bunga

6 Oct 2012

Food SHABSUKA...06/10/2012

SHABSUKA...SAYA SUKA
SHABSUKA dengan roti john
ROTI BUNGA COKELAT...sebelum masak
SETELAH MENGEMBANG DALAM OVEN...

Roti tu semua sama sahaja macam yang sebelum ini....cuma campurkan sedikit serbuk cokelat


SHABSUKA



500 gm daging / ayam cincang

3 sudu makan cili blend
3 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan halia yg di parut
4 sudu makan rempah kari
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato besar di potong dadu
1 cawan sayur campur ( mixed vege)
1 tin kecil tomato puree 4 sudu makan sos tomato
1 sudu makan gula
2 cawan air



TOPPING

2 biji buah tomato hiris
1 biji bawang besar hiris
2 biji cili merah hiris
3 sudu makan bawang goreng 
3 biji telur



CARA

1. Masukkan bawang ,halia, bawang putih
2.Masukkan cili dan rempah kari
3.Masukkan ayam
4.Masukkan yang lain lain..
5.Tunggu sampai masak
6.Setelah masak, masukkan ke dalam mangkok pyrex ( atau apa apa yang boleh dibakar dalam oven)
7. Ratakan  kemudian pecahkan telur di atas permukaan 
8. Taburkan bawang goreng dan sebagainya
9. Bakar sehingga telur masak



Boleh di makan bersama roti john atau roti puri...

Selamat mencuba



** Mintak maaf ye sebab nekcik dah lama copy resipi ini cuma masa tu nekcik tak pandai berblogging lagi

Tak ingat dari siapa resipi ini..tapi mmg sedaap...
so pada yang berkenaan..terima kasih kerana berkongsi resipi semuga ilmu dipanjangkan



18 comments:

  1. assalam nekcik..cantiknya nampak roti bunga tu..mesti sedap makan panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Acik...entah lah Acik sedap ke tak sedap...Kalau nekcik suka bun cicah sambal..baru sedap

      Delete
  2. Sedapnyer nampak nekcik....nak buat x tau la zaman bila.. datang makan bley?...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farikica...takyah buat..datang jer rumah nekcik!!!

      Delete
  3. Slmt berhujung minggu Nekcik.
    shabsuka....sy belum pernah cuba....nengok Nekcik hidangkan ni nampak sedap pula.
    roti bunga itupun nampak menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mamasya...dah awal minggu dah kan....family nekcik suka shabsuka ni!!!

      Delete
  4. tadi pun buat daging mcm tu nak mkn dgn roti juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nieda...boleh buat stock...di pelbagaikan

      Delete
  5. hai nekcik. :)

    sedapnye roti. dan cantik pulak tuh.

    **soalan nekcik kat entri saya: saya direkomen amik piriton tablet atau xyzal. saya beli xizal. tapi ngantuk. so makan mlm sebelum tidur. sebijik je sehari.

    rasanya lagi bagus kalau nekcik tanya dokter atau farmasi, takut ada ubat lain yg lebih sesuai utk elergi bengkak bibir ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Gadis Bunga..GB dok jauh sangat di hujung tanjung..kalau sbelah rumah ..nekcik hantar sekuntum roti munge

      Delete
  6. sy mcm pernah makan kt restoran arab..sedap.
    nampak selera yg nekcik buat ni teringin nak mkn dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Mamyharraz..rasa pedas manis tu yang laju sikit makan!!!

      Delete
  7. shabsuka...saya pasti suka!!!! nak try la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DZ...okay buat ...jangan tak buat....bubuh dalam roti john pun sedap!!!

      Delete
  8. Nampak sedap.. mesati sedap rasanya.. bila agaknya makchaq boleh rasa... tak nak buat sendiri, nak rasa yang nekcik buat sebab nekcik dah pakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Makchaq...nampak jer sedap..rasa blom tau lagi weii!! oo mai dtg romah nekcik..berasap dari oven nekcik hidangkan ..insyaallah..

      Delete
  9. salam kenal & saya follow sini
    resepi yg benar2 mengiurkan tekak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah...suka nak kongsi kongsi ilmu..nak berceramah tak pandai...kalau ada yang buat sepiring dua tu pun..syukur alhamdulilah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...