bunga

17 Oct 2012

SANTAPAN JIWA

Salam sayang semua......gamba apa pulak yang nekcik letak ye??  Kuih apa ye???  maap lah ..gambar pun kurang jelas..iyolah hp nekcik ni jaman dolu dolu...tak secanggih zaman sekarang ye...Ok kali ni nekcik nak hidangkan santapan jiwa..untuk renungan bersama termasuk nekcik sendiri.....

okay mari kita lihat gambar di atas ni...apa dia...apa yang paling jelas kengkawan  nampak ??? ha..ha..berteka teki pulak lah ye!! Rasanya ramai yang  nampak titik hitam itu kan?? Atau nampak sehelai kertas putih?? Dua dua betul sebenarnya!!


Cuma ada sesuatu yang nekcik nak kongsi berhubung kait dengan gambar ini....ceritanya begini....kekadang tu kita sangat marah dengan seseorang disebabkan kesalahan yang kecil....timbul lah rasa geram, benci, sakit hati dan segala macam...lantas jadi bermusuhan..dan terus memutuskan siratulrahim...hanya kerana setitik kesalahan.....terus kita lupakan segala kebaikan yang ada....so bayangkan lah kesilapan itu seperti titik hitam  di atas sekeping kertas putih...masih banyak lagi yang putih  dan bersih bukan?? tapi kita marah kerana ada setitik hitam di situ!!! Maka kita hendaklah abaikan yang hitam itu sedangkan yang bersihnya masih banyak....yakni kebaikan!!!  Inilah juga yang nekcik selalu  amalkan untuk muhasabbah diri apabila diuji sebegitu.....

 Izinkan nekcik kongsi sesuatu yang nekcik dapat dari ustazah norhafizah pagi tadi*** Di dalam satu majlis..sahabat Nabi bertanya ..adakah sesiapa yang telah memutuskan siratulrahim dalam majlis itu kerana sahabat hendak membaca doa...kerana sekiranya ada seorang yang memutuskan siratulrahim..malaikat tidak akan mengaminkan doa sahabat itu...maka keluarkan seorang hamba allah untuk pergi berjumpa ibu saudara yang telah dimusuhinya untuk meminta maaf..barulah sahabat berdoa.....sekiaan lah sesungguhnya yang benar itu dari Allah..dan kesilapan dari nekcik ye!!!  

6 comments:

  1. betul. saya pun ada dgr cerita macm tu dr ustaz Khazim.
    semoga hati yg panas kembali sejuk.insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyalah kita kan manusia..mana ada bumi yang tak di timpa hujan kan!!

      Delete
  2. thank you nekcik atas ingatan yang amat berharga ini. hatta kita sendiri pun tak tahu dah berapa banyak orang dah maafkan kesilapan kita yang sekecil titik hitam itu.

    ustazah Norhafizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah ustazah...saling lah kita ingat mengingati!!

      Delete
  3. semoga kita tak termasuk dalam golongan orang macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan anaknda GB...semuga Allah sentiasa memberikan kita hidayah untuk meraih rahmatNYa..amiin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...