sekecik tu dah Nekcik bawak masok kira kira 8 tahun lalu...so dia pun kata tak payah...thanks Eni kerana memahami!!

Pemandangan di pekarangan Disneyland..puas jugaklah kami bergambar!!  free


Alhamdulilah..ini kali kedua kami dapat berjemaah di Masjid Kowloon..syukur alhamdulilah..hiba melihatkan masih ramai umat Islam yang datang ke Masjid  Kowloon ini..... walaupun di tengah kesibukan kota...kebanyakannya warga Pakistan dan Indonesia..Imam pun orang Pakistan

Masjid ini bertambah cantik berbanding 8 tahun lalu

Luas dan bersih bahagian luarnya

Di perkarangan Masjid Kowloon di Nathan Road..di tengah tengah bandar...Alhamdulilah kerajaan HK amat prihatin tanpa menganggu kehadiran masjid ini...yang mana boleh sahaja digantikan dengan hotel berbintang bintang...untuk tujuan komersial!!

Melewati 'Ladies market' di MONG KOK...panjang pasar malam ini tapi kena pandai menawar..harga mula memang tinggi




Meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir....SHENZEN...juga kena naik MTR (train) lagi...

4 comments:

  1. seronok tengok org veteran berjalan..tambah2 dikurniakan tubuh badan yg sihat..
    kita x pernah p hong kong lagi..tapi dpt merasainya melalui pgembaraan Nekcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..tu yang kena banyak bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik (Nekcik ni ada asthma jugak tapi bila jalan alhamdulilah ok)Tapi Nekcik rasa kalau ANIM nak gi HK saja tak ada masalah..sbb kat guesthouse tu dia ada bawak trip gi Disney dan mana mana..mudah lah..lagipun boleh cakap omputih tak macam China..susah betol..nak tanya toilet pun kna demonstrate!!hi..hi.. lagi pun kalau kita jalan sendiri gini taklah mahal kosnya...kalau ikut pakej mahal..tak mampu Nekcik!!

      Delete
  2. Nek cik salam.Ros tabik spring la...adventure sungguh Terasa nak ikut sekali..hahha.Lain kali nak pegi jemput ya.

    ReplyDelete
  3. askm Pn.Ros...Ha..ha..memang Nekcik suka stail camni..Nekcik tak suka yang kelam kabut pepagi nak ikut travel agent tuh..stress..Kalau Ros nak ikut..dari sekarang kena jaga lutut dan kaki..sebab berpuluh puluh kilo di langkahi dan kena turun naik tangga...balik nanti habis kaki bengkak!! siap kena tampal koyok!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...