Tapi dek kerana minggu lepas nekcik menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat ..yang juga classmate semasa di Poly Ipoh dulu..tahun 1979..maka jadilah majlis itu seolah olah reunion kononnya...iyalah ada yang hampir 38 tahun tak pernah berjumpa..ada yang dulunya ramping macam kerengge ..kini lebar selebar lebarnya..kalau dulu rambutnya hitam berkilat..kini dah jadi white plated!!..iyalah normal lah tu kan..tapi satu yang tak berubah dari dulu hingga kini iyalah kekecohan kami..dari zaman asrama hinggalah ke zaman beranak cucu ni..kecoh benarlah mokcik mokcik pencen dan opah opah ni mengupdate keadaan semasa..pokcik pokcik dan tokwan tokwan pun tak kurang kecohnya...so lepas ni sesiapa yang nak buat majlis tu..mintak tolong lah disediakan satu dewan yang soundproof agar tidak menganggu ketenteraman awam!!!ha..ha
Kesinambungan dari peristiwa minggu lepas tu..maka adalah clasmate nekcik dari Pontian Johor ni nak berkunjung ke teratak 66..kerana kebetulan ada majlis perkahwinan anak sedara dia..langsunglah helo helo sesiapa yang nak menyambung cerita minggu lalu..alhamdulilah..adalah dalam 11 orang tetamu poly nekcik..
Berbunga bunga di hati untuk menerima tetamu tetamu yang sudi berkunjung..maka seperti biasa..mula lah mencari menu menu yang sesuai..Biasanya memang nekcik suka buat nasi jagung..selau regunya black pepper chicken..tapi rasa jemu pulak masak menu yang sama seperti 2 minggu lepas..so kali ini cuba pulak Kuzi
Ayam..sup sayur..dan sayur goreng pengantin serta laksa kimchi!!
Roti, puding sagu,kek buah keju serta brownie by my gegurl.
banyak menunya ye..alhamdulilah demi tetamu yang disayangi...
Roti kesukaan ramai..panas panas |
Sup sayur
kesukaan keluarga..laksa kimchi..senang sempoi dan sedap!!! pencuci mulut...........ada towering brownie |
pose untuk kenangan |
Dari Pontian hingga ke Setapak Pakji dan Makji ni datang..so kita bagi dia can duduk bawah pokok untuk posing bawah pokok nii..bercinta dari poly hingga kini..alhamdulilah
Terima kasih pada tetamu tetamu siap bawak buaah tangan..
Terima kasih pada tetamu tetamu siap bawak buaah tangan..
Apalah citer mokcik dan pokcik tu agaknya ye..yang pokcik sebelah tu bukan abang poly ye |
oklah ye..panjang umur jumpa lagi ye
Agak agaknya bila lah geng geng blogger nekcik nak berkunjung ke teratak 66 pulak ye..jom..jom..
meriahnya nekcik....
ReplyDeletekejenya masak n makan2 je yek...
Salam Dana..time ada tamu jer bnyak menunya..time xde orang..kami makan kat warong jerk..dapo x berasap mlainkn buda budak yg masak
DeleteAdui nekcik terliur betul acik baca menu nekcik ni..sedap2 semuanya
ReplyDeleteHa..haa..jangan stress Acik...ikan kembong goreng dalam gambo pun nampak sodap Aciik..kih kih
ReplyDeleteSaya yg baca coretan nekcik tersenyum meleret. Tentu byk cerita dolu2 yg menghiburkan. Itu yg hebuh sampai minta sound proof hahaha...
ReplyDeletemakan terus ye bukkk.
ReplyDeleteIyaa makan untuk hidup buuk
Deletepanjang menunya....mujur tokpu chu rajin menolong
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulilah..so far so good..ha..ha
ReplyDeleteMy great assistant..masak ..dan mengemas
wah banyak menunya, semuanya sedap2 belaka. nekcik sihat ka
ReplyDeleteAlhamdulilah masih boleh masak dan layan tamu tu boleh kira sihatlah tu kan Raihanah..he..he..biasalah dah nak masuk 58 ni..ada jer yg senget sana sini hi hi
Deletemuda lagi 58 nekcik. sekarang ramai orang panjang umur. btw, roti tu nekcik buat sendiri?
DeleteIyaa yunk..roti itulah trademark nekcik..klau anak buah nekcik nampak muka jer dah tanya..roti mana..baiklah breadmaker nekcik tu masih setia berkhidmat..hu..hu
Deleteowh ye ke. hihi depa pun dah tahu la nak minta apa kalau bertandang. bahagia gitu
DeleteMeriah menunya. Nampak sedap semuanya... Seronok tengok rumah penuh dengan kawan-kawan...
ReplyDeleteSalam kenal Nora..klau nora biasa ikuti blog nekciik ni..mmg teratak 66 ni slalu meriah..mmg niat nekcik..biarlah rumah ini sebagai tempat kami berkongsi rezeki serta bersiratul rahim sesama kaum kerabat..sahabat sahabat dan jiran tetangga...semuga Allah berikn rezeki serta kesihatan yg baik untuk keluarga kami insyaallah
DeleteMemang meriah bila jumpa kawan-kawan sekolah kan nekcik.. sembang x ingat orang keliling...
ReplyDeleteBest la dapat sambung ke rumah pulak.. mesti tak puas2 cerita..
Kalau nak buat untuk blogger best jugak... semangat ni.. tambah nekcik pandai masak.. lagi teruja nak pi...😝
Ok kan makchaq..sesekali kita blogger lepak lepak..dah lama berkenalan di alam maya..tapi ramai lagi yg belum bersua muka kan..nekcik teringin jugak nak bagi rasa air tangan nekcik ni..ialah selalu asyik tayang gambaq jer kan..ialah setakat yg termampu ler
ReplyDeleteJom makchaq kita plan plan
jangan lupa ajak saya nekcik
DeleteOk Raihanah insyaallah..nnti nekcik wawarkan bila sampai waktunya...nekcik xde hal insyaallah..mohon Allah sihatkn nekcik je..stay tune..he..he
DeleteAmboihh aihh Nekcik....lama sunggoh baru kini ada berita...alhamdulillah seronok baca dan tengok gambar Nekcik dengan rakan-rakan nasi kawah. Lain macam geng-geng asrama ni Nekcik kan....cerita sikit, gelaknya banyak.....saya bakal ke KB jumaat ni untuk sama-sama bertenu rakan-rakan 85 disana! Yeayy..
ReplyDeleteItulah enjin lama ni cam tu lah Uncle..kejap panas..kejap sejuk beku..he.he
DeleteDun wori...bila nekcik rindu celoteh kat kengkawan blogger ni..nekcik muncul lah selagi masih berdaya insyaallah
Mmg kan Uncle..klau jumpa geng nasi kawah ni ..mmg lupa diri..
Bila nak jadi tetamu nekcik ni.. Hehehe
ReplyDeleteAsalam mulan...u are welcome..anytime any day..cuma just a call away
DeleteAsalam mulan...u are welcome..anytime any day..cuma just a call away
DeleteNekcik bestnya dpt bereunion dengan geng satu Poly.... Masing masing masih cantik dan ganteng. Alahai terharunya saya tengok gambar gambar tu semua.
ReplyDeleteUntunglah jugak Tokciknya sporting kan Nekcik...
Alhamdulilah lah..tokpokcu mmg dikenali sangat di kalangan rakan taulan nekcik sbb kengkawan nekcik lah yang selalu datang ke rumah...kalau geng pokcu depa pi makan kat kedai jer
ReplyDeleteLaksa kimci ?..First time dengo ni nekchik...mesti sedap kan...
ReplyDelete