bunga

15 Jan 2014

GAMCHEON CULTURE VILLAGE, BUSAN

                                             
Assalamualaikum kawan kawan...alhamdulilah..masih dikurniakan usia untuk mnambah bekalan..jom lupakan kisah sedey yang lalu.. untuk pengetahuan kengkawan anak Bibi pun telah mengikut jejak langkah ibunya jugak..so tinggal kak sporty tanpa ibu dan adik..hu..hu  jom kita lapangkan fikiran sambil makan angin ye..

kali ini kita ke GAMCHEON CULTURE VILLAGE BUSAN ...sebuah perkampongan tradisional yang masih ada ramai penduduknya...10 000 bilangan penduduknya..Menariknya kampong ini..dia terletak di tepi laut ..tapi rumah rumahnya disepanjang lereng gunong yang agak tinggi..untuk sampai ke atas kenalah panjat tangga sebanyak 148 anak tangga!!..kalau susur mengikut lorong lorong antara rumah tu tak taulah berapa lama nak sampai ke nun atas...yang menariknya rumah di sini amat rapat sekali..hanya dipisahkan oleh lorong pejalan kaki...dan lagi satu yang menariknya ialah kampong ini amat ceria dengan pelbagai warna..seperti rumah yang dibuat menggunakan lego tu..
So uols bayangkanlah rumah uols tu berada nun di puncak gunong tu!!..dahtu  katakanlah sakit nak bersalin...kuss semangat..ngerinya teman untuk memikiokannya...

Silalah renungkan...dan bayangkan anda adalah penduduk tetap di situ....ha..ha...sanggup ke..kalau tak terpaksa?? Nekcik memang tak sanggup nak mendaki ke atas tu..biarlah buat pondok tepi laut tu jer...
Kami turun di station Toseong dari Nampo Station ...dan meredah..hingga ke station bas mini untuk naik ke kaki gunong perkampongan itu...


Budak budak sekolah seronok melayan kami...mereka peramah...dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
Ada kaki takde badan! Tapi yang pentingnya kreativitinya tu kan..so uols kalau ada seluar yang dah tak nak pakai tu...apa kata buat cam ni kata taman uols ataupun depan pintu rumah ..kah..kah
Suka Tokpokcu dapat menziarah sedara mara kat sini
Ni lah laluan mereka....turun okaylah...nanti nak naik semula...berenti renti ambik nafas you
Tengok nenek nenek ni..lagi tua dari nekcik tapi cergas jer turun naik tangga ni..banyak exercise ..so jantung pun kuat kan!! Nekcik takat kat sini pun dah mencungap!

Sekarang ni menuruni lereng..nak balik nanti kena naik balik...ini baru separuh dari puncak gunong tu...kalau nak terus sampai puncak tu silalah daki 148 anak mata tangga lagi ye!!!
Bekalan air akan di salurkan dari lori tangki

Cantik kan lorong lorong mereka ni..
Kalau nak tengok bulan bintang silalah daki ye!!! berbintang bintang uols!! Nekcik pun cukuplah takat di sini..tak sanggup nak memanjatnya..yang hero hero tu memanjatlah sampai ke puncak..alhamdulilah nasib baik tak nampak bintang..!!
Kalau nampak bintang...oh bahaya lah kami heroine nii

Setelah hampir 4 jam kami melawat kawasan sini..kami balik semula ke station untuk ke Dusil..jauh agak hampir 45 minit menaiki train...untuk apa ye..Of coz..nak isi perut sebab dah hampir 2 hari kami dah berdiet dengan kebab..

Terima kasih Radzi dan Hana (hasil perkenalan singkat di Gamcheon tadi) kerana membawa kami ke sini MOROCCO CASABLANCA RESTAURANT....Casablanca you!!!

model casablanca dari malaya....Restaurant ni bersih dan cantik...macam rumah kayu lama

Restaurant ni berhampiran dengan Masjid Busan..nekcik pun tak tau kat Busan ni ada masjid..alhamdulilah...dapat ziarah masjid kedua selepas masjid Seoul
Seronoknya kalau dapat jumpa masjid bila berada di negara yang bukan Islam...masyaallah..ada jugak hamba yang menyembahMu di sini Ya Allah..alhamdulilah masjid ini dikendalikan oleh saudara Islam Indonesia...
suka tengok deko restaurant yang dimiliki oleh keluarga dari Morocco ini....tuan punya fasih berbahasa Korea dan Inggeris

Roti ni cicah dengan kari sebagai starter kami..perut dah keroncong tambah lagi cuaca yang dingin.14 C..habis licin 2 pinggan roti kau!!!


Kacang kuda lah gamaknya nii..cuma tabur dengan cili flakes..2 mangkok ni pun licin sementara tunggu nasi siap..memang lama sebab dia masak bila orang oder jer...roti habis ..kacang habis..teh o 2 teko pun kering...baru nasi sampai...mintak lagi nasi tambah...pun licinng..betapa bebulurnya kami di cuaca yang sejuk dingin ni..

Briyani Ayam versi morocco...sedap sebab rasa rempah tak berapa kuat...beras korea

Briyani kambing versi morocco..nampak macam sedap kambin tu..very juicy dan lembut
Inilah tuan punya restaurant ini..puan Najmah..amat ramah dan baik hati..dia gembira sangat melayani kami...terus ambik alamat dan contact number nekcik sebab dia mungkin akan datang ke malaysia bersama anak dia suatu hari nanti..insyaallah...harga nasi beriyani dalam rm21 sepinggan..dan yang lain lain tu dia tak kira...so untuk 8 orang tak sampai rm 200..alhamdulilah..semuga murah rezeki puan Najmah..
Perut kenyang hati pun senang...oleh kerana esok tu kami dah nak berangkat balik makanya tak dapat lah nak ke BUSAN AKUARIUM dan tempat tempat lain....

56 comments:

  1. 1. Kalau kakaklah yg kena mendaki rumah nun tinggi macam itu mesti kakak kurus comel macam nenek-nenek tu agaknya kan nekcik:) Kuat betul mereka ni kan. Stamina tinggi.

    2. Nekcik kacang kuda tu dia masak macam mana? Macam ada kuah pulak kakak tengok. Nasi dia bulat-bulat tak panjang macam kita punya.

    ReplyDelete
  2. salam kakzakie...mmg tabahlah diorang tu..nekcik rasa kalau boleh mmg tak sanggup
    Nekcik rasa macam kacang rebus biasa jer tapi dia biarkan berkuah..
    Ni dia guna beras korea agak melekit sikit

    ReplyDelete
  3. Kakcik suka tengok susunan rumah tudan warna-warninyaa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah kakcik..sangat meriah..macam lekat lekat kat dinding rupanya

      Delete
  4. Foto Nekcik bergambar dengan ahjuma2 tu tak boleh tahan... macam dah kenal lama...

    Memang akan saya terjah tempat2 ni nanti... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..Mie..kalau boleh nekcik suka agar mereka yang tak islam ni rasa keindahan islam itu..maknanya kita ni mudah didekati..nak berdakwah tak pandai..so sekurang kurangnya dia tau orang islam ni baik baik..

      Delete
    2. Planlah elok elok nanti sebab banyak jugak tempat yang menarik di busan ni cuma tak cukup masa

      Delete

  5. Assalamualaikum..Singgah dari GA yg sama.Jemput singgah ke blog :)


    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tq..saya akan singgah nanti ye

      Delete
  6. nekcik..
    menjerit dlm hati tgk kamben tu, dengan lemak kat tepi daging tu
    alahai...menitik air lior

    rumah2nya sgt cantik
    kalau saya pun semput menapak anak tangga tu
    naik boleh, nak turun dah x larat
    panggil ambulan dtg ambik
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Irfa ni mesti peminat tegar kamben! tapi anak nekcik kata mmg sedap pun
      Dia orang panggil ni colourful village..tapi mmg seronok melalui celah celah rumah diorang..
      Fikir jugak camner ambulan nak masuk celah lorong tu ye

      Delete
  7. anak biibi pun tak ada juga....mana dia nak survise mak tak ada kan?

    nekcik , bertambahlah kaum kerabat antarabangsa nanti .... tunggu org morocco dtg msia pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggal nak jaga pulak kak sporty tu lah..manja sesangat
      Luaskan kasih sayang hingga ke peringkat global ..ha..ha

      Delete
  8. Salam nekcik..

    Cantikk perkampungan tu Nekcik. Ummi ni pun cepat semput kalau mendaki tinggi-tinggi Nekcik, tapi kalau bab berjalan memang kuatkan semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita Ummi..bab bjalan tu tak ngaper..kalau berbukit tu..kuss semangat macam putus nafas rasanya

      Delete
  9. ni mcm dalam running men ni, bestnya nekcik berjalan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Zul..sementara ada rezeki dan ada pulak tambang murah ni bolehlah tengok tempat orang dan budaya lain..alhamdulilah

      Delete
  10. ros xsempat g namcheon village & masjid busan tu. Kami mmg tahu psl 2 tempat ni b4 pegi tapi mmg xde masa. mmg rushing sgt2 la 5 hari nak cover seoul & busan… mgk klu ada rezeki d lain masa plak (hehe!!!rasa mcm xpegi dah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ros kalau takat 5 hari..redah sendiri memang tak sempat...iyalah ada rezeki pergi tempat lain pulak lah kan...
      nekcik teringin nak rasa salji ..sbb haritu tak sempat..he..he

      Delete
  11. Cantiknya susunan rumah mereka..tapi nak mendaki tu..hadoiiiii rasa mcm tak sanggup jer..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sanggup tapi mereka ni agaknya da dilahirkan di situ..dari kecik dah biasa tegal biasa

      Delete
  12. Cantik2 rumahnya tapi kalau saya mungkin tak sanggup duduk kot.

    Kalau seluar perempuan buat kat laman sebagai hiasan mau pengsan agaknya nekcik hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai..takut sendiri terkejot..tengok kaki ada badan lak takde!!

      Delete
  13. wah bangga dgn nekchik dapat naik ke atas tuh, bole cucuk bendera malaysia.. haha
    untung la dah dapat banyak contact, popular kat busan.. haha

    tak sempat aritu menyinggah Busan, sampai2 pun terus ke airport.. lain kali datang nak g sini.. wajib! aja-aja~ haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat situ jerlah yg termampu..kalu atas puncak tu kena tumpang tido semalam baru boleh turun balik!!
      satu hajat lagi belum kesampaian..nak redah saljii..he..he

      Delete
  14. Kena puasa bawak anak jalan2 sebab nak kumpul bajet gi Korea la pulak...

    Tapi tak boleh pergi culture village tu sebab suami Aina selalu sakit lutut.

    ReplyDelete
  15. Ha..ha..insyaallah Aina...takpe rasanya kalu seoul sahaja pun okay.. tak puas jalan...sebab banyak tempat yg menarik..kalau nak ke Busan..pjalanan pun hampir 3 jam..blumm tnggu train lagi..pusing pusing seoul pun okay tak terkocoh kocoh..he..he

    ReplyDelete
  16. nekcik, tersenyum saya tengok isi seluar tu..hahaha..

    p/s ada virus kot nekcik. sebab tu berjangkit kat anak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anim..woaaa lama tak dapat nak ngomen..tenet ni merangkak rangkak..mnguji kesabaran!!
      Tulah..nekcik suka tengok kreativiti orang orang ni...mende yg tak pakai taklah dibuang begitu saja kan

      Delete
  17. siapalah kreatif sangat tu...seluar pun boleh jadi pasu bunga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata kita syorkan pihak berkuasa buat ni sepanjang jalan TAR ke..seluar tu kita mintak orang awam bagi kan...mesti menarik kan bunda

      Delete
  18. bestnyer dapat berjalan tengok negara orang.... anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah blog nekcik ni Rose Azadir...mana yang berkenan tu boleh lah share ye ...nanti nekcik follow ye

      Delete
  19. aduhaiiii jenuh nak mendaki tuh, mau longgar skru lutut dibuatnya
    btw seluar yang digunakan utk tanam pokok tu mmg kreatif sangat2
    kacang kuda tu nampak sedap betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencungap nak sampai ke atas tu Elly...kna berenti renti you!!
      Nak syorkan kat DBKL buat camni kat jalan TAR
      Kacang kuda tu mcm biasa jer..cuma taburkan cili flakes

      Delete
  20. Rumah yg kat lereng bukit tu...caner ek..cam padat sgt je tgk...terus teringat kat Kim Tan...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pulak tanah runtuh kat sini kan...lagi kuat agaknya ye pasal konkrit semua

      Delete
  21. salamm...baru ari ni jumpa blog mak cik ni...wahh seronok nya mkn anginn....pas ni mana pulak plan nye???pok chu pun sihat jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam..siapalha gerangan anonymous ni ye..tolonglah perkenalkan diri!!!
      Alhamdulilah kepala rombongan sihat sihat jer...
      Buat masa ni..takde tiket untuk ke mana mana lagiii...he..he
      Hanya di Longhouz!!

      Delete
  22. salam.. saya tak sampai lagi ke sini. tapi kalau boleh tak mahu gi china lagi. lbh kurang je...ni 25.2 ni nak ke macao..china jugak! saya baru balik dari keliling europe selama 14 hari.. tapi habis rosak kuku, tangan, bibir dan badan walaupun dah pakai losyen. Kulit kita tak sesuai di negara org.,.terutama yg ada salji..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Hajjah..nekcik tak mampu lah nak gi jejauh...orang pencen!!!

      Delete
  23. Ya Allah Nekcik...tak terlarat teman nak manjat... kuat tol stamina nekcik manjat tangga2 tu. syabas2... Td kat blog syieda pon nampak rumah kotak2 cantik warna-warni mcm ni jugak...he..he.. tp yg tu kat negara lain... Saya sebenarnya pasang angan nak ke South Korea time musim sejuk sket.. pasal hari tu p time summer, panas na...hi..hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan nekcik Farik...rasa tak puas sebab tak dapat kepal ais lagik..jom..kita terjah lagi..winter sonata lak!!

      Delete
  24. semua details telah di KIV kan untuk trip yg mana bila pun i tak tau. ehheheh... janji research siang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Lily...takpe mola mola pasang angan angan dulu..bisik kat hati..nanti Allah dengar..he.he
      sambil tu boleh lagi cari details kat blog lain...yg lagi details

      Delete
  25. Salam Nekcik..JM singgah sini...wah...byk betul entry jalan2 Nekcik ni..haruslah JM khatam bila ada masa nanti

    Aha..menarik betul perkampungan ni..harus singgah sini kalau ke Busan..kira Nekcik masih kuat lah dpt mendaki tangga tu..Ahjumma kat sana mmg steady je..mereka hari2 jln kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya JM...terima kasihlah singgah...taklah banyak mana..yang terdayo jer
      itulah kita ni manja sangat agaknya kan..jalan jauh sikit pun dah tak mau

      Delete
  26. salam singgah. subhanallah. terkesima tengok negara orang. bestnya nekcik ada peluang boleh ke sana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah Umi...alhamdulilah dah tua tua gini barulah ada rezeki tengok tempat orang...itu pun bilaAir Asia offer tiket murah

      Delete
  27. alahai. bestnya dapat jalan-jalan korea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farah..nekcik pun jalan jalan korea nii..2 kali pergi pun rasa macam nak jugak pergi lagiii..kalau ada rezeki

      Delete
  28. seronoknya baca travelogue nekcik kat korea dan yang paling ohsem is pasu seluo tu
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..pasu seluo ye Tihara..lepas ni kalau rasa nak buang seluar burok tu fikirlah 2 kali ye..keliling rumah ada pasu berseluo!! Memang cabut larik kalau ada tetamu nak datang memalam!!

      Delete
  29. Masih kuat nekcik mendaki tangga tangga tu ye...kalau saya ish ish ish...tak tau la...
    Cantik view rumah warna warni tu...Saya berangan nak ke korea ni musim autumn sebab nak tengok daun warna merah kuning oren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempot jugak nak mendaki tu Ita..tapi dek kerana semangat tu kuatlah jugak
      Masa nekcik pergi ni dah tak berapa nak cantik..sebab daun daun dah banyak luruh..kalau awal 2 minggu ok kot
      nekcik pulak teringin nak kepal kepal ais!!

      Delete
  30. seneng banget bisa jalan jalan bareng keluarga ,,,
    Obat Kanker Payudara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...